Followers

Saturday 29 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 15 ~




Wafa Amani memegang sebuah buku teks dan buku rujukan sambil berjalan masuk ke dalam kelas 5 sains 1. Usai membalas ucapan selamat pagi dari pelajarnya, dia segera meletakkan buku – bukunya di atas meja yang dikhaskan untuk guru. Dia memandang setiap wajah murid – murid di hadapannya itu.
            “ Ada sesiapa tak hadir hari ni?” selaku guru tingkatan bagi kelas itu, ayat itulah yang akan keluar dari bibirnya sebelum memulakan pengajarannya.
            “ Nadia, cikgu.” balas ketua tingkatan yang dilantik melalui undian ramai itu.
            “ Nadia?” Serta – merta biji matanya beralih ke arah tempat duduk Nadia. Betul lah, kerusi dan mejanya kosong. Kenapa budak ni tak hadir pulak hari ni? Tak pernah – pernah pun dia ponteng sekolah selama ni.
            Usai mencatatkan sesuatu dalam buku kedatangannya, dia mencapai buku rujukan  matematik tingkatan lima di atas mejanya. Diselak – selaknya muka surat itu seketika. Lantas dia mencapai marker pen dan bangun dari kerusinya menuju ke papan putih.
            “ Ok kerja rumah semalam, hantar ke hadapan ya. Hari ni seperti biasa cikgu akan bagi latihan sebagai penutup bab yang kita dah habiskan semalam. Lepas ni, kita akan masuk bab yang baru pulak.” Tangan Wafa ligat menulis sesuatu di atas papan putih. Pelajarnya turut menyalin apa yang ditulis oleh guru mereka itu.
            Tak sampai 15 minit, Wafa sudah duduk di kerusinya sambil memerhatikan anak muridnya membuat kerja. Tulisannya usah dipersoalkan lah. Sudah tentu hodoh. Nasib baik banyak main nombor aje. Kalau jadi cikgu BM memang fail dah ni.
            “ Cikgu, yang bawah sekali tu nombor berapa?” kedengaran suara Akmal bertanya dari tempat duduknya.
            Wafa segera menoleh ke arah papan putih. Kemudian, dia mencari semula soalan yang ditulisnya itu dalam buku rujukan yang digunakan tadi. “ Oh, tu nombor 56.” Balas Wafa tersengih. Cis, aku sendiri pun tak faham dengan tulisan aku!
            Wafa kembali memerhatikan gelagat anak muridnya menyiapkan kerja. Ada yang sedang berbincang, ada yang buat seorang diri, jangan ada yang tak buat langsung sudah. Seketika kemudian, dia mencapai kerja rumah yang telah dipungut oleh ketua tingkatan tadi. Dengan pen merah yang sudah tersedia di celah jari runcingnya, dia mencari – cari kakulator dalam beg tangannya. Tiba – tiba kedengaran bunyi telefon bimbitnya berdering. Segera dia mencapai handphonenya terlebih dahulu.
            “ Assalamualaikum.” Wafa memberi salam kepada nombor pemanggil yang tidak dikenalinya itu.
            “ Waalaikumussalam, Cikgu Wafa. Saya ni Taufiq.” Kedengaran suara garau seorang lelaki dari corong telefon bimbitnya.
            Wafa terperanjat kecil. Taufiq? “ Oh ya ada apa awak telefon saya?” Wafa mengawal suara.
            “ Em saya nak bagitahu yang adik saya tak dapat datang ke sekolah hari ni.” balas Doktor Taufiq tenang.
            “ Tak apa saya tahu dia tak datang sekolah hari ni. Tapi pastikan dia datang esok bawa surat alasan kenapa dia tak datang sekolah ya. Kalau tak, saya terpaksa anggap dia ponteng.” Jelas Wafa.
            “ Ok pasal surat tu nanti saya akan uruskan. Em lagi satu, saya nak bagitahu yang Nadia akan dipindahkan sekolah tak lama lagi.”
            Sekali lagi Wafa terperanjat. “ Eh, pindah sekolah mana awak?”
            “ Sekolah di KL. Saya akan uruskan pertukaran sekolah dia tak lama lagi.”
            “ Tapi tahun ni kan dia akan ambil SPM. Kenapa tak tunggu dulu? Alang – alang dah pun nak tukar sekolah waktu ni.”
            “ Sebabnya saya akan mula bertugas di KL tak lama lagi. Jadi, Nadia tak ada pilihan lain dia terpaksa ikut saya. Lagipun, ibu dan ayah saya dekat KL pun dah paksa kami duduk sana.” Jelas Taufiq satu persatu.
            “ Em jadi awak pun akan pindah KL lah ya?” balas Wafa perlahan.
            Yup. Kenapa? Awak sedih ya?” soal Taufiq dalam nada gurau.
