Followers

Wednesday 26 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 11 ~

Usai selesai membuat laporan polis, Wafa terus memandu keretanya menuju ke sekolah tempat dia mengajar. Boleh tahan lama jugak lah Wafa terpaksa menadah telinganya mendengar ceramah free dari pegawai polis yang mengambil laporannya tadi. Namun, dia akur semuanya salah dia tidak membuat laporan polis secepat mungkin. Nasib baik dia boleh ambil emergency leave pagi ni. Sempat jugak dia ke balai polis terlebih dahulu.
            Wafa meletakkan beg tangan di atas meja tulisnya di dalam bilik guru itu. Dia memeriksa jadual kelas yang harus diajarnya hari ni. Hmm lepas rehat ni kena masuk mengajar kelas 5 sains 1 pulak. Wafa mengeluh perlahan lalu membuka buku latihan yang belum disemaknya itu. Kepala otaknya tika itu kosong. Dia tak mampu fokus dengan apa yang hendak dibuatnya. Yang dia pasti, bayangan Tengku Aakif Nawfal masih tak dapat lenyap dari mindanya sejak dari malam semalam lagi.
            Tiba – tiba kedengaran telefon bimbitnya berdering rancak. Dia mencari – cari telefon bimbit yang masih berada dalam beg tangannya itu. Lantas dilihatnya nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya. Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat.
            “ Assalamualaikum.” Ucap Wafa acuh tak acuh.
            “ Waalaikumussalam. Wafa, maklong ni!” semangat suara orang tua itu membalas.
            “ Ye Wafa tahu. Ada apa maklong telefon ni?”
            “ Oh, macam ni. Hujung minggu ni, keluarga Khairul nak datang bawak rombongan meminang.”
            “ Oh ye ke? Tahniah lah maklong tak lama lagi nak dapat menantu.” Balas Wafa selamba.
            “ Hish budak ni. Khairul tu datang nak meminang kau lah. Kau jangan lupa balik kampung tau hujung minggu ni, Wafa?”
            Terbeliak biji mata Wafa saat itu. “ Apa maklong ni? Kan Wafa dah cakap, suami Wafa biar Wafa sendiri yang cari. Kenapa maklong nak paksa – paksa Wafa macam ni?” Wafa membantah keras.
            “ Sampai bila kau nak cari bakal suami kau hah? Nak tunggu sampai tanah aku ni tergadai dulu?”
            “ Tanah tergadai? Maksudnya, kalau Wafa kahwin dengan Khairul, tanah maklong selamat? Sampai hati maklong jual Wafa macam ni kan?” Air mata jernih Wafa mula bergenang.
            “ Err.. bukan macam tu maksud aku. Aku dah jaga kau dari kecil sampai besar sampai kau pandai macam ni, tak kan kau tak boleh balas budi aku Wafa?
            “ Maklong, ni bukan caranya nak balas budi. Wafa memang tak sangka maklong sanggup buat Wafa macam ni.” Wafa menyeka perlahan air matanya yang sudah merembes di pipi. Risau juga kalau – kalau ada guru lain yang terlihat adegan air matanya itu.
            “ Kau ni betul – betul degil lah Wafa. Aku tak peduli, kalau kau tak balik jugak hujung minggu ni aku tetap akan terima pinangan keluarga  Khairul tu faham?”
Belum sempat Wafa membalas, perempuan Hitler itu terus memutuskan taliannya. Wafa menyandarkan tubuhnya lemah di kerusi. Lepas satu..satu masalah yang datang. Apa yang aku nak buat sekarang ni? Fikir Wafa fikir. Gunakan otak kau yang geliga tu cari jalan penyelesaian sekarang jugak. Wafa cuba berfikir sejenak. Tiba – tiba kedengaran bunyi loceng berdering tanda waktu rehat. Perutnya turut berbunyi mengiringi bunyi loceng itu.
Ni tandanya aku kena isi perut dulu lah baru boleh berfikir. Lantas Wafa mencapai beg tangannya di atas meja lalu bangun dari kerusi. Belum sempat dia hendak melangkah menuju ke kantin, datang seorang guru perempuan yang berusia 30 – an mendekati mejanya.
