Followers

Thursday 22 November 2012

~ Cinta Utara Selatan 3 ~


           “ Betul ke awak setuju dengan tawaran ni Hanna? Anda pasti keputusan anda muktamad?  Tak ada talian hayat tau lepas ni.” nada Hakim serius dengan ayat skema nya itu.
Dalam hati, dia sangat berharap Hanna menolak tawaran hotel tu. Kalau Hanna pergi, siapa lagi aku nak usya ni. Kalau tak dapat couple, dapat pandang pun jadi lah. Dalam diam dia sebenarnya menaruh perasaan kepada property manager nya itu. Dia akui kecantikan asli dan keayuan gadis itu sangat memikat hati setiap lelaki yang melihatnya. Kulitnya tak la macam Chinese look pun tapi disebabkan wajahnya yang dilengkapi dengan sepasang mata yang menawan confirm dapat menggoda setiap lelaki yang memandangnya.
            Namun, harapan nya untuk memperisterikan Hanna musnah apabila dia terbaca gosip artis Aliff Asyraf yang dikatakan sedang bercinta dengan seorang property manager iaitu Hanna Nadira. Akhirnya dia hanya menyimpan perasaannya sendiri.
            “ Hahaha Encik Hakim ni kelakar la. Macam AC Mizal dalam where the money drop pulak. Lagipun saya dah fikir masak – masak dah yang saya akan terima tawaran hotel tu. Parents saya pun dah restu. Saya harap Encik Hakim dapat terima keputusan saya ni.” Hanna tersenyum manis ke arah bos nya itu.
            Ish ni aku lemah ni. Manis betul la dia ni. Wahai hati jangan lah kau cair ye. Ni semua cobaan ni. Sedar lah Hakim dia bukan untuk kau.
            “ Encik Hakim dengar tak apa saya cakap tadi?” Hanna melambai –lambai kan tangannya di hadapan muka bosnya. Dia pelik bila melihat bos nya merenung diri nya. Ada apa – apa ke kat muka aku ni. Tak kan tumbuh tahi lalat baru kot. Kalau betul tumbuh memang aku tak nak hidup dah. Kat muka pulak tu.
            “ Ya saya dengar. Sorry Hanna. Em macam ni lah, kalau awak dah buat keputusan dan awak rasa itu yang terbaik untuk diri awak. Saya tak ada hak nak menghalang. Saya terima perletakkan jawatan awak tu. Tapi ingat ya, bila – bila masa awak nak kerja sini balik just contact saya tau. Anytime saya terima awak balik ye. Saya bukan apa, rasa rugi bila kehilangan pekerja dedikasi macam awak ni.” Ceh, bukan sebab aku memang takut rindu kan dia ke nanti.
            “ Baiklah Encik Hakim. Terima kasih sebab selama ni jaga kebajikan saya sebagai pekerja. Saya tak kan lupa kan company ni sampai bila – bila. Banyak kenangan saya kat sini. Tak apa lah Encik Hakim, sebelum saya menangis kat sini baik saya keluar dulu kalau tak ada apa – apa ya. Terima kasih segalanya ye encik.” Balas Hanna sambil tersengih.
Hakim memandang sayu ke arah Hanna sehingga Hanna hilang di sebalik pintu. Aku rasa aku yang akan menangis sebab kau Hanna. Sungguh aku tak sanggup kehilangan kau.
            Hari ni Hanna lunch dengan housemate nya. Kelihatan Lisa melambai – lambai ke arah Hanna dan Ain. Ain pula sudah menunjukkan mukanya yang masam mencuka tu. “ Lambatnya kau ni. Aku dah kebulur ni sebab semata – mata nak tunggu kau tau. Kau tahu tak kalau kita tak makan ikut time, macam mana badan kita nak sihat?” Hanna mula memberi ceramah free kepada Lisa.
            “ Tau tak pe. Janji pukul 12 datang pukul 1. Ni la janji melayu orang cakap.” Ain pun ikut menyampuk jugak.
            Sorry la girls. Patient aku ramai tadi. Aku kan doktor cemerlang mana boleh tinggalkan patient macam tu je. Hahaha.” Lisa cuba berjenaka untuk memujuk kedua – dua sahabatnya itu.
            “ Perasan betul lah minah ni. Dah tu kenapa kau tak makan je dengan patient kau tu?” Ain masih lagi tidak mahu mengalah.
            “ Sudah la tu korang ni. Karang dua – dua aku sumbat gelas air ni kang. Kau nak makan apa Lisa? Kita order sekali je la.” Hanna sudah malu dengan perbalahan kedua sahabatnya yang disaksikan dengan waiter yang setia menunggu pesanan dari pelanggannya. Rasanya memang kitorang akan wanted la kat restoran ni.
            “ Em saya nak order nasi goreng sotong dan fresh orange satu ye.” Lisa memulakan pesanannya terlebih dahulu.
            “ Aku nak sama dengan kau la.” Hanna menyampuk.
