Followers

Friday 21 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 15 ~


         Pagi itu dalam keadaan kelam - kabut, Hanna hanya mengenakan slack hitam, kemeja wanita berwarna merah dan dilengkapi dengan selendang berwarna merah muda di kepalanya untuk memulakan tugas barunya di hotel. Usai bersiap, Hanna mencapai handbag Gucci nya yang berwarna hitam lalu menuju ke keretanya.
            “ Eh Hanna kau tak nak breakfast dulu ke?” tegur Aida dari meja makan yang sedang menjamah roti bakarnya.
            Sorry la aku dah lambat ni. Aku pergi dulu tau. Kau tolong lah makan untuk aku ye.” Laung Hanna dari dalam keretanya.
            Hanna memulakan perjalanannya dengan bacaan doa menaiki kenderaan. Tapi, cara dia memandu kereta pagi tu sebijik macam orang tak baca apa – apa langsung. Habis semua lampu isyarat dibedalnya. Ni kalau tak sebab tengok cerita Korea sampai pukul 3 pagi ni, tak adanya aku nak lambat macam ni. Alamak, jam dah pukul 8 dah ni. Mesti bos dah sampai ni. Padan muka kau Hanna. Terima lah nasib kau nanti ye.
            Irfan yang pagi itu juga mengenakan kemeja merah dan berslack hitam yang dipadankan dengan tie dan vest berwarna hitam menunggu dengan sabar PM baru merangkap bakal isterinya nanti dalam ofisnya. Sesekali dia mengerling jam di tangannya. Amboi, mentang – mentang lah nak jadi bakal isteri aku boleh pulak datang lambat. Siap kau ye. Jangan ingat kau boleh berlagak sebab mak aku sayang kat kau. Macam – macam dah aku plan nak buat ni. Tunggu je lah nanti.
            Irfan meneruskan kerjanya sementara menunggu PM barunya itu. Sesekali dia mengerling lagi jam di tangannya. Maybe silap bilik kot dia ni. Maklum lah hotel kan banyak bilik. Aku pulak bukan duduk kat dalam bilik general manager (GM). Lantas Irfan menekan interkom di mejanya, “ Su, nanti kalau PM baru kita sampai, bawak dia masuk bilik saya ye. Takut dia salah masuk bilik GM pulak nanti.”
            “ Baik Encik Irfan.” Balas Suraya pendek.
            Tepat pukul 8 suku, Hanna sampai di ofis yang berada di dalam Asean Regency Hotel Suites itu. Wow, cantiknya ofis ni. Dengan reka bentuk yang elegan dan moden ni mesti mahal gila nak buat ofis ni. Ni baru ofis, belum lagi bilik – bilik kat hotel ni. Patut lah five star pun kan.
            Hanna bergegas jalan masuk ke kawasan ofis sampai dia berhenti di satu meja untuk bertanya sesuatu. “ Assalamualaikum cik, boleh saya berjumpa dengan Encik Irfan Haris bin Datuk Iskandar?” tanya Hanna kepada Suraya.
            “ Waalaikumussalam. Cik ni siapa?”
            “ Oh nama saya Hanna Nadira binti Hasyim. PM baru yang akan..” belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya, Suraya terus menyampuk.
            “ Oh Cik Hanna. Sekejap ye saya bagi tau Encik Irfan dulu. Cik Hanna boleh duduk dulu ye.” Kata Suraya dengan penuh sopan. Lantas dia masuk ke bilik Irfan untuk memaklumkan kehadiran Hanna di situ. Cantik betul Cik Hanna ni. Mesti Encik Irfan cair ni bila tengok dia nanti.
            “ Encik, PM baru dah sampai. Nak saya suruh masuk ke?”
            “ Ye ke. Ok suruh dia masuk sekarang.” Irfan meletakkan pen yang berada di jarinya dan terus mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia membelakangi pintu masuk ke biliknya dan bercakap dalam telefon dengan seseorang.
            Seketika kemudian bunyi ketukan dari pintu luar yang menandakan Hanna sudah berada di muka pintu bilik Irfan. “ Masuk!” kedengaran suara seseorang menyuruh Hanna masuk ke dalam bilik tersebut.
            Dengan perlahan Hanna memulas tombol pintu di hadapannya dan terus melangkah masuk ke dalam bilik bos nya itu. Belum sempat dia memberi salam, dia terdengar Irfan sedang bersembang dengan seseorang dalam telefon.