“ Rasanya saya pernah tengok Cikgu Wafa pakai baju kurung ni sebelum cuti sekolah hari tu kan?” Cikgu Fatimah a.k.a Cikgu Fatty, rakan setugasnya yang juga merupakan musuh tradisinya mula menegur. Ada saja yang tak kena di matanya tentang diri Wafa.
Wafa mula menayang muka menyampah. “ Memang pun, Cikgu Fatimah. Saya ni tak banyak beli baju kurung. Sebab tu saya asyik pakai baju yang sama je. Maklum lah, saya ni wanita moden. Tak pakai baju kurung sangat. Sebab tu saya tak beli banyak – banyak.” Pedas Wafa membalas. Padan muka kau!
“ Moden pun buat apa kalau sampai dah jadi anak dara tua.” Giliran Cikgu Fatimah pula menyindir.
Anak dara tua? Wah, ini sudah bikin panas ni! “ Eh, kira ok lah anak dara tua dari kahwin dengan laki tua.” Wafa pura – pura ketawa apabila berjaya menyindir Cikgu Fatimah yang sememangnya baru bernikah dengan seorang duda berusia 15 tahun tua darinya. Cikgu Fatimah terlopong. Lantas dengan langkah selamba, Wafa meninggalkan ruang bilik guru yang semakin hangat itu.
Wafa mengatur langkah menuju ke kantin. Dalam hatinya, sudah mengekek ketawa. Baru puas hati aku. Kalau berani, kacau lah aku lagi. Dah la aku tengah tension pasal maklong. Dengan hal si Tengku tu lagi. Tengku? Wafa memberhentikan langkahnya tiba – tiba. Dia terfikirkan sesuatu. Yes, aku dah dapat satu idea! Bijak betul otak kepala aku ni. Memang patut pun jadi cikgu. Hehehe.
***
Wafa menjengukkan kepalanya sedikit di kawasan tempat makan guru. Seketika kemudian, dia mengeluh perlahan. Haish macam mana pulak geng Cikgu Fatty tu boleh ada dekat sini? Membantutkan selera aku je. Wafa lantas menuju ke kawasan tempat makan pelajar. Tidak sanggup rasanya dia hendak berhadapan dengan cikgu – cikgu yang sudah mendaftar nama dalam geng Cikgu Fatty tu. Maklum lah perangai pun lebih kurang sama.
            Wafa hanya memesan bihun sup dan teh ais untuk menjadi habuan perutnya yang sedang galak berbunyi itu. Usai membayar makanan, Wafa duduk di meja bersama – sama pelajar yang sedang menjamu selera. Pelajar – pelajar itu sempat menghadiahkan senyuman dan memberi salam tanda hormat kepada cikgu. Mereka sudah pun biasa melihat Wafa yang sering kali menjamu selera di kawasan tempat makan pelajar.
            Wafa merenung bihun putih yang sedang berenang – renang di dalam supnya itu. Fikirannya masih menerawang mengingatkan idea yang baru tercetus dalam kepala otaknya tadi. Agak – agak Tengku tu setuju ke tak eh? Setuju..tak setuju..setuju..tak setuju.. Sempat lagi Wafa bermain – main dengan bihun dalam mangkuk itu menggunakan garfu.
            Sedang fikirannya asyik menerawang entah ke planet mana, tiba – tiba datang tiga orang pelajar kesayangannya menyergah Wafa dari belakang. “ Cikgu!!”
            Terpelanting garfu di tangannya itu ke alas lantai. Wafa segera menoleh ke arah pelajar – pelajar bertuahnya itu, Mimi, Mira dan juga Nadia. “ Astaghfirullahalazim.. budak – budak ni.” Wafa menarik nafas lega.
            Sorry cikgu. Kitorang gurau je.” Mimi tersengih menayangkan gigi putihnya yang tunggang terbalik itu.
            “ Kitorang tengok dari tadi cikgu muram aje. Cikgu termenungkan apa sebenarnya?” giliran Mira pula bersuara.
            “ Hish kau ni, kan aku dah cerita tadi. Mesti lah cikgu termenungkan abang aku. Betul tak cikgu?” belum sempat Wafa membalas, Nadia menyampuk dengan selamba.