            “ Eh, mana ada lah. Em kalau macam tu nanti saya tolong awak uruskan pertukaran Nadia dengan pihak pentadbiran ya?” balas Wafa lagi.
            “ Ok. Nanti kalau ada apa – apa hal awak bagitahu saya ya.”
            “ In shaa Allah. Assalamualaikum.”
            “ Waalaikumussalam.”
            Usai salamnya dijawab, Wafa segera mematikan talian telefon bimbitnya. Hatinya mula terasa kosong. Sedih? Hmm apasal semenjak dua menjak ni ramai orang nak pindah KL pulak? Dalam kepala otaknya mula mengingatkan bayangan Aakif yang sudah kembali sisi keluarganya. Mesti keluarga Tengku tu berada. Duduk KL pulak tu. Untung lah kau Tengku lahir – lahir dah boleh main Ipad. Aku ni lahir – lahir dulu tahu main congkak je tau. Itupun kena korek lubang sendiri dekat tanah.
***
Hari ni merupakan hari pertama sejak kepulangan Tengku Aakif Nawfal menjejakkan tapak kakinya ke Menara MS Land Holdings. Biji matanya memerhatikan ruang sekeliling syarikat milik keluarganya itu. Fantastic! Seluruh warga syarikat mega itu begitu terperanjat dengan kehadiran orang kedua terbesar dalam ahli lembaga pengarah yang sudah dikhabarkan hilang sejak minggu lepas. Namun, mereka hanya mampu menundukkan kepala tanda hormat dan berbicara sesama sendiri. Tidak berani untuk bertanya lebih – lebih.
            Dari jauh lagi, kelihatan Tengku Danial Hakimi hanya memerhatikan sepupunya merangkap musuhnya berjalan beriringan dengan Tengku Muaz menuju ke pejabat. Sakit hatinya bukan kepalang lagi apabila melihat anak – beranak itu kembali bersatu. Aku benci kau, Aakif! Jerit hati kecilnya. Memberontak.


            Tengku Muaz membukakan pintu bilik anak tunggalnya itu lalu melangkah masuk ke dalam. Tengku Aakif Nawfal hanya membontoti papanya dari belakang. Hampir terbeliak biji matanya tika itu apabila melihat ofisnya yang serba mewah. Tengku Muaz sudah pun duduk bersandar di sofa sambil tersengih memandang gelagat anaknya itu.
            “ Betul ke ni ofis Aakif pa?” Aakif terpegun. Betul – betul teruja.
            Yup. Kalau tak percaya, tengok lah nama Aakif dekat meja tu.” Balas Tengku Muaz tersenyum.
            Aakif segera mengalihkan kepalanya ke arah meja. Dilihatnya nama Tengku Aakif Nawfal tertera di hadapan meja itu. Lantas dia menuju ke arah kerusi kulit berwarna hitam lalu melabuhkan punggungnya perlahan. Dia bersandar megah. Sesekali kerusinya itu dipusing – pusingkan sedikit. Huish selesa gila! Rasa macam nak tidur pulak.
            Tiba – tiba matanya tertancap ke arah sebuah bingkai gambar di atas mejanya. Dia segera mencapai gambar yang mempamerkan dirinya dan seorang perempuan muda. Lama dia merenung gambar itu. Dalam otaknya ligat memikirkan sesuatu.
            “ Pa, siapa perempuan ni?” Aakif menayang muka pelik sambil menunjukkan bingkai gambar tersebut ke arah Tengku Muaz.
            Belum sempat Tengku Muaz membalas, pintu bilik itu tiba – tiba dibuka dari arah luar. Kelihatan Qistina dan Tengku Danial Hakimi segera melangkah masuk ke dalam bilik itu. Qistina tercegat berdiri di hadapan tunangnya. Matanya tidak berkedip memandang Tengku Aakif Nawfal. Aakif mula mengerutkan dahi. Lantas pandangannya dialihkan ke arah Tengku Muaz meminta jawapan.
            “ Aakif tanya lah tuan empunya diri sendiri.” Balas Tengku Muaz tersengih.
            Qistina sudah bergenang air mata memandang buah hatinya itu. Lantas dia terus memeluk tubuh sasa itu kerana terlalu gembira. Semua mata yang berada di situ serta – merta terperanjat. Termasuk Tengku Aakif Nawfal. Dia keras. Langsung tidak membalas pelukan wanita itu.
            “ Ke mana you pergi selama ni, Aakif? You tahu tak I risaukan you sangat? I tak sanggup kehilangan you Aakif.” Wajah Qistina sudah mulai comot dengan eyeliner dan maskara akibat air matanya yang mencurah – curah.