            “ Kalau macam tu, bagi dua ye dik.”
            “ Saya nak nasi goreng pattaya satu ye.” Ain pula memesan.
            “ So, bila kau nak pindah Hanna?” Lisa memulakan bicaranya. Ain pula hanya melihat dan menanti jawapan dari bibir mungil Hanna tu.
            “ Em aku rasa hujung minggu ni kot aku pindah sana. Lagipun aku dah bagitau dekat bos aku tu yang aku nak letak jawatan tadi. Bos dengan staf kat office aku tu semua sedih bila aku cakap nak berhenti. Nampak sangat aku ni disayangi kan. Hahaha.” Hanna ketawa besar.
            “ Eleh staf kat office tu memangla mula – mula sedih nanti bila da lama – lama diorang lupa la kat kau. Tapi aku tau orang yang sentiasa ingat kat kau tu mesti bos kau yang macho tu kan. Hahaha.” Ain mula menyakat Hanna.
“ Ish kau ni, jangan merepek boleh tak?”
“ Betul lah Hanna. Dari gaya Encik Hakim tu pun aku tau dia syok kat kau. Cuma kau je tak perasan.” Lisa pula mencelah.
“ Bos aku tu sayang semua pekerja dia la. Korang ni jangan lah merepek. Lagipun dia dah tau aku dah ada boyfriend. Dia sendiri yang bagitau aku suruh jemput dia makan nasi minyak aku nanti. Tak kan lah dia nak syok kat aku lagi kalau sampai dia pun da cakap macam tu kan.” Hanna cuba menafikan tanggapan teman – temannya itu.
“ Kitorang cakap kau tak nak percaya. Nanti dah terbukti baru kau tau.” Ain membalas.
“ Cik, ini pesanannya. Enjoy you meal.” Waiter restoran itu meletakkan hidangan mereka di atas meja dan berlalu pergi.
“ Sudah la tu. Jom makan. Nanti lambat pulak nak masuk kerja. Dah la si Lisa ni doktor cemerlang. Nanti jatuh pulak reputasi dia kat hospital tu.” Hanna sempat menyindir Lisa.
Ain pulak ketawa terbahak –bahak mendengar usikkan temannya itu. Manakala Lisa sempat menghadiahkan jelingan mautnya sebelum menjamah hidangannya. Haish mahu rindu gila aku dengan korang nanti. Kita mesti jarang dah nak bergurau macam ni lagi.
Selesai makan mereka beredar ke tempat kerja masing – masing. “ Bye, jumpa kat rumah tau. Bawak kereta hati – hati.” Pesan Hanna kepada housemate nya itu. Dia hanya melihat mereka senyum sambil menganggukkan kepala. Hanna tidak membawa keretanya kerana officenya tidak jauh dari restoran yang mereka makan tadi. Jimat sikit minyak dan dapat kurangkan pencemaran.
Sewaktu Hanna hendak melintas menyeberangi jalan raya tersebut untuk  menuju ke officenya tiba – tiba dia hampir di langgar sebuah kereta BMW. Tapi nasib menyebelahi dia kerana baru hendak  melangkahkan kaki kereta itu terus meluncur laju. Ni kalau aku dah kat tengah jalan ni memang arwah dah ni.
 “ Kurang asam punya orang. Dah tahu kereta tu buta, yang kau pun buta apehal? Kalau nak race pergi la daftar kat Litar Sepang tu.” Ha kan dah keluar bahasa tak sopan aku ni. Kat Putrajaya ni pun nak racing ke. Tak kan tak tau ni administration centre. Sempat lagi Hanna menjerkah tuan kereta tersebut walaupun dia tahu tuan kereta itu tak dengar lansung kata –katanya.
Hanna meneruskan perjalanannya untuk ke pejabat. Dalam hati dia bersyukur umurnya masih panjang.
“ Alamak nyaris betul aku tadi. Kalau terlanggar minah tu tadi mesti aku tak sempat nak balik Johor hari ni jugak. Kereta kat depan aku ni pun satu hal. Bawak kereta pun macam kura – kura. Dengan nak beli rantai si Sazzy lagi ni. Haish kalau bukan sebab nak suruh Sazzy ni pakai tudung, jangan harap aku nak turun KL ni semata – mata nak beli rantai Habib Jewels kat dia. Baik aku beli je rantai kat Kedai Emas Siew Ling tu lagi senang. Bukannya tak ada Habib Jewels dekat Johor tu tapi nak nampak grand punya pasal apa pun aku sanggup.
Selepas menerima mesej dari Sazzy yang menyatakan dia ada hal hari ni dan membatalkan temujanji dengan Irfan, Irfan terus meluncur laju dengan BMW nya ke KL untuk membeli sesuatu yang istimewa buat kekasihnya. Dalam hati dia berdoa agar terbuka pintu hati Sazzy untuk menutup aurat walaupun dia tahu caranya memujuk itu salah. Paling penting dia akan buat apa sahaja agar mama nya membatalkan jodohnya dengan anak kawan mamanya itu.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?