Followers

Wednesday 19 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 13 ~


        Sampai di kawasan KPJ Specialist Hospital, Hanna memarkir keretanya di tempat letak kereta pelawat. Hanna mengambil buah tembikai yang hendak dihadiahkan itu untuk dibawa keluar. Sempat juga dia melihat penampilan dirinya di cermin pandang belakang keretanya.
            Amboi, selekeh gila muka aku ni. Tudung dah tak macam tudung dah aku pakai ni. Ni yang leceh pakai tudung bawal ni. Walaupun  Makcik Liza tu perempuan, aku tetap kena jaga penampilan. Baru lah mencerminkan anak Puan Normah ni cun. Ah, tukar tudung kejap lah. Hanna mencapai beg bajunya lalu menyarungkan tudung Arini yang dibawanya. Ha kalau pakai tudung ni, angin kuat macam mana pun tak kan kemek tudung aku. Hahaha.
            Lagi satu, aku tak boleh bawak tembikai gedabak ni macam tu je. So, untuk mengelakkan orang kenal aku, apa kata aku pakai cermin mata gelap ni. Baru lah orang tak nampak siapa aku. Hahaha cerdik betul aku ni.
            Hanna mencapai cermin mata hitamnya yang selama ni hanya dijadikan hiasan di dalam keretanya. Dia mengenakan cermin mata itu lalu mengambil buah tembikai di tempat duduk sebelahnya. Amboi, berat jugak tembikai ni. Untung lah Makcik Liza sekeluarga nanti. Mesti sampai bila – bila diorang ingat anak dara Puan Normah ni.
            Setelah mengetahui nombor bilik kawan ibunya itu, dia terus menuju ke bilik tersebut sambil matanya melilau mencari nombor bilik yang hendak ditujunya.
            Apasal lah semua orang dok tengok – tengok aku ni. Tak kan tak pernah nampak orang bawak buah tembikai kot. Nasib baik aku pakai spek hitam kalau tak mesti ada yang tangkap gambar aku lepas tu upload kat facebook. Huish, malu aku nanti. Alamak, mana bilik Makcik Liza ni? Aku dah tak tahan jadi tontonan umum ni. Ha, dah jumpa pun.
            Sampainya Hanna di hadapan pintu bilik Makcik Liza, dia terpandang perkataan ‘V.I.P room’. Kaya jugak kawan mak aku ni siap duduk dalam V.I.P room lagi. Hanna mengetuk perlahan pintu bilik itu, lalu membukanya.
            “ Assalamualaikum.” Hanna memberi salam kepada penghuni bilik itu sambil matanya melilau mencari kelibat kawan ibunya di sekitar bilik itu.
            “ Eh, betul lah nombor bilik ni tapi kenapa tak ada orang pulak?” Hanna tidak berani masuk ke bilik yang tiada penghuninya.
            Tiba – tiba bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang separuh abad umurnya. “ Cik cari siapa?” tanya lelaki itu.
            “ Astaghfirullahalazim, terkejut saya pakcik. Oh, saya nak cari kawan mak saya. Nama dia Haliza binti Hamdan. Tadi nurse cakap ni nombor bilik kawan mak saya tu.”
            “ Oh, si Haliza tu ye. Pakcik kenal dia. Cik masuk dulu tunggu kat dalam bilik ni ye. Nanti saya panggilkan Puan Haliza tu ye.”
            “ Baiklah, terima kasih pakcik.” Balas Hanna sambil membawa tembikainya masuk ke dalam bilik Datin Haliza.
            Siapa pulak budak perempuan tu ye? Ni mesti bukan anak sahabat aku dekat – dekat sini. Kalau tak, tak mungkin lah dia tak kenal aku ni suami Haliza tu. Pelik betul budak tu dah la pakai spek hitam dalam hospital pulak tu.
            “ Liza, sudah – sudah la tu main dengan budak – budak ni. Tak kan awak teringin nak anak lagi kot? Saya on aje.” Datuk Iskandar tersengih melihat gelagat isterinya itu.