            “ Sayang, I mintak maaf sangat – sangat pasal semalam tu ye. I janji lepas ni kalau I bermalam kat rumah you lagi, I kemas ye semua pakaian – pakaian dalam I tu ok? You jangan merajuk ye sayang. By the way, you looking so hot yesterday night baby. Ok lah sayang. Ada orang nak jumpa I ni. Nanti I call you balik k. Love you so much muah!”
            Ya Allah, kenapa lah Kau bagi bos yang begitu rendah akhlaknya kat aku. Haish teruk betul perangai anak orang kaya ni. Dah lupa halal haram kot. Ni lah orang cakap Islam hanya pada nama je. Ish mintak simpang sangat. Moga – moga aku dijauhi dari lelaki macam ni.
            Irfan mematikan talian telefon bimbitnya dan menoleh ke arah Hanna yang sedang berdiri di belakangnya. Ya Allah, ni ke bakal isteri aku tu? Macam mana boleh jadi cantik pulak ni? Kenapa tak macam makcik semalam pun? Aduhai, mata dia menawan betul. Menusuk ke sanubari ni.
Eh, Irfan apa yang kau fikir ni? Kau dah lupa ke sebab perempuan ni lah, kau gaduh besar dengan mama kau. Dia nak kikis harta kau je ni. Sampai mama pun dah bela dia, tak lama lagi mesti dia dapat kaut semua harta kau. Ah, perempuan semua sama je! Ya, aku tetapkan akan laksanakan semua misi yang aku plan dari semalam.
            Hanna berasa jelek untuk memandang wajah bos nya yang buruk perangai itu. Harap muka je hensem tapi perangai subhanallah. Saat itu, dia teringat Encik Hakim yang begitu baik terhadapnya. Macam tu lah baru dinamakan contoh terbaik. Ni perangai dah macam ape tah.
            “ Silakan duduk, Cik Hanna Nadira. Would you mind if I just call you Ana?” Irfan bertanya kepada Hanna. Ya Allah apa aku merepek ni? Yang aku nak panggil dia Ana pulak kenapa? Ah, lawan perasaan kau tu Irfan.
            Eh, Ana tu untuk panggilan dalam keluarga aku je lah. Aliff pun tak panggil aku Ana, kau sedap – sedap je nak panggil aku Ana pulak. Meluat betul lah. Laki macam ni memang pantang nampak perempuan. Miangnya subhanallah. Nasib baik lah kau bos aku. Aku tunjuk lah hormat sikit.
            “ Oh sure. So, macam mana dengan kerja saya encik?” Hanna memulakan pertanyaan.
            “ Awak kan PM. Tak kan awak tak tahu lagi apa tugas seorang PM. Tu pun nak kena tanya saya ke?” Irfan meninggikan suaranya. Hahaha. Puas hati aku.
            Aik, tinggi pulak suara dia. Aku je yang perasan dia nak ayat aku kot tadi. Lagipun perempuan macam aku ni pun bukannya taste laki macam dia. “ Saya tahu tugas saya encik. Tapi maksud saya macam mana dengan tempat kerja saya and who are the staff?
            Lepas lunch nanti, saya akan tunjukkan surrounding of this hotel yang awak akan manage. Buat masa sekarang ni awak boleh tengok ofis awak dulu. Nanti my secretary akan tunjukkan kat awak kat mana bilik awak. And one more thing, saya paling tak suka orang tak punctual, paham? Jangan ingat awak tu owner hotel ni pulak.” Puas hati Irfan bila dapat berlagak sombong dengan PM barunya itu.
            “ Pasal pagi tadi tu saya mintak maaf encik. Saya janji saya tak kan lambat dah lepas ni. Saya mintak diri dulu ye encik.” Kata Hanna sebelum bangun dari kerusinya dan berlalu pergi meninggalkan Irfan.
            Eleh, berlagak betul mamat ni. Menyampah aku. Aku pun tak kebulur lah jadi owner hotel ni. Perempuan yang terpikat kat kau tu mesti sebab duit punya. Kalau tahu perangai kau macam ni, confirm ramai perempuan surrender awal – awal. Baru padan muka kau jadi anak teruna tua.
            Sabar ye Hanna. Ni baru sikit je aku buat. Kau ingat senang ke nak jadi isteri Irfan Haris? Cermin muka kau tu dulu walaupun aku tahu kau cantik tapi kau tetap tak kan dapat curi hati aku ni tau apatah lagi nak kikis harta aku.
            Irfan lantas mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. “ Helo Jali, kejap lagi kau lunch dengan siapa?” Irfan bertanya kepada temannya.
