Followers

Friday 21 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 14 ~


Malam itu seperti biasa Irfan akan menjamu selera bersama mama dan papanya. Suasana agak sunyi di dalam banglo Datuk Iskandar pada malam itu. “ Wow, ada jus tembikai malam ni. Manisnya tembikai ni ma. Mesti orang yang beli tembikai ni ikhlas sangat kan pa?” Irfan menoleh ke arah papanya selepas meneguk jus tembikai tu.
            “ Eh mesti lah. Ikhlas sangat kan bang?” Datin Haliza pula memandang suaminya. Datuk Iskandar hanya menjamah makanannya buat – buat tak dengar apa yang dibualkan oleh anak beranak itu.
            “ Irfan, mama ada benda nak cakap ni.” Datin Haliza memulakan agendanya.
            Irfan yang sedang menjamu makanannya terus memandang Datin Haliza. “ Ada apa ma? Cakap lah.”
            “ Irfan dah janji kan tak kan bantah semua cakap mama lepas ni kan?”
            “ Ye Irfan janji. Tapi apa bendanya ma. Macam suspen je bunyi nya.” Irfan masih lagi meneruskan suapan di mulutnya.
            “ Irfan dah tahu kan perempuan yang Irfan nampak keluar dari bilik mama tu akan jadi Irfan punya PM?”
            “ PM? Oh, makcik direct selling tu ke? Dah tau dah. Kenapa ma?
            “ Irfan, cuba jaga bahasa tu sikit. Kalau orang tu dengar macam mana?” Datuk Iskandar pula menyampuk kerana tidak menyenangi dengan jawapan anak terunanya itu.
            “ Ala Irfan gurau je lah pa. Ok sorry ye bos.”
            Datin Haliza masih lagi berkira – kira dalam otaknya macam mana hendak bagi tau anaknya itu. “ Sebenarnya Irfan, perempuan yang Irfan nampak tadi tu jugak lah bakal jadi isteri Irfan nanti. Budak tu lah anak kawan mama yang mama nak jodohkan dengan Irfan nanti.”
            Irfan tekejut besar bila mendengar kata – kata ibunya itu. Tak pernah dia menyangka makcik tu akan jadi isterinya nanti. Kenapa mesti dia? Dah la tak sepadan lansung dengan aku. Memang jauh gila dari taste yang aku nak. Sampai hati mama dera aku sampai macam ni.
            “ Mama, kenapa perempuan tu ma? Anak kawan mama yang lain tak ada ke? Irfan akan ikut pilihan mama tapi bukan dengan makcik direct selling tu. Tak berkenan langsung la Irfan tengok dia ma.” Irfan menagih simpati mama nya itu.
            “ Irfan jangan degil ye. Irfan dah janji nak ikut cakap mama kan? Lagipun Irfan tak tengok dia lagi mana Irfan tau dia tak cantik. Mama sure sangat esok Irfan tengok dia mesti Irfan cair punya.” Datin Haliza mula meninggikan suaranya.
            “ Pa, apa semua ni? Tolong lah Irfan pa. Papa kan laki, mesti papa paham perasaan Irfan kan.” Irfan mula memancing simpati Datuk Iskandar.
            “ Papa paham Irfan. Kalau papa masih single pun, papa pun akan kahwin dengan budak tu tau.”   Datuk Iskandar tersengih memandang anaknya itu.
            “ Dah la Irfan tak lalu lah nak makan. Irfan naik bilik dulu lah.” Irfan terus membasuh tangannya lalu menuju ke biliknya dengan perasaan yang tak puas hati.
            “ Tak lalu apa nya sampai lauk pun dah nak habis dibedalnya.” Datin Haliza membebel melihat telatah anaknya itu. Datuk Iskandar hanya menggelengkan kepala melihat anaknya.
            Sampai di bilik tidurnya, Irfan membaringkan badannya yang tinggi lampai itu di atas katilnya yang empuk. Kepalanya serabut memikirkan hal di meja makan tadi. Kalau tak sebab perjanjian dengan ibunya, mahu jugak dia lari rumah malam ni.
            Ah, sebab perempuan lah hidup aku tak tentu hala macam ni. Boleh ke aku bahagia dengan makcik tu? Memang lah paras rupa tu tak penting tapi siapa yang tak nak hidup dia dapat apa yang di impikan. Mama ni kenapa lah sangup buat aku macam ni. Yang perempuan tu pulak setuju ke nak kena kahwin dengan aku? Ah, mesti lah dia nak. Daripada tak ada siapa – siapa nak kahwin dengan dia, baik dia kahwin dengan aku ni. Siap kau makcik. Aku akan buat sampai kau benci kat aku nanti. Ya Allah kenapa Kau uji hidup aku sampai macam ni sekali?