            “ Abang merepek apa ni? Saya ni teringin nak cucu tau. Dulu baru je cucu saya lahir Am dah bawak dia lari sampai ke mana entah sampai sekarang saya tak tahu apa khabar cucu saya tu tau. Silap – silap budak tu tak tahu pun dia ada nenek ngan datuk.”
            “ Awak mula lah tu nak buat drama kan. Ni tadi ada orang cari awak kat bilik. Dia tunggu lama dah tu. Jom lah tengok.”
            “ Eh siapa bang? Laki ke perempuan?” tanya Datin Haliza.
            “ Perempuan muda rasanya. Dia cakap dia nak jumpa awak.” Datuk Iskandar memimpin tangan isterinya ke bilik pesakit.
            Sampainya mereka di bilik rawatan Datin Haliza, mereka memandang pelik ke arah Hanna yang masih dengan kaca mata hitamnya. Hanna lantas bangun menyalami tangan Datin Haliza. “ Makcik,  saya Hanna Nadira anak kepada Puan Normah. Mak saya yang suruh saya datang..” Belum sempat Hanna menghabiskan kata – katanya, Datin Haliza terus memeluk Hanna.
            Hanna tergamam dengan tindakan sahabat ibunya itu tetapi dia tetap membalas pelukan Datin Haliza.
            “ Ya Allah Ana, untie dah lama sangat nak jumpa Ana tau. Akhirnya, Allah makbulkan doa untie ni.”
            “ Tapi macam mana untie kenal Ana pulak ni?” Hanna pelik dengan kata – kata sahabat ibunya itu.
            Alamak, aku terlepas cakap lah pulak. “ Em mak Ana lah selalu cerita pasal Ana dekat untie sejak dari Ana lahir lagi tau. So, untie teringin sangat lah nak tengok macam mana rupa anak kawan untie ni.” Datin Haliza mereka alasan.
            “ Oh, patut lah mak semangat sangat suruh Ana melawat untie ni. Untie macam mana sekarang? Sihat?” tanya Hanna sambil melihat Datin Haliza dari atas ke bawah.
            Untie sihat Alhamdulillah. Ni untie kenalkan suami untie. Panggil uncle je lah kat dia.” Datin Haliza memperkenalkan suaminya yang dari tadi hanya menyaksikan perbualan mereka.
            “ Eh, ni pakcik yang tadi tu kan. Kenapa uncle tak bagi tau Ana yang uncle ni suami untie?”
            Uncle saje je nak tengok sama ada Ana kenal uncle ke tak. Tapi ternyata memang Ana tak kenal uncle lah ye.” Datuk Iskandar tersenyum ke arah Ana.
            “ Kenapa Ana pakai kaca mata hitam dalam bilik ni? Ana menyorok dari seseorang ke?” tanya Datin Haliza yang dari tadi tengok Hanna yang masih tidak menanggalkan kaca matanya itu.
            Alamak, terlupa la pulak nak bukak spek ni. Buat malu betul lah. “ Oh, Ana nak tanggalkan lah ni. Tadi Ana pakai time on the way dari Putrajaya lepas tu terlupa pulak nak tanggalkan.” Ana membuka kaca matanya itu lalu disangkutkan dibajunya.
            “ Oh, patut lah. Cantiknya Ana. Tadi untie tak perasan sangat bila Ana pakai spek hitam tu. Sekarang ni baru untie dapat lihat wajah ayu Ana ni.”
            “ Ish untie ni mana ada cantiklah. Ana biasa je macam perempuan lain jugak.” Balas Hanna tersipu.
            “ Betul lah. Dah untie puji ni sebab Ana betul – betul cantik tau. Em mak Ana bagi tau Ana dapat offer kerja kat sini. Kerja apa Ana?” Datin Haliza berpura – pura tanya.
            “ Oh, Ana dapat offer jadi property management dekat hotel. Esok Ana dah mula start kerja untie.”
            “ Bagus lah macam tu. Ana tinggal dengan siapa kat sini? Kalau tak ada tempat tinggal lagi, Ana boleh duduk dengan untie. Betul tak bang? Datin Haliza memandang ke arah suaminya.