            “ Aik, ingatkan dah delete nombor handphone aku. Lama dah tak call aku ni. Kau pergi mana ha?”
            “ Ala aku ada hal sikit dua tiga hari ni. Weh, kau free tak kejap lagi? Lunch dengan aku nak?”
            “ Ok lah kejap lagi pukul 12 kau tunggu aku kat Restoran Nasi Campur tu. Nanti aku datang.”
            “ Ok nanti apa – apa hal aku call balik.” Irfan mematikan telefon bimbitnya dan menyambung kembali tugasnya yang tergendala tadi.
            Hanna dibawa oleh Suraya ke ofisnya yang telah disediakan khas untuk property manager di hotel itu. Semasa dalam perjalanan, Hanna bertanya kepada Suraya, “ Cik, boleh tak saya tanya sesuatu?”
            “ Boleh je tapi Cik Hanna panggil saya Su sudah lah ye. Lagipun saya kan dah jadi orang bawah Cik Hanna.” balas Suraya sambil tersenyum.
            “ Ish kita sama – sama orang bawahan Encik Irfan tau. Em, kenapa ye Encik Irfan tak duduk dalam bilik GM? Datuk Iskandar masih lagi jadi GM sini ke Su?”
            “ Oh, Datuk Is dah bagi jawatan GM tu kat anak sulung dia. Irham Hafiz namanya. Tapi Encik Irham ni tak ada kat Malaysia. So, adik dia Encik Irfan lah yang pangku jawatan GM sekarang. Sebab tu dia tak duduk dalam bilik GM tu. Ha, sekarang kita dah sampai. Ni lah bilik Cik Hanna. Silakan masuk. Cik Hanna tengok – tengok lah dulu ye. Nanti apa – apa hal panggil saya. Saya keluar dulu tau.” Suraya meminta diri dan berlalu keluar.
            Hanna hanya mengangguk dan menghantar Suraya keluar dengan matanya. Wah, cantik gila ofis aku. Kalau macam ni, tak jadi GM pun tak apa lah. PM pun dah dapat ofis lawa. Hanna melihat di sekitar biliknya itu. Tak sia – sia aku pindah Johor ni. Syukur Alhamdulillah. Rasa macam nak buat kenduri kesyukuran pulak. Hehehe.
            Tepat pukul 12 tengah hari semua staf di pejabat Asean Regency Hotel Suites keluar untuk makan tengah hari. Hanna mengajak Suraya untuk menemaninya lunch. Nasib baik Suraya ni jenis mesra alam. Kalau tak memang aku lunch solo la hari ni. Maklum lah baru hari first masuk kerja mana ada kawan – kawan lagi. Nak ajak si Aida tu pulak tempat kerja dia dengan aku pun jauh gila. Time – time macam ni lah aku rindu sangat kat Lisa dengan Ain tu. Selalunya aku lunch dengan diorang. Agak – agak diorang rindu tak dengan aku ni?
            “ Kita nak makan kat mana, Su? Saya tak tahu sangat mana kedai – kedai makan kat sini yang sedap.” Tanya Hanna kepada Suraya.
            “ Ala Cik Hanna ikut je saya. Kita makan nasi campur nak? Restoran Nasi Campur kat depan tu sedap tau. Murah pun murah.” Jawab Suraya sambil melangkah ke restoran yang dimaksudkan itu.
            “ Ok lah kalau macam tu.” Hanna membontoti Suraya dari belakang.
            Tiba sahaja mereka menjejakkan kaki ke restoran itu, kedengaran Suraya menegur seseorang. “ Eh, Encik Irfan pun lunch kat sini jugak? Encik Irfan tunggu orang ke?”
            Hanna yang berada di belakang Suraya, pura – pura mengukir senyuman di bibirnya. Ish lelaki miang ni lagi. Tak ada orang lain ke aku nak jumpa lagi dalam negeri Johor ni? Buat aku hilang selera makan je lah.
            “ Ye saya tengah tunggu kawan saya. Kawan saya yang nak makan kat sini. Biasanya saya lunch kat hotel je tak pun mana – mana fast food restaurant.” Irfan berkata sambil matanya melirik ke arah Hanna yang berdiri macam tiang elektrik di belakang Suraya.
            Eleh, berlagak gila mamat ni! Hish benci lah aku tengok muka dia ni. “ Encik Irfan, kami mintak diri dulu ye. Tak boleh sembang lama – lama. Nanti lambat pulak masuk kerja. Kalau saya ni owner hotel tu tak apa lah jugak kan.” Hanna memulangkan paku buah keras dan berlalu mencari meja makan yang kosong untuk menjamu selera.