Usai makan malam, Hanna dan Aida berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen di ruang tamu. Sekali – sekala Hanna memandang ke arah Aida yang leka bermain sms dengan seseorang. “ Aida, kau mesej dengan siapa tu? Pakwe kau eh?” Hanna memulakan perbualannya.
            “ Eh, mana ada lah. Ni kawan aku je. Aku bukan macam kau ada boyfriend artis pulak tu.” Jawab Aida yang masih lagi dok menaip mesej di telefon bimbitnya.
            “ Eleh, kau jangan tipu aku lah. Mana ada orang yang main sms dengan kawan senyum sorang – sorang. Baik kau mengaku cepat siapa boyfriend kau tu?” Ugut Hanna dalam nada gurauan.
            “ Ala kalau aku bagi tau pun kau bukannya kenal.” Balas Aida bersahaja.
            “ Betul jugak kan. Tapi kira kau mengaku kau dah ada boyfriend lah ni ye. Nanti ada masa kenalkan lah dia kat aku ye.” Ujar Hanna sambil matanya kembali menatap kaca televisyen.
            “ Ok lah Cik Hanna. Eh, esok kau start kerja dah ye? Kau kerja kat hotel mana?” Aida mengubah topik.
            “ Asean Regency Hotel Suites. Kenapa?
            Terbeliak biji mata Aida apabila mendengar nama hotel yang disebut oleh Hanna tadi. “ Wow, five star kan hotel tu. Hari tu aku ada negotiate pasal owner hotel tu nak bukak branch baru kat Penang. Kau tahu tak dah banyak dah branch hotel tu kat Malaysia ni. Sampai kat Singapore pun dah ada branch baru bukak tau. Bertuah kau kan dapat offer jadi PM kat main branch dia.”
            “ Ala kau ni, aku di offer jadi PM dia je. Kalau di offer jadi owner dia kat branch yang baru bukak kat Penang tu, baru lah aku bertuah gila. Hahaha. Tapi apa – apa pun aku bersyukur sangat lah ada jugak rezeki aku kan dalam bidang property ni.”
            “ Tu lah rezeki ni ada kat mana – mana je kan. Contohnya kau ni dari Kedah sampai ke Johor kau cari rezeki ye.”
            Hanna hanya tersenyum memandang temannya itu. Kalau banyak rezeki tapi hidup tak bahagia pun susah jugak Aida. Haish, apa lah si Aliff ni buat. Aku call tak angkat. Nak tunggu dia call memang berjanggut la jawabnya. Jelousnya tengok Aida ngan kekasih dia tu. Dah lama dah aku tak macam ni. Masing – masing sibuk dengan kerja ni la padahnya.
            “ Eh kau ada download drama Korea yang baru tak? Aku dah lama tak update drama – drama baru dalam hard disk aku tu.” Tanya Hanna.
Hanna memang menggilai drama – drama Korea sejak dari bangku sekolah lagi. Dia sanggup beli dua hard disk hanya untuk menyimpan drama – drama Korea nya. Wall paper laptopnya juga dihias dengan gambar Lee Dong Wook, hero drama My Girl yang di gilainya itu.Tapi, nasib baik lah Puan Normah tak tahu perbuatan membazirnya itu. Kalau tak memang dapat ceramah free selama 44 hari lah.
            “ Oh nasib kau memang baik, Hanna. Aku baru je download cerita baru. The King 2 Hearts tajuk dia. Ha Ji Won yang berlakon tau. Kau pergi lah ambik cerita tu dalam hard disk aku dalam bilik tu.” Balas Aida.
            “ Ok, aku pergi ambik ye.” Hanna berlalu ke bilik Aida untuk mengambil hard disk temannya itu. Usai mendapatkan barang yang dicarinya, Hanna keluar lalu menutup pintu bilik Aida.
“ Aida, aku masuk tidur dulu lah ye. Penat lah drive tadi.”
            “ Betul ke nak tidur ni? Mentang – mentang dah dapat cerita baru terus nak tidur ye? Cuci kaki dulu tau sebelum tidur. Good night.” Pesan Aida kepada temannya itu.
            Hanna hanya tersengih dan mengangguk apabila mendengar usikan temannya itu. Lantas langkah kakinya mula menuju ke bilik tidur. Best nya dapat cerita baru. Tak sabar betul aku nak tengok heroin Secret Garden tu beraksi lagi.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?