            Wafa hanya tersenyum kelat melihat keletah anak muridnya itu. “ Kamu semua ni dah makan ke belum?”
            “ Dah cikgu!” balas mereka serentak.
            “ Ha kalau dah makan, tak reti – reti lagi nak masuk kelas? Loceng habis rehat dah bunyi dah tu. Kejap lagi ada kelas dengan saya kan?”
            “ Ala cikgu ni nak tukar topik pulak. Malu lah tu kantoi berangankan abang saya betul tak?” balas Nadia tersengih.
            “ Pengawas! Ni ambil nama tiga orang budak degil ni tak nak masuk kelas.” Wafa berpura – pura memanggil pengawas sekolah.
            “ Cikgu! Jangan lah panggil pengawas. Cikgu tak kan tak tahu kitorang ni geng APS.”
            “ Apa dia? GBS?” Wafa tersengih mengusik anak muridnya.
            “ Cikgu, GBS tu geng bas sekolah. Kitorang dah Form 5 tau mana main GBS lagi. Ni APS la. Maksudnya Anti Pengawas Sekolah.” Terang Mimi satu persatu. Mira dan Nadia hanya menganggukkan kepala di sisi.
            “ Oh, APS.. Pengawas! Ni ambil nama geng APS ni.” Wafa berpura – pura memanggil pengawas lagi.
            “ Ok ok cikgu. Sekarang jugak kitorang masuk kelas.” Sekelip mata tiga remaja perempuan di hadapannya itu lesap.
Wafa menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum melihat telatah mereka. Budak – budak sekarang ni lebih takutkan pengawas dari cikgu rupanya. Ngomel Wafa sendiri. Begitulah rapatnya hubungan Wafa dengan pelajarnya. Baginya lebih baik melayan kenakalan pelajar dari melayan karenah guru yang sentiasa bermasalah dengan dirinya itu. Masalah besarnya sebentar tadi juga dapat dilupakan sementara.
***
Hari ini buat pertama kalinya Tengku Danial Hakimi dan Qistina memijak bumi Parit Buntar yang terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Dari dalam kereta, Qistina menayang wajah pelik ke arah Tengku Danial Hakimi yang sedang tegak berdiri memerhatikan kawasan hutan belukar di tepi lebuh raya itu. Lantas Qistina keluar dari perut kereta dan menghampiri pemuda yang bakal menjadi saudaranya itu.
            “ Jangan cakap you nak bina property dekat kawasan hutan ni, Kimi.”
            “ Kalau I cakap ya, macam mana?” duga Tengku Danial Hakimi pula.
            “ Ok ok I faham you akan clearkan kawasan hutan ni nanti, tapi you tengok lah surrounding kawasan ni. Cuma ada kedai – kedai kecil aje, Kimi. Rumah kampung and all that urgh siapa nak beli property you ha?”
            “ Kalau I terang dekat you pun, you tak kan faham. So, tugas you just market and advertise my property ok?” balas Kimi tersengih lalu mengatur langkah menuju ke keretanya. Qistina pula dengan muka yang masih tidak puas hati hanya membontoti Tengku Danial Hakimi lalu memasuki perut kereta.
            “ Ok I akan buat kerja I. Sekarang you nak ke mana pulak?” soal Qistina apabila melihat Tengku Danial Hakimi menekan pedal minyak meluncur laju dengan Hyundai Sonata Latest Modelnya.
            I nak bawak you survey target market kita.” Balas Kimi bersahaja.
            Qistina hanya mendiamkan diri tanda akur. Pandangan matanya dikalihkan ke hadapan jalan semula. Sudah tidak ada lagi soalan yang hendak ditanya. Sekali – sekala Tengku Danial Hakimi mengerling ke arah wanita cantik di sebelahnya itu. Kau sepatutnya layan aku baik – baik, Qis. Sebab sekarang ni aku adalah cucu tunggal Tan Sri Tengku Mustapha tahu tak?
            Tengku Danial Hakimi menelusuri kereta mewahnya perlahan di kawasan perumahan teres satu tingkat di pekan Parit Buntar. Melilau biji matanya melihat reka bentuk rumah teres di kawasan itu. Tak menarik langsung! Bisik hati kecilnya. Qistina pula ralit memerhatikan cara hidup penduduk di situ. Orang – orang macam ni berpotensi ke nak jadi target market aku?
