Followers

Tuesday 18 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 11 ~


Usai memasuki perkarangan   banglo milik Datuk Iskandar, Irfan memarkir keretanya di tempat biasa. Dia keluar membukakan pintu di sebelah Sazzy seperti biasa. “ Silakan sayang.” Pelawa Irfan sambil membuat lagak menyambut cinderella keluar dari kereta. Kemudian mereka jalan beriringan memasuki pintu utama banglo itu.
            “ Wah, besarnya rumah you sayang!” Sazzy kagum sambil berjalan – jalan membelek setiap perhiasan di dalam rumah itu.
            “ Ehem ehem..” kedengaran Datin haliza berdehem dari ruang tamu apabila melihat gelagat Sazzy yang agak jakun dengan perhiasan dalam rumahnya itu. Datuk Iskandar pula hanya membaca surat khabar di sisi Datin Haliza tanpa memandang ke arah Irfan dan kekasihnya itu.
              Jangan sentuh barang – barang tu. Imported from Belanda.” Kata Datin Haliza dengan angkuh yang dibuat – buat.
            Sazzy yang mendengar amaran itu terus mengangguk. Irfan kemudiannya membawa Sazzy untuk menyalami orang tuanya.
            “ Salam untie.” Sazzy menghulurkan tangannya untuk bersalam.
            “ Datin Haliza. Panggil datin ye selagi belum lulus nak jadi menantu.” Datin Haliza berkata sambil menyambut salam Sazzy.
Irfan yang hanya menonton dari tadi terus berbisik pada mamanya. “ Mama apa mama cakap ni?”
“ Baiklah datin.” Jawab Sazzy sambil tersenyum. Dalam hati, mau je aku ganyang – ganyang muka orang tua ni. Berlagak nak mampus! Kalau tak sebab Irfan ni anak orang kaya ngan hensem, jangan harap aku nak hormat kau lah wahai orang tua tak sedar diri.
Datin Haliza hanya tersenyum mendengar bisikan anaknya yang sedaya upaya menjaga hati kekasihnya itu. Dari segi penampilan memang dah fail dah budak ni. Irfan..Irfan..macam ni ke yang Irfan cakap menutup aurat? Penat je mama hantar Irfan belajar tinggi – tinggi. Sebab cinta je Irfan lupa kan halal dan haram. Tak apa lah tahu lah macam mana mama nak ajar nanti.
Sazzy dan Irfan mengambil tempat di sofa yang berhadapan dengan Datuk Iskandar dan Datin Haliza.
“ Apa nama penuh Sazzy?” Datin Haliza memulakan pertanyaannya dengan lagak inspektor polis bertanya kepada pesalah.
Kenapa pulak orang tua ni nak tau nama aku penuh aku ni. “ Salmiah binti Osman, datin.”
“ Oh, Salmiah. Tapi kenapa kena panggil Sazzy pulak?
Ish tak kan tak paham – paham kot makcik tua ni pun. Nama komersial la tak kan tu pun tak tahu. “ Em sebab kawan – kawan Sazzy dah selesa dengan panggilan nama ni. Lagipun modelling agency tu yang bagi nama Sazzy ni.”
“ Model? Yang suka tangkap gambar dok tayang body depan kamera tu ke?” Datin Haliza sengaja pura – pura tak tahu tentang karier seorang model.
Irfan hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat ibunya itu. Memang rosak habis rancangan aku hari ni. Mama ni memang sengaja nak buat Sazzy benci dengan dia ni. Tamatlah riwayat aku hari ni. Memang confirm mama menang punya lah.
“ Err..” Sazzy pula tidak mampu memberikan apa – apa jawapan tentang kariernya itu. Alamak macam mana ni tak kan aku nak tipu aku ni model muslimah pulak. Nampak sangatla menipunya. “ Sebenarnya datin, Sazzy ni cuma model sambilan je. Tak lah tayang body sangat pun. Kalau untuk pakaian yang terlampau seksi, Sazzy tak kan gaya kan.” Bohong Sazzy.
“ Ala sekali – sekala tayang pun tetap masuk neraka jugak selagi kita tak bertaubat.” Balas Datin Haliza dengan pedasnya.
“ Tak apa lah datin. Saya tahu saya ni jahat. Sejak datin pandang saya dari mula tadi, datin pasti dah jijik kan tengok saya. Saya tak sempurna macam perempuan yang datin nak. Saya memang tak layak pun dengan anak datin ni. Saya memang tak setaraf pun dengan keluarga datin. Saya rasa lebih baik saya mintak diri dulu.” Sazzy mengeluarkan air mata saat meluahkan perasaan sedihnya di hadapan Irfan, Datin Haliza dan Datuk Iskandar. Sazzy terus mencapai tas tangannya dan berlalu pergi meninggalkan banglo itu.
“ Mama tengok lah apa yang mama dah buat. Mama jangan ingat bila kita hina orang tu kita akan masuk syurga.” Irfan yang sudah berang melihat tingkah mamanya itu terus meninggalkan Datin Haliza dan Datuk Iskandar. Dia segera mendapatkan kekasih hatinya itu.
“ Irfan!!!” Datin Haliza memanggil Irfan yang berlalu keluar dari rumahnya itu. Namun, sedikit pun Irfan tidak menoleh ke arah mamanya.
            Irfan memberhentikan keretanya di simpang jalan tatkala terpandang susuk tubuh kekasihnya yang sedang berjalan perlahan sambil mengelap air mata di pipi. Lantas Irfan keluar mendapatkan kekasihnya itu.
            “ Sayang I mintak maaf dengan apa yang mama I cakap kat you tadi ye. I’m so sorry honey. I tak sangka mama I sanggup cakap macam tu dengan you.”
            “ Sudah la Irfan. You lupakan lah I. I tak nak sebab I, you dengan family you bermasalah. I memang tak layak dengan you. Cukuplah penghinaan yang I terima tadi. Sorry, I pergi dulu. You terima lah pilihan mama you. Kalau dia tak sempurna, mesti mama you tak kan pilih dia.” Sazzy memancing rasa simpati dan berlalu pergi meninggalkan Irfan di simpang jalan itu.
            Irfan sempat menahan pemergian Sazzy dengan menarik lengan tangannya. “ Sazzy, kita kahwin lari nak? I tak boleh hidup tanpa you. I sanggup lepaskan semua yang I ada sekarang janji kita kahwin ye?”
            “ Kahwin lari? You dah gila ke? Habis harta you semua macam mana? Tak kan you nak bagi adik dengan abang you je. I  totally tak setuju.” Bantah Sazzy mati – matian.
            “ Argh I tak peduli dah semua tu yang penting you jadi milik I.” Irfan sudah nekad apa nak jadi, jadi lah.
            Apasal lah bodoh sangat boyfriend aku ni. Kalau kau tak ada harta, kau ingat aku nak sangat ke jadi milik kau. Cuba lah pakai otak sikit. Tak kan tu pun aku nak ajar. “ Em macam ni lah. I ada idea baik punya. Tapi I tak nak lah bincang kat tepi jalan ni. Kita gi coffee house ok sayang?”
            Irfan hanya mengangguk tanda setuju dengan cadangan Sazzy. Mereka berdua menuju ke coffee house yang berdekatan. Irfan memilih untuk berbincang di Old Town White Coffee yang sememangnya menepati dengan citarasa kekasihnya itu.
Setelah sampai, mereka mengambil tempat duduk yang lebih terpencil untuk meneruskan perbincangan. Usai waiter mngambil pesanan, Sazzy terus memulakan perbincangan mereka yang tergendala tadi.
            I rasa lebih baik you terima je pilihan mama you tu.” Sazzy memulakan perbualan dalam nada serius.
            “ Apa you merepek ni? Kalau I kena terima pilihan mama I, tak ada lah I bersusah payah nak kenalkan you dengan mama I.” Irfan mula berasa pelik dengan cadangan Sazzy yang tak masuk dek akal tu.
            “ Sabar lah dulu sayang. I ada plan lagi baik dari kahwin lari tau. Apa kata you kahwin je dengan pilihan mama you tu. Lepas dalam setahun, agak – agak you dah stabil dengan family you tu, you ceraikan lah isteri you tu. You buat lah apa – apa benda yang boleh menimbulkan masalah dengan isteri you tu. You pukul dia ke biar dia tak tahan nak hidup dengan you. Ok tak idea I ni?” Sazzy memegang tangan Irfan yang terletak di atas meja.
            Irfan merenung wajah Sazzy yang manja itu sambil dalam otaknya ligat berfikir tentang cadangan Sazzy itu. “ Lepas I ceraikan dia, apa yang I perlu buat?” tanya Irfan.
            Then, baru lah you kahwin dengan I sayang. I akan tunggu you. You jangan risau ye.”
            “ Habis mama I macam mana bila I ceraikan isteri I tu nanti?” Irfan bertanya lagi.
            “ Ala you ni tak kan tak paham lagi. Mama mana yang tak sayang anak. Bila you ceraikan isteri you nanti, mesti mama you ingat semuanya salah menantu dia. Mesti dia fikir, kalau isteri you tak buat salah tak kan you nak ceraikan dia betul tak?”
            Irfan tersenyum ke arah  Sazzy apabila mendengar cadangan kekasihnya itu. “ Betul jugak kan cadangan you tu tapi you ingat I ni bodoh ke nak ikut cadangan you yang pentingkan diri sendiri tu? Eh perempuan! Kau ni memang tak layak pun kahwin dengan aku tau. Perangai busuk macam bangkai. Sejahat – jahat aku pun, aku tak kan aniaya orang tau apatah lagi nak pukul orang. Memang patut pun mama aku cakap kat kau macam tu tadi. Aku sikit tak rugi la tak buat kau jadi bini kalau macam ni. Aku ingatkan selama ni kau betul – betul cintakan aku, rupanya kau cintakan harta aku je kan. Perempuan semua sama je. Pengikis!”
Irfan terus berlalu pergi meninggalkan Sazzy yang terkulat – kulat memandang Irfan yang dah macam naik hantu memarahinya. Apa aku dah buat ni? Tu lah bodoh sangat kononnya Irfan tu dalam genggaman kau la kan. Sekarang hancur dah semua angan – angan Mat Jenin kau tu. Baru padan dengan muka kau tu. Desis hati Sazzy sendirian.
“ Sayang!!!!” Sazzy memanggil Irfan yang sedang berlalu keluar dari coffee house itu. Namun, Irfan tidak mengendahkan langsung laungan kekasihnya itu.
Kurang ajar punya perempuan! Kau ingat aku ni badut nak ikut telunjuk kau je. Argh bodohnya aku selama ni mencintai perempuan macam kau ni. Ya Allah, Kau ampunkan lah segala dosa aku yang telah buat selama ni. Sesungguhnya aku amat bersyukur Kau telah menunjukkan jalan yang lurus dalam hidup aku ini. Mama, Irfan mintak maaf menyakitkan hati mama tadi. Irfan banyak dosa dengan mama dan papa. Irfan mintak ampun sangat.
Irfan terus menekan pedal minyak keretanya dengan laju supaya cepat sampai ke rumahnya. Dia sudah tidak sabar untuk meminta ampun dari kedua ibu bapanya itu. Sampainya Irfan di rumah, dia mendapati hanya ada Mak Siti yang sedang memasak di dapur.
“ Assalamualaikum Mak Siti. Mama ngan papa mana? Senyap je rumah ni Irfan tengok.” Irfan pelik sambil matanya melilau mencari kelibat mama dan papanya.
“ Waalaikumussalam Irfan. Irfan baru balik ke? Dah makan belum ni?” soal Mak Siti. Lain yang ditanya lain pulak yang dijawab.
“ Dah makan dah tadi. Irfan tanya ni, mana mama dan papa?” Irfan sudah mula berasa tidak sedap hati.
“ Sebenarnya waktu Irfan tinggalkan rumah tadi, datin diserang sakit jantung. Dia pengsan kat ruang tamu lepas tu datuk pun panggil ambulans...” belum sempat Mak Siti menghabiskan ayatnya Irfan terus meluru keluar mendapatkan keretanya.
Ya Allah, Engkau selamatkanlah ibu aku. Aku tak sanggup kehilangan ibu yang telah mengandungkan ku selama 9 bulan 10 hari itu. Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ya Allah Engkau peliharalah kesihatan ibu. Kasihani lah hamba Mu ini.
Dalam kereta, Irfan tak sudah – sudah berdoa untuk keselamatan mamanya. Lagaknya yang seperti orang nak lumba haram tu menakutkan sesiapa sahaja yang melihat aksinya memandu kereta. Irfan langsung tak pedulikan apa yang akan terjadi. Yang penting dia mesti bertemu dengan ibunya secepat mungkin.