            Aakif segera meleraikan pelukan dari wanita itu. Diperhatinya gadis itu dari atas hingga bawah. Siapa pulak perempuan ni? Bini aku ke nak peluk – peluk bagai? Lantas dia mencapai kotak tisu di atas mejanya lalu dihulurkan kepada Qistina. Qistina memandang pelik jejaka di hadapannya. Air matanya sudah pun berhenti. Tangannya tetap menyambut huluran dari Aakif.
            “ Err boleh saya tahu awak ni siapa?” Aakif bersuara tiba – tiba.
            Qistina tersentak. Tengku Danial Hakimi sudah mengukir senyuman. “ Kif, kenapa dengan you ni? Tak kan you tak kenal I dah.” Jari – jemari Qistina sudah memegang lengan Aakif.
            Aakif cepat – cepat melepaskan lengannya. “ Cakap pakai mulut aje boleh tak? Tak payah lah nak pegang – pegang.” Aakif mula meninggikan suaranya sedikit. Entah mengapa dia tidak begitu menyukai wanita di hadapannya itu.
            “ Tengku Aakif Nawfal! Sampai hati you cakap dekat I macam ni. Hantu mana yang dah rasuk badan you ni ha?” Qistina mula melenting. Sakit hatinya.
            “ Kimi, kamu bawak Qis keluar dulu. Aakif biar paksu yang uruskan.” Tengku Muaz segera berbisik ke telinga Kimi untuk meredakan suasana.
Tengku Danial Hakimi hanya menganggukkan kepalanya tanda akur. Lantas dia memegang lengan Qistina dan memujuknya keluar meninggalkan ruang bilik itu. Dengan air mata yang masih berbaki, Qistina melangkah laju keluar dari bilik tunangnya.
Tengku Muaz melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berhadapan dengan Aakif. “ Kenapa Aakif cakap macam tu dekat dia? Aakif tak suka dia ke?” duga Tengku Muaz.
“ Bukan tak suka pa. Tapi cara dia tu main terkam orang. Entah siapa – siapa je perempuan tu.”
“ Kalau Aakif nak tahu, nama dia Qistina.”
            Qistina? Macam pernah je aku dengar nama ni. “ Qistina yang nenda sebut hari tu ke pa?” Soal Aakif lagi.
            Tengku Muaz hanya menganggukkan kepalanya. “ Qistina tu sebenarnya tunang Aakif.” Sambung Tengku Muaz lagi.
            Tengku Aakif Nawfal terperanjat besar. “ Tu..tunang?” Aakif gagap. Terasa berita yang baru diterimanya itu langsung tidak boleh dipercayai.
            Yup. Tak lama lagi dia akan jadi isteri Aakif.” Balas Tengku Muaz bersahaja.
            Isteri? Aduh, berita apakah yang begitu buruk untuk aku dengar ini? Rupanya hidup aku ni tak seindah yang disangka. “ Wait pa, are you kidding me?
            “ Aakif ada nampak muka papa sedang buat lawak ke sekarang?” soal Tengku Muaz pula selamba.
            Tengku Aakif Nawfal menggelengkan kepalanya perlahan. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan berat. “ Pa, cuba story sikit macam mana Aakif boleh bertunang dengan perempuan tu pulak?”
            “ Nenda yang nak sangat jodohkan kamu berdua. Katanya nak luaskan lagi empayar syarikat kita. Mama Qis tu pulak antara pemegang saham syarikat ni.” jelas Tengku Muaz tenang.
            “ Habis tu, Aakif setuju nak kahwin dengan Qistina?” soal Aakif tidak puas hati.
            “ Ye lah. Kalau kamu tak setuju, macam mana pulak boleh bertunang.”
            Sekali lagi Tengku Aakif Nawfal melepaskan keluhan berat. “ Aakif rasa ada hikmah apa yang berlaku semua ni pa. Aakif tak rasa yang Aakif memang sukakan Qistina.”
            “ Tak apa lah, Kif. Apa yang kamu buat pun, papa tetap sokong dari belakang. Sudah lah. Papa masuk ofis dulu ya. Kamu tengok – tengok lah fail – fail kerja yang kamu selalu handle kat sini dulu.” Balas Tengku Muaz tersenyum lantas bangun dari kerusinya dan melangkah keluar dari bilik itu.
            Tengku Aakif Nawfal hanya memandang sepi kelibat Tengku Muaz melangkah keluar. Usai pintu biliknya tertutup rapat semula, dia segera menyelak fail kerjanya di atas meja. Dalam otaknya masih terngiang – ngiang penjelasan dari papanya tadi. Nasib baik lah baru tunang. Kalau bini aku tak ke naya. Itupun kira bakal jadi bini aku jugak lah tak lama lagi. Haish serabut pulak rasanya.
            Tak lama kemudian, kedengaran bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbitnya. Aakif segera mencapai telefon bimbitnya itu lalu dia membuka pesanan yang baru diