Followers

Sunday 2 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 5 ~


           Pagi ini Irfan mengenakan kemeja hitam dan tali leher berwarna kelabu untuk ke pejabat. Dipadankan pula dengan slack kelabu amat sesuai di tubuhnya. Selesai bersiap, dia bergegas turun ke bawah untuk bersarapan.
            “ Eh mana mama dengan papa, mak Siti?” Irfan berasa pelik bila tak nampak kelibat mama dan papa nya itu.
            “ Oh, Datin dengan Datuk pergi join poco – poco dekat lake garden sana tu. Diorang ada la ajak mak Siti sekali tapi mak Siti tak larat nak menari macam diorang tu.” Mak Siti ketawa kecil.
            Tersedak Irfan dibuatnya apabila mak Siti bagitau mama dengan papa nya pergi poco – poco. Mama ni memang suka betul lah buat suprise kat aku.
“ Astaghfirullahalazim, Irfan tak apa – apa ke? Macam mana boleh tersedak ni.” Mak Siti menuang semula air milo ke dalam gelas Irfan tadi dan mengelap sisa – sisa air yang tersembur di atas meja. Mak Siti sudah biasa memanggil Irfan hanya dengan nama kerana Irfan sendiri tidak suka Mak Siti memanggilnya encik.
            “ Maaf Mak Siti. Irfan tak sengaja. Sejak bila mama join poco – poco ni Mak Siti? Dan lagi satu, macam mana papa pun boleh terlibat ni?” Irfan sendiri semakin hairan dengan telatah mama dengan papa nya itu.
            “ Hari ni baru pertama kali diorang join setahu mak Siti. Ni sebab pagi kelmarin Datin pergi pasar pagi, dia lalu dekat lake garden tu lepas tu nampak ramai orang tengah exercise tarian poco – poco. Mungkin dia rasa berminat dia pun join je la.” Mak Siti menerangkan satu persatu kepada Irfan.
            “ Oh begitu. Tak apa lah mak Siti. Irfan dah lambat ni. Nanti Mak Siti kirim salam dekat mama dan papa tau.” Sempat dia bersalam dengan Mak Siti sebelum beredar.
            Setelah sampai di ofis, Irfan memberi senyuman untuk setiap pekerja yang sentiasa  mengucap selamat pagi atau assalamualaikum kepadanya. Sememangnya Irfan Haris Datuk Iskandar amat murah dengan senyuman. Selepas duduk di kerusi empuknya, Irfan menekan intercom untuk menghubungi setiausahanya. “ Suraya, masuk sekejap.”
            Suraya melangkah masuk lalu bertanya, “ Ya, encik nak tau semua appointment hari ni ke?”
            “ Eh bukan. Saya nak awak batalkan segala appointment saya hari ni ye. And one more thing, kalau ada siapa – siapa call cari saya cakap saya busy tau.” Irfan memberi arahan.
            “ Baiklah encik. Ada apa – apa lagi encik?”
            “ Tak ada dah. Awak boleh teruskan kerja awak tadi.”
            Irfan berdoa agar segala perancangan nya hari ni berjalan dengan lancar. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor kekasih hatinya.
            “ Helo sayang, you dekat mana? I datang ambik you sekarang boleh?”
I dekat kondo I ni la. Datang lah sayang. Nanti I bersiap dulu ya.”
“ Ok kejap lagi I sampai tau.”
Setelah memutuskan talian, Irfan terus keluar dari ofisnya lalu mendapatkan BMW kesayangannya itu. Dia terus meluncur laju ke kondo Sazzy. Suasana yang sunyi di dalam kereta membuatkan Irfan menguap beberapa kali. Untuk menghilangkan kebosanannya, dia menekan punat on radio. Kedengaran Aznil sedang menemu ramah seorang artis di dalam siaran Era f.m.
“ Apa komen Aliff tentang gossip hubungan intim Aliff dengan protege Aliff sendiri yang tengah hot diperkatakan dalam media sekarang ni?
“ Saya dengan Isya hanya sebagai mentor dan protege sahaja. Tak lebih dari tu Abang Aznil. Biasa lah gossip untuk menjatuhkan orang siapa tahu kan.” Aliff menjawab dengan penuh yakin.