Usai memarkir keretanya di kawasan hospital, Irfan bergegas naik mendapatkan mamanya. Setelah mendapat tahu nombor bilik mamanya dari kaunter pertanyaan, Irfan cepat – cepat pergi menemui mamanya. Sayu hatinya melihat papa yang sedang terlena di sisi mamanya. Mamanya juga tidur nyenyak tanpa menyedari kehadiran Irfan. Irfan duduk di sebelah papanya lalu memegang tangan mamanya itu.
“ Mama, Irfan mintak ampun ma. Irfan dah berkasar dengan mama tadi. Maafkan Irfan ma. Irfan berdosa besar dengan mama.” Saat itu, air mata lelakinya mengalir apabila mengenangkan dosa dengan mamanya yang baru dilakukan siang tadi.
Datuk Iskandar yang terjaga dari lenanya apabila terdengar suara Irfan terus membawa anak terunanya itu keluar dari bilik pesakit. Mereka anak – beranak pergi ke kafe di hospital tersebut untuk berbual.
“ Irfan dari mana ni?” soal Datuk Iskandar dengan wajah yang tenang.
“ Irfan dari rumah pa. Mak Siti yang bagitau mama dan papa ada kat hospital. Mama macam mana pa?” Irfan tidak sabar untuk mengetahui keadaan mamanya itu.
Datuk Iskandar mengeluh kecil. “ Mama tak apa – apa. Cuma dia terkejut dengan hal siang tadi tu je. Doktor cakap kita tak boleh bagi dia tamparan yang hebat. Nanti jantung dia semakin lemah.”
“ Ni semua salah Irfan pa. Kalau Irfan tak biadap dengan mama tadi mesti mama tak sakit jantung. Irfan ni anak derhaka pa. Maafkan Irfan pa. Irfan berdosa besar.” Irfan merayu pada papanya.
“ Ish jangan lah macam ni Irfan. Malu lah orang tengok. Mama ok je tu. Dia kan kuat semangat. Esok dia dah sedar, Irfan mintak maaf dengan dia tau. Bukan dengan papa. Irfan tak buat salah apa – apa pun dengan papa.” Datuk Iskandar memujuk anaknya itu.
“ Kalau macam tu, papa pergi lah balik rumah dulu. Biar Irfan teman mama ye. Lagipun papa mesti penat kan seharian duduk kat sini. Papa balik lah brehat dulu tau.”
“ Tak apa lah kalau macam tu. Irfan teman mama ye kat sini. Esok pagi papa datang lain. Ha lagi satu, Irfan jangan bagi tau Yana yang mama masuk hospital tau. Nanti dia tak concentrate pulak nak study. Kalau bagitau Abang Am tak apa. At least terbukak sikit pintu hati dia nak balik Malaysia ni.” Pesan Datuk Iskandar sebelum meninggalkan Irfan dan isterinya di hospital.
Irfan hanya mengangguk tanda mempersetujui kata – kata papanya itu. Kemudian dengan langkah perlahan, Irfan menuju ke bilik mamanya dirawat. Hatinya tak sudah – sudah menitipkan rasa penyesalan  ke atas kesakitan yang ditanggung oleh mamanya itu. Irfan kemudiannya pergi mengambil wuduk untuk menenangkan hatinya di samping menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah S.W.T.
Sampai sahaja di kawasan kondominium, Hanna memarkir keretanya di tempat biasa. Dengan berbekalkan langkah kakinya yang lemah dan perut yang sudah berlagu joget lambak itu, dia terus memasuki perut lif untuk menuju ke rumahnya. Harap – harap lah diorang ni ada simpan makanan apa – apa kat aku.
“ Assalamualaikum.” Hanna memberi salam setelah membuka kunci pintu rumahnya itu.
“ Waalaikumussalam, Hanna! Ya Allah, rindunya aku kat kau.” Lisa terus memeluk Hanna di muka pintu.
“ Ish kau ni nanti orang ingat kita ni lesbian pulak. Baru dua hari je pun aku balik. Bukan dua tahun.” Hanna pura – pura menjarakkan dirinya dengan Lisa.
“ Eleh kau ni orang nak peluk sikit pun kedekut.” Lisa menarik muncung sedepa.
“ Ye lah tapi peluk sikit je tau jangan lebih – lebih.” Hanna tersengih sambil mendepakan tangannya tanda membenarkan tubuhnya dipeluk.
“ Ala aku pun dah tak ada mood dah nak peluk kau.” Lisa mencebik.