            Tiba – tiba biji mata Qistina tertancap ke arah seorang pemuda yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Dia cuba mengenal pasti wajah pemuda yang dilihatnya samar – samar itu. Saat itu juga kedengaran bunyi hon kereta beberapa kali dari arah belakang. Terperanjat kecil Tengku Danial Hakimi dan Qistina dibuatnya. Lantas Kimi menekan pedal minyaknya kuat bergerak laju.
            “ Haish tak boleh bersabar sikit ke? Bukannya aku suka – suka nak bawak kereta perlahan.” Bebel Kimi sendiri.
            Qistina segera menoleh semula ke arah kawasan rumah yang dilihatnya pemuda itu tadi. Lelaki tu macam Aakif. Bisik hati kecilnya. Tengku Danial Hakimi memandang pelik gelagat wanita disebelahnya.
            “ Kenapa dengan you ni?”
            I rasa I macam nampak Aakif tadi.” Balas Qistina sambil mengerutkan dahinya mengingatkan sesuatu.
            Terperanjat besar Tengku Danial Hakimi apabila mendengar sebutir nama yang keluar dari mulut perempuan itu. Aakif?!!
            You ni biar betul? Entah – entah pelanduk dua serupa kot.” Balas Tengku Danial Hakimi seperti tidak percaya.
            “ Em mungkin jugak. Lagipun orang yang I nampak tadi tu dah ada isteri dah.” Balas Qistina perlahan. Matanya masih memandang ke arah cermin sisi keretanya yang sedang menayangkan seorang perempuan muda turun dari kereta menuju ke arah pemuda yang sedang menyiram pokok di laman itu.
            Fuh, nasib baik aku! Kalau lah betul Aakif masih hidup, hancur segala apa yang aku plan. No no no! Aku tak kan biarkan benda tu berlaku. Aku yakin Aakif dah lama mati. Aku pasti! Tengku Danial Hakimi terus menekan pedal minyaknya laju meninggalkan kawasan perumahan itu.
Wafa tercegat memandang bontot kereta mewah yang di honnya tadi. Apa lah bawak kereta pun lembap. Dah la jalan dalam kawasan ni sempit. Kan dah dapat hon kereta ‘mahal’ aku tadi. Aku fikir nak bayar ganti rugi mahal je tau. Kalau tak, memang aku dah sondol bontot kereta kau dengan kereta aku tadi. Sempat lagi Wafa membebel sendiri. Seketika kemudian, dia terus mendapatkan bekas sepupunya yang sedang menyiram pokok bunga itu.
            “ Tengku, rajinnya awak tolong siram pokok bunga rumah saya ni.” Wafa mengukir senyuman manis.
            Tengku Aakif Nawfal menayang wajah pelik. Lalu dia menutup paip air yang digunakannya tadi. “ Saya bosan tak tahu nak buat apa.” Balas Aakif bersahaja sambil tangannya menggulung semula paip getah yang digunakan.
            “ Terima kasih banyak – banyak tau. Tak sangka betul awak ni dah la baik hati, rajin pulak tu.” Wafa tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
            “ Saya tahu saya memang rajin dan baik hati pun. Awak tak payah lah nak berterima kasih sangat. Perkara kecil aje ni.” balas Aakif selamba.
            Wafa berpura – pura senyum lagi namun dalam hatinya, sekarang jugak dia nak pergi cari baldi. Nak termuntah! “ Em apa kata saya belanja awak makan malam ni? Awak pilih je nak makan dekat mana, saya bayar.”
            Tengku Aakif Nawfal mengecilkan matanya merenung dengan penuh tanda tanya pada wajah comel di hadapannya. “ Emm tak ada hujan tak ada ribut tiba – tiba awak baik dengan saya ni kenapa? Kalau pasal semalam tu awak jangan risau lah. Saya tak kan saman awak.”
