Followers

Saturday 8 December 2012

~ Cinta Utara Selatan 7 ~


Tepat pukul 9 malam, Hanna sampai diperkarangan rumahnya. Kelihatan adik lelakinya, Hazim yang berusia 17 tahun sedang membaiki motosikalnya di garaj kereta ayahnya. Dia memarkir keretanya di belakang kereta ayahnya. “ Wei Ajim, hang dok buat buat apa kat dalam tu?” Sampai je Kedah automatic loghat nya bertukar.
            “ Dok tengok wayang ni kak. Hang baru sampai ke kak?” jawab Hazim sambil berloyar buruk.
            “ Dak aih. Semalam dah akak sampai tapi baru nak keluaq kereta malam ni. Hahaha.” Hanna ketawa besar memulangkan paku buah keras sambil berlalu pergi.
            “ Ceh, balas balik nampak!” Bebel Hazim sorang – sorang.
            “ Assalamualaikum mak.” Hanna memberi salam di muka pintu seraya menyalami tangan ibunya.
            “ Waalaikumussalam, hang sihat ke Ana? Mak tengok hang makin slim ni awat? Depa catu makanan ka kat Putrajaya tu?” Bertubi – tubi soalan Puan Normah hadiahkan pada anak daranya itu.
            “ Ish awak ni, kalau ye pun ajak la anak kita tu duduk dulu kalau nak bersembang. Boleh pulak buat cerita Hindustan depan pintu tu. Penat budak tu pun tak habis lagi.” Tegur Encik Hasyim yang selamba tengok televisyen seolah – olah tak ada apa – apa yang berlaku dalam rumahnya itu.
            “ Salam bah.” Hanna menghulurkan tangannya lalu duduk di sofa bersama – sama kedua – dua ibu bapanya.
            “ Macam mana hang sekarang? Hang sihat ka?” Puan Normah bertanya semula soalan yang di tanya tadi.
            “ Alhamdulillah, Ana sihat je. Mak abah sihat? Ajim macam mana pelajaran dia?” Giliran Hanna pula bertanya.
            “ Kami ni sihat je kat sini Ana. Ajim macam biasa la dia. Hujung tahun ni SPM tapi dia dok sibuk dengan rempit retro dia tu lagi.” Hanna tergelak kecil mendengar kata ibunya itu.
            “ Mak ni orang rempit moden la mak. Ada ke muka hensem macam ni di katakan retro. Lagipun mak, orang tak lupakan buku la walaupun orang ni pengerusi persatuan rempit kampung ni. Hahaha.” Sampuk Hazim dari muka pintu.
            Bertambah – tambah ketawa Hanna disebabkan geli hati melihat telatah adik dan ibunya. Hanna tahu maknya memang suka menyakat si Ajim tu. Ada saja yang tak kena dengan Ajim tu. Bukannya Ajim tak pandai dalam pelajaran tapi mungkin sebab bosan kalau tak menyakat. Maklum lah anak ada dua orang je. Abahnya hanya tersenyum kecil melihat telatah anak – anaknya itu. Matanya masih lagi tidak melepaskan kaca televisyen. Agaknya kalau tak ada televisyen dalam rumah tu, mahu gila abah dibuatnya.
            “ Dah la Ana. Hang pi la berehat. Dah la bawak kereta jauh – jauh. Jangan dok layan sangat mak dengan adik hang ni.” Abahnya pula menyampuk.
            “ Kalau macam tu orang masuk bilik dulu la mak abah. Nak mandi dengan solat lagi ni.” Ujar Hanna sambil mengangkat beg dan Momo nya masuk ke dalam bilik.
            “ Akak esok ajaq orang matematik tau.” Sempat lagi Hazim berpesan pada kakaknya.
            “ InsyaAllah.” Dengan lemah Hanna menjawab. Fuh, penat gila hari ni. Macam nak tercabut kepala lutut aku ni. Wah, katil ku sayang! Rindunya aku kat kau. “ Momo rindu tak kat katil ni? Mesti rindu kan dengan tempat tidur sendiri.” Hanna bertanya kepada teddy bear nya seolah – olah teddy bear nya itu bernyawa. Hanna tidak pernah meninggalkan teddy bear nya itu walau ke mana pun dia pergi. Teddy bear ni adalah hadiah pemberian ibunya sempena hari lahirnya yang ke 12 tahun dulu. Dia tidak pernah mempunyai bantal busuk seperti kanak – kanak lain. Teddy bear ni lah yang dijadikan bantal busuknya setiap malam. Sebab tu teddy bear nya dinamakan Momo. Hanna akan merasakan ibunya sentiasa menemani tidur malamnya dengan memeluk teddy bear nya di sisi.
            “ Momo, Ana mandi dulu ya. Nak solat lagi ni.” Hanna berkata kepada Momo sambil mencapai tualanya dan berlalu ke bilik air.
            “ Helo Liza. Macam mana? Ada apa – apa progress baru tak?” Hanna berasa pelik melihat Puan Normah bercakap dengan seseorang sambil memerhatikan  sekelilingnya dan menoleh ke kiri dan kanan. Seperti ada sesuatu yang disoroknya.
            Tika itu juga Puan Normah melihat kelibat Hanna menghampirinya. Belum sempat orang yang sedang bercakap dengannya itu membalas, dia telah meletakkan gagang telefon.
            “ Eh Ana, bila masa pulak hang ada kat sini?” Tegur Puan Normah sedikit gagap melihat anaknya itu.
            “ Bila ada kat sini apanya mak? Bukan mak nampak ke orang datang kat mak tadi? Mak cakap dengan sapa tadi? Bunyi macam rahsia sangat kenapa? Muka pun cuak ni mesti ada apa – apa kan mak. Baik mak habaq kat orang.” Desak Hanna sambil megelap rambutnya yang basah itu.
             Puan Normah berpura – pura menguap dan menunjukkan muka mengantuk kepada anaknya. “ Mak ngantuk lah Ana. Nanti esok – esok lah kita sembang na? Hang pun pi la tidoq. Nanti bangun lambat pulak esok.” Ujar Puan Normah sambil menuju ke kamarnya. Fuh, selamat aku. Kalau tak habis lah. Puan Normah menarik nafas lega apabila sampai di dalam biliknya.
            Ish pelik – pelik betul lah mak aku ni. Ngomel Hanna sendirian sambil berlalu ke biliknya.
            “ Ni kenapa macam nampak hantu je ni Mah? Masuk bilik main serbu je kenapa?” Tegur Encik Hashim yang sedang berbaring di atas katil.
            Puan Normah berbaring di sebelah suaminya. “ Saya bukan nya nampak hantu bang tapi tadi la saya tengah dok cakap dengan Liza tu. Tiba – tiba Ana datang kat saya. Apa lagi kelam – kabut la saya pun.”
            “ Tu la awak. Orang kalau tak buat salah tak kan jadi macam tu tau. Ni bila awak nak bagitau anak kita tu?” Soal Encik Hasyim sambil matanya dipejamkan.
            “ InsyaAllah esok rasanya. Abang back up saya tau apa – apa jadi nanti.”
            “ Tengok lah keadaan dulu. Awak ni macam nak pergi berperang la pulak lagaknya.”
            “ Ish saya cuma takut Ana bantah je rancangan saya ni. Sebab tu kena mintak tolong abang.”
            “ Kalau dah takut, tak payah buat rancangan lain kali. Dah la saya nak tidoq ni. Esok kita sambung bincang na.” Serius nada Encik Hasim. Dia sebolehnya tidak mahu anaknya sedih dengan rancangan isterinya itu.
            “ Ish abang ni kerja tidoq ja.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?