“ Ceh, nak peluk pun kena ikut mood ke? Eh, Ain mana? Dari tadi aku tak nampak pun dia.” Tanya Hanna sambil matanya melilau mencari kelibat temannya itu.
“ Ain kat dapur tu. Macam biasa lah tengah berperang dengan kuali dia la apa lagi. Ain!! Hanna dah balik ni.” Panggil Lisa dari ruang tamu.
“ Hanna!! Rindunya aku kat kau.” Ain meluru keluar dari dapur dengan apron di badan dan sudip di tangannya terus memeluk Hanna.
“ Haish ni sorang lagi. Dengan bau bawang bagai terus datang peluk aku.” Ngomel Hanna tapi dia tetap membalas pelukan Ain.
Hanna dan Lisa mengekori Ain ke dapur untuk menghidangkan masakan yang telah disediakan. “ Wah, kau ni macam tahu – tahu je aku tengah lapar kan. Ni aku sayang kat kau ni.” Bersinar biji mata Hanna apabila melihat semangkuk Tom Yam Thai kegemarannya telah siap dimasak.
“ Ala aku tahu lah kau nak balik sini malam ni tu yang aku masakkan tom yam kesukaan kau ni. Lepas ni kau kena belajar masak sendiri la. Kau kan nak jadi orang Johor dah nanti.” Ain berkata sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.
“ Ish kau ni, macam lah aku ni nak pergi kahwin ngan orang sana pulak. Aku pergi kerja je lah.” kata Hanna sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
“ Bila masa pulak aku cakap pasal kahwin ni? Maksud aku, kau kan nak pindah Johor dah. Nanti kau kena belajar masak sendiri lah.”
“ Oh, aku ingat pasal kahwin tadi. Aku bukan apa semenjak dua tiga hari ni, perkataan kahwin tu sinonim sangat dalam hidup aku. Dari aku balik kampung hari tu sampai lah sekarang, orang di sekeliling aku asyik cakap pasal kahwin je. Sebab tu aku salah anggap tadi.”
“ Ala apa salahnya kalau dah dapat jodoh orang sana. Kan orang tua – tua selalu cakap, apa yang kita tak nak tu mesti kita akan dapat. Kau kan tak suka boyfriend jauh – jauh ni betul tak?” Lisa tiba – tiba menyampuk.
“ Ish kau biar betul Lisa. Mulut kau dah la masin. Habis la kau Hanna. Kau kena ready mulai sekarang tau.” Ain mengusik temannya itu.
Betul ke apa yang Lisa cakap ni? Dengan Aliff yang macam nak tunjuk belang je sekarang ni tak kan jodoh aku betul – betul orang Johor kot. Jauh gila tu sampai ke selatan sana. Ish mintak simpang la semua ni. Tak sanggup aku.
“ Ish korang ni tak baik la percaya benda – benda tu semua. Khurafat tau tak. Berdosa besar. Dah la malas aku nak layan korang ni merepek. Asal bincang bab kahwin je asyik aku je yang kena. Korang ni macam tak payah kahwin la pulak kan.” Hanna membawa pinggannya ke sinki dapur setelah habis menjamu selera.
“ Oi merajuk ke Hanna. Ala relax la beb. Kitorang gurau je lah.” Lisa memujuk Hanna.
            Usai membasuh pinggan, Hanna menuju ke biliknya untuk mensucikan diri. “ Aku tak merajuk pun. Aku masuk bilik dulu tau nak mandi ngan solat sekejap. Kejap lagi korang boleh tolong aku satu benda tak?” sempat Hanna bertanya kepada teman – temannya itu.
            “ Mesti lah boleh tapi nak tolong apa?” tanya Ain.
            “ Tolong aku kemas barang – barang aku untuk esok boleh?”
            “ Boleh je. Kejap lagi kau dah siap semua panggil lah kitorang ye.”
            Hanna berlalu ke biliknya lalu mencapai tuala untuk mensucikan diri. Usai solat, Hanna berbaring di atas katil empuknya sambil kepalanya menerawang memikirkan tentang Aliff.
            Apa lah yang Aliff tengah buat sekarang ni? Perempuan mana pulak tadi yang panggil dia abang? Aku sendiri pun tak panggil abang kat Aliff tu. Aliff ada adik angkat kot? Tapi kenapa dia tak pernah bagitau aku pulak? Argh serabut otak betul macam ni. Lagi satu, tadi cakap nak call aku balik tapi sampai sekarang tak call pun.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?