            Datuk Iskandar mengangguk tanda bersetuju. Bini aku ni mula lah tu nak buat agenda dia. Nasib baik budak ni nampak baik je orangnya. Memang sesuai pun dijadikan menantu. Sejuk hati memandang.
            “ Eh, tak apa lah untie. Hanna dah janji nak duduk dengan kawan Ana kat sini. Lepas ni Ana nak pergi rumah dia lah.” Alahai, baiknya kawan mak aku ni. Peramah pulak tu.
            “ Ala tak apa lah kalau macam tu. Untie ingat baru nak hilangkan kesunyian kat rumah tu sebab anak perempuuan untie belajar kat overseas. Untie tak ada kawan lah kat rumah.” Rengek Datin Haliza persis anak kecil minta susu dari ibunya.
            “ Oh ye ke untie. Tak apa lah nanti bila Ana cuti, Ana datang rumah untie ye. Untie jangan lah sedih ye.” Pujuk Hanna.
            “ Betul ni? Ana datang ye rumah untie bila free nanti.”
            “ Ye Ana janji. Untie, Ana rasa Ana mintak diri dulu la ye. Ana pun dah lama kat sini.”
            “ Ala Ana nak balik dah ke? Cepatnya.” Datin Haliza berkata dalam nada berat hati.
            “ Tak apa lah untie. Nanti kan Ana nak datang jumpa untie lagi. Ana balik dulu ye. Salam untie. Ha lupa pulak, Ana ada bawak tembikai tadi untuk untie. Nanti untie makan lah sekeluarga ye. Ana balik dulu untie, uncle.”
            Usai bersalaman, Hanna memakai semula kaca mata gelapnya sebelum membuka pintu. Dia memulas tombol pintu dan terus melangkah keluar setelah memandang kiri dan kanannya. Harap – harap tak ada orang cam aku lah. Ish malu betul lah aku hari ni dengan rakyat Johor.
            Eh makcik mana pulak yang keluar dari bilik mama aku ni? Siap dengan spek hitam lagi. Barangkali buat direct selling kot. Lepas tu bila dah malu orang halau, mula lah nak tutup muka dengan spek hitam tu.
            Irfan memulas tombol pintu sebaik sahaja sampai di bilik mamanya. “ Assalamualaikum ma, pa.” Irfan memberi salam dan terus masuk ke bilik Datin Haliza.
            “ Waalaikumussalam Irfan. Lambatnya Irfan datang. Mama baru nak kenalkan Irfan dengan PM kita yang baru tadi.” Ujar Datin Haliza.
            “ PM baru? Perempuan yang baru keluar dari bilik mama tadi tu ke?” Irfan menayang muka terkejut.
            “ Ye lah. Dia baru je balik tadi. Irfan dah tengok ke budak tu?” sampuk Datuk Iskandar pula.
            “ Tak kan perempuan tu kot pa. Macam makcik direct selling je Irfan tengok tadi. Dengan tudung sarung dia tu lagi. Lepas tu boleh pulak pakai spek hitam kat dalam hospital ni.” Bantah Irfan.
            “ Amboi – amboi sedapnya mulut tu cakap. Ni mesti Irfan tak tengok muka dia lagi kan. Apa salahnya dia pakai macam tu pun. Comel je gelagat dia mama tengok.” Datin Haliza tak habis – habis memuji Hanna.
            “ Ala kalau pilihan mama, semuanya yang terbaik kan. Siapa lah Irfan ni nak membantah.” Irfan masih lagi menunjukkan perasaan tidak puas hatinya.
            “ Tahu tak apa Irfan. Syurga Irfan kan di bawah tapak kaki mama.” Datin Haliza memberikan senyuman kepada anak terunanya itu.
            “ Apa – apa je lah ma. Em mama macam mana hari ni? Doktor cakap bila mama boleh keluar hospital pa?” Irfan bertanya pada papanya.