            “ Em pasal tu saya tahu. Tapi saya ada benda lagi penting nak bincang dengan awak nanti. Pukul 6 petang nanti awak bersiap ye? Kita keluar makan. Kita berdua je tau?” balas Wafa tersengih lantas melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan pemuda yang jelas semakin bingung dengan apa yang berlaku.
***
Tepat pukul 6 petang, Tengku Aakif Nawfal yang hanya mengenakan seluar jeans hitam dan baju T putih dilengkapi dengan jaket kelabu di tubuh sasanya sudah cukup membuatkan para gadis cair melihat ketampanan lelaki itu. Walaupun pakaiannya hanya pakaian pinjam. Nasib baik saiz badan Waiz lebih kurang sama dengan Aakif.
            Tengku Aakif Nawfal setia menunggu Wafa Amani yang masih belum muncul di ruang tamu. Dia menekan – nekan punat remote control di tangannya itu untuk mengalih siaran. Sesekali dia mengerling jam di dinding yang sedang menunjukkan pukul 6 suku. Lambatnya perempuan ni? Janji pukul 6 tadi.
            Seketika kemudian, kedengaran Wafa memulas tombol pintu biliknya dan melangkah keluar menuju ke arah Tengku Aakif Nawfal. Aakif segera menoleh ke arah perempuan itu dan serta – merta biji matanya terpaku dan terpegun melihat penampilan Wafa memadankan blouse berbunga kecil dan skirt labuh berwarna putih di tubuh langsingnya. Hijabnya pula dikenakan dengan Shawl Rubia kain chiffon berwarna krim yang diordernya dari butik Radiusite. Gorgeous! Bisik hati kecil Aakif.
            Tengku Aakif Nawfal segera mematikan siaran televisyen dan membontoti Wafa melangkah menuju ke kereta. Hajat hatinya hendak membebel kepada wanita cantik itu terus terbantut. Tak sampai hati pulak bila tengok kau cantik macam ni. Aakif tersengih sendiri.
            Belum sempat mereka memasuki perut kereta, kedengaran enjin kereta Mardiana memasuki garaj rumah itu. Dengan muka yang letih dan tak bermaya, Mardiana keluar dari keretanya sambil memegang beberapa gulungan kertas kerjanya. Sedikitpun dia tidak terperanjat melihat dua orang manusia yang sedang tercegat memandang ke arahnya.
            “ Wafa, kau nak keluar eh? Nanti belikan aku nasi ayam ye. Aku penat gila ni.” sempat lagi Mardiana membuat pesanan lalu melangkah lemah masuk ke dalam rumah.
            Wafa hanya tersenyum melihat gelagat temannya itu lalu memasuki perut kereta. Begitu juga dengan Tengku Aakif Nawfal. Beberapa minit kemudian, mereka sudah pun meninggalkan perkarangan kediaman itu.
            Wafa memandu keretanya sampai ke Bandar Taiping namun, sampai sekarang Tengku Aakif Nawfal masih belum memutuskan tempat makan yang hendak disinggahnya. Sehinggalah Wafa melalui jalan raya di hadapan Hotel SSL Traders Taiping.
            “ Kita makan dekat sini.” Tengku Aakif Nawfal bersuara tiba – tiba.
            Wafa sedikit terperanjat. Namun, dia segera memarkir keretanya di kawasan hotel. Diperhatikan kawasan sekeliling hotel bertaraf 4 bintang yang boleh dikatakan mewah itu dari dalam kereta. Wah, betul ke apa yang aku cuba buat ni? Makan dekat hotel ni adalah sama dengan makan dekat rumah untuk masa 10 hari tau. Itupun belum campur dengan hari yang aku nak diet lagi.
            “ Err awak, apa kata...”
            Belum sempat Wafa menghabiskan kata, Aakif terus memotong. “ Awak cakap nak belanja saya tadi kan? Apa lagi jom lah.”
Tengku Aakif Nawfal sudah pun melangkah keluar dari perut kereta. Mahu tak mahu, Wafa terpaksa menuruti langkah pemuda itu. Kau kenakan aku ye, Mr. Memory Loss. Nasib baik lah aku terpaksa minta tolong kau kali ni. Kalau tak, jangan harap aku nak buat baik dengan kau. Wafa menyumpah – seranah lelaki itu dari belakang. Geram benar hatinya.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?