            Irfan hanya memandang Hanna dan Suraya yang berlalu pergi dengan ekor matanya. Amboi, boleh tahan jugak mulut minah ni! Seketika kemudian dia terlibat kelibat Sazali yang memasuki restoran itu. Dia melambai – lambaikan tangan kanannya ke arah temannya itu. Sazali yang terlihat Irfan melambaikan tangannya terus menuju ke arah temannya itu.
            Setelah mereka mengambil juadah makanan ala – ala buffet di restoran itu, mereka menjamu selera dengan lahapnya. Tanpa disedari, Hanna memerhatikan gaya Irfan menjamu selera. Ceh, kononnya tak makan lah makanan melayu ni kan. Tapi yang makan nasi macam tak makan setahun tu apa bendanya. Berlagak je lebih.
            “ Em apa hal yang kau tiba – tiba nak lunch dengan aku hari ni? Biasanya kau kan dengan si Sazzy tu.” Sazali memulakan bicaranya.
            “ Aku dah clash dah dengan Sazzy tu. Aku tak contact dah pun dengan dia.” Jawab Irfan bersahaja.
            Terlopong mulut Sazali mendengar berita hangat dari temannya itu. “ Kau biar betul Fan. Korang kan couple of the year for the every season, secocok sepadan macam pinang dibelah – belah. Hahaha.” Sempat lagi Sazali menyindir sahabatnya itu sambil ketawa besar. “ Macam mana boleh putus ni? Mak kau paksa kau kahwin ngan perempuan lain ke?”
            Irfan hampir tersedak mendengar soalan dari mulut temannya itu. Aik, mana dia tahu ni aku kena paksa kahwin. Tak kan si Sazzy ni bagi tau dia kot. Setahu aku, aku tak pernah bagi tahu siapa – siapa selain Sazzy je. Irfan sempat memandang ke arah Hanna yang sedang menjamu selera dengan secretarynya itu sebelum menjawab pertanyaan temannya itu.
            “ Ish kau ingat ni zaman kekanda adinda ke nak main kahwin – kahwin paksa pulak. Ni zaman moden tau mana ada dah orang kahwin ikut pilihan mak bapak. Lagi pun ni Irfan Haris lah. Aku akan kahwin dengan pilihan hati aku tau. Si Sazzy tu memang lah dulu pilihan hati tapi sekarang dah menyakitkan hati. Sebab tu aku tinggal dia.” Irfan menjawab dengan panjang lebar supaya temannya itu tidak menghidu apa – apa tentang dirinya.
            “ Hahaha relax la bro. Aku main – main je lah tadi. Kau ni sejak bila cepat emo pulak ni? Ha ni kau tak bagi tahu lagi apa tujuan kau nak jumpa aku ni.”
            “ Em sebenarnya aku ingat nak bagi job kat engineering firm kau ni. Kau nak tak?”
            “ Eh siapa lah nak tolak rezeki Fan oi. Tapi job apa kau nak bagi kat firm aku ni?”
            “ Em aku ingat aku nak sub kan engineer untuk hotel aku tu. Sementara nak tunggu abang aku tu balik sini, aku nak focus pasal administration je. Bila dia dah balik nanti, baru aku take over balik untuk engineering. Tapi kau kena hantar sorang engineer dari firm kau lah untuk hotel aku tu boleh?”
            “ Oh macam tu. Untuk kau Fan, aku sendiri akan hantar diri aku ni untuk jadi engineer kat hotel kau. Yang penting payment dia mesti cun lah. Hahaha.” Gurau Sazali sambil ketawa besar.
            “ Bagus lah macam tu. Pasal payment kau jangan risau. Aku bayar yang terbaik punya tapi job pun mau baik lah ye.” Balas Irfan puas hati. Settle satu masalah.
            “ Em tapi PM kau macam mana? Kalau tak ada PM macam mana aku nak handle pulak?”
            “ Oh pasal PM tu aku dah lantik baru dah. Nanti aku kenalkan kat kau. Pandai – pndai lah korang bekerjasama nanti ye.” Jawab Irfan bersahaja.
Tika itu, Hanna dan Suraya berlalu melintasi mereka untuk pulang ke tempat kerja. Irfan terpandang ke arah Hanna dan saat itu bola mata mereka bertembung. Irfan cepat – cepat mengalihkan pandangan matanya. Ish minah ni, asal sebut pasal dia je terus muncul. Bahaya betul.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?