            “ Mama Irfan tu mesti lah dah sihat sebab tu boleh je dia bertekak dengan Irfan tadi. Petang ni boleh keluar dah. Elok lah Irfan datang pun, boleh lah tolong kemas sikit barang mama kamu ni.” Jawab Datuk Iskandar.
             Irfan mengangguk lalu mengambil bekas bubur yang digunakan oleh Datin Haliza pagi tadi untuk dibasuh. Eh, besarnya tembikai. Siapa pulak yang bagi tembikai sebijik macam ni. “ Wah, besarnya tembikai ni ma. Mana mama dapat tembikai ni?” tanya Irfan.
            “ Oh, papa yang beli tadi tembikai tu.” Belum sempat Datin Haliza hendak bersuara, Datuk Iskandar terlebih dahulu menjawab.
            “ Malam ni dapat lah Irfan makan tembikai puas – puas. Jom lah kita balik cepat ma. Tak sabar dah nak rasa ni.”
            “ Sabar lah Irfan. Dah macam mengandung pulak kamu ni. Kejap lagi balik, mama masak kari tembikai terus untuk Irfan ye. Dah pergi basuh bekas makanan mama tu cepat.” Datin Haliza ketawa kecil melihat anaknya itu.
            “ Ish mama ni orang serius dia main – main pulak.” Irfan mencapai bekas makanan mamanya dan terus berlalu masuk ke dalam bilik air.
            Datin Haliza lantas mencubit kecil lengan suaminya. “ Abang, kenapa abang tipu Irfan cakap abang yang beli tembikai tu tadi?” Datin Haliza separuh berbisik kepada suaminya itu.
            “ Aduh, awak ni ganas betul lah cubit orang! Mesti lah saya kena tipu tadi. Awak tak nampak ke Irfan yang anti sangat dengan Ana tu tadi.” Balas Datuk Iskandar.
            “ Betul jugak. Cerdik otak abang.” Datin Haliza tersengih kepada suaminya.
            “ Eh, mesti lah! Ni awak bila nak bagi tau kat dia pasal Ana tu? Start esok diorang dah la nak kerja sekali. Nanti jadi benda tak elok kan kempunan kita nak bermenantukan si Ana tu.”
            “ Oh, pasal tu abang jangan lah risau. Malam ni jugak saya bagi tau dia. Tak sabarnya bang. Dah lama saya tak dapat menantu ni.” Datin Haliza tersenyum apabila membayangkan menantunya akan menemaninya memasak, bergosip, poco – poco dan macam – macam lah.
            Irfan keluar dari bilik air dengan membawa bekas makanan yang dibersihkan tadi. Eh kenapa mama senyum sorang – sorang ni pa?” tanya Irfan pelik apabila melihat telatah mamanya.
            “ Biasa lah doktor cakap senyum sorang – sorang tu antara simpton – simpton selepas diserang sakit jantung.” Usik Datuk Iskandar. Irfan hanya ketawa kecil mendengar kata ayahnya itu.
            “ Ish abang ni ingat saya ni orang gila ke? Dah la saya nak tukar baju sekejap. Lepas ni boleh lah kita check out. Saya pun naik lemas dah duduk dalam hospital ni lama – lama.” Datin Haliza terus berlalu untuk menyalin pakaian di dalam bilik air.
            Irfan pula mengambil buah tembikai kegemarannya itu lalu keluar dari bilik mamanya. Kalau papa yang beli, kenapa dia bawak naik bilik mama pulak? Bukannya boleh potong pun kat bilik tu. Pelik – pelik betul lah papa ni.
Hanna sampai di rumah Aida tepat pukul 6 petang. Sampai pun akhirnya. Fuh, susah jugak nak cari rumah minah ni. Boleh sesat aku dibuatnya. Maklumlah, kereta tak ada GPS kan kena lah bersusah payah sikit.
            Hanna memberhentikan keretanya di hadapan pagar rumah Aida. Lalu dia membunyikan hon keretanya bagi memastikan ada penghuni dalam rumah tu. Dia kemudiannya keluar dari keretanya untuk berjumpa dengan penghuni rumah teres satu tingkat itu.