“ Kalau betul lah kan Aliff ada hubungan dengan Isya, macam mana dengan kekasih Aliff sekarang?” Aznil masih lagi memberi soalan – soalan panas.
“ Pasal tu saya no komen lah.” Aliff menjawab dengan selamba.
Agak – agak girlfriend si Aliff ni tahu tak pasal pakwe dia ni? Kesian betul lah siapa yang jadi awek Aliff ni. Mesti merana. Harap muka hensem je buat apa. Baru jadi mentor dah nak menggatal. Desis hati kecil Irfan.
Irfan terus memandu sehingga tiba di kawasan kondominium kekasihnya. Setelah memarkir BMW nya, dia terus menaiki lif untuk ke rumah Sazzy. Setelah membunyikan loceng, Sazzy membuka pintu menjemput Irfan masuk.
Irfan duduk di atas sofa lantas matanya terbeliak memerhatikan Sazzy yang hanya memakai shorts dengan spaggeti. Wah, sexy gila dia ni. Mahu rosak iman aku duduk lama – lama tengok dia ni. “ Eh you tak siap lagi ke sayang? You siap la cepat tau. I tunggu you kat dalam kereta. Sini panas la.” Irfan terus keluar mendapatkan keretanya. Fuh, lega sikit aku. Boleh ke dia ni nak berubah dengan pakai macam tu walaupun dah tahu aku nak datang ni? Kau tawakal je lah Irfan.
“ Eh sayang tunggu la I.” Laungan Sazzy tidak didengari oleh Irfan. Ish, pekak betul boyfriend aku ni. Selesai bersiap, Sazzy turun mendapatkan Irfan di dalam kereta. Dengan hanya mengenakan gaun paras lutut dengan bahu yang terdedah, Sazzy amat yakin penampilannya dapat menggoda Irfan sepenuhnya.
“ Hai sayang, lama ke you tunggu?” Sazzy mengambil tempat duduk di sebelah Irfan.
Ish minah ni nak pergi disko ke apa pakai sexy macam ni. Tahu la sini dekat dengan Singapore. Tapi tak perlu rasanya nak melaram sampai macam ni. Aku macam dapat firasat yang rancangan aku bakal hancur je. Memang mama la yang dapat piala kejohanan nanti. Ish tak boleh jadi ni.
“ Yang you pakai macam ni kenapa sayang? I bukan tak suka tapi yang I tak suka tu nanti laki lain dapat tengok badan you yang terdedah ni.” Irfan berbohong supaya Sazzy tak kecil hati dengannya.
“ Ala you ni I berhias pun untuk you jugak. Bukan untuk orang lain pun.” Sazzy menarik muncung sedepa.
“ Ye lah. I kalau cakap dengan you ni memang you je la menang. Em I ada benda nak bincang ni. Nanti dah sampai kat tempat makan, I bagitau ya. Sekarang you decide nak makan kat mana?” Irfan mengubah topic bagi mengelakkan perbalahan.
“ I nak makan steak dekat Hotel Lagenda boleh?” Sazzy menayang muka gedik nya.
Aku dah agak dah. Tempat mesti nak grand punya kalau pilihan si Sazzy ni. “ Ala bosan la asyik hotel je. I ni kerja kat hotel, tak kan nak makan pun dalam hotel jugak.” Irfan membantah.
“ Kita makan KFC je la tau. I dah lama tak makan KFC ni.” Sengaja Irfan ingin mengajar minah celup ni.
“ KFC? Ala sayang nanti gemuk la I. Kolestrol  tinggi tau. Kalau ye pun kita makan Kenny Roggers la sayang eh?” Sazzy cuba memujuk Irfan. Ada ke nak makan KFC? Tak ada kelas lansung. Bentak hati Sazzy.
“ Sekali – sekala sayang. Kalau you gemuk pun I tetap sayang jugak. Ikut I pulak ok?”
“ Ye lah, whatever la Irfan Haris.” Sazzy memasamkan wajahnya.
Wah, first time ni Sazzy ikut cakap aku. Yes! Tak sangka aku dah layak bergelar pemimpin keluarga.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?