 Dalam beberapa minit, kelihatan seorang perempuan muda yang berbaju t – shirt dan seluar track bottom keluar membuka pintu dan pagar rumahnya. Perempuan tersebut menghampiri Hanna lalu berkata, “ Mintak maaf la makcik, saya tak berminat nak beli karpet. Karpet rumah saya dok elok lagi tu.”
            Hanna membatalkan niatnya untuk terus memeluk Aida yang sudah lama tidak dijumpainya itu. Amboi, teruk sangat ke baju aku hari ni sampai Aida ni ingat aku makcik jual karpet pulak! Ni mesti sebab spek hitam ajaib ni la sampai Aida pun tak kenal aku dah. “ Weh, ni aku lah Hanna. Sampai hati kau tak kenal aku kan.” Hanna berkata seraya membuka kaca mata hitamnya.
            “ Hanna!!! Sorry aku tak cam kau tadi. Aku ingatkan siapa yang datang tadi. Jom masuk jom.” Aida memeluk Hanna lalu menarik lengan Hanna untuk masuk ke rumahnya.
            Hanna memandang sekeliling rumah temannya itu. Wah, cantiknya rumah Aida ni. Lagi luas dari rumah aku kat KL tu. Perhiasan rumah pun cantik gila. Mesti mahal ni. Anak orang kaya kot dia ni. Hanna duduk di sofa yang terletak di ruang tamu setelah dijemput oleh Aida.
            Sorry lah Hanna, tadi serius aku memang tak perasan kau. Yang kau pun pakai macam orang tua ni kenapa? Ni tudung sarung kau ni la nampak sangat tuanya tau. Lepas tu siap pakai spek hitam lagi. Dengan barang – barang kau yang penuh dalam kereta tu lagi, memang aku ingat kau nak jual karpet la tadi. Hahaha.” Aida ketawa besar apabila mengenakan teman lamanya itu.
            “ Amboi, sedapnya mengata aku nampak. Ala aku ada sebab tadi kenapa aku pakai macam ni. Eh, lawa gila rumah kau kan. Mana kau dapat duit beli semua ni ha? Kau kan duduk rumah ni sorang je.” Tanya Hanna kepada temannya itu.
            “ Oh, aku sekarang practise estate agent. So, ada duit lebih sikit aku beli lah barang – barang ni.” terang Aida dengan terperinci.
            Estate agent? Patut lah pun kaya. Tapi dia ni memang sesuai pun jadi estate agent. Dah la pandai, cantik pulak tu. Memang characteristic seorang estate agent pun. Macam aku ni jangan harap lah. Kulit pun dah macam orang berjemur kat pantai je. Dah la kasar, nak pujuk orang beli property apatah lagi. Memang fail lah aku ni kalau jadi estate agent.
            “ Patut lah kau kaya kan. Aku ingat kau ada sugar daddy tadi. Hahaha.” Gurau Hanna.
            “ Ish ada ke patut cakap aku pasang sugar daddy. Dah la tu. Aku tau kau mesti penat. Kau pergi lah mandi ngan solat dulu. Bilik kau yang hujung tu tau. Aku dah kemaskan tadi. Nanti lepas makan, baru kita angkat barang kau yang berlambak tu ye.”
            Hanna hanya mengangguk dan menuju ke bilik tidurnya. Manakala Aida ke dapur untuk menyediakan makan malam mereka berdua. Mulai hari ni, ada lah teman aku nak makan dalam rumah ni. Kalau tak sunyi je. Thanks Hanna sebab sudi teman aku.
            Wah, bilik tidur aku pun cantik jugak minah ni hias. Full of purple. Ingat lagi dia dengan colour kegemaran aku tu. Eh, macam kenal je poster kat katil aku tu. Poster Aliff Asyraf! Alamak, dia ni memang minat dengan Aliff tu ke or sengaja letak poster tu kat bilik aku? Em whatever lah. Lagipun dia memang tau aku couple dengan Aliff tu pun. Kitorang kan satu kelas time dekat Uitm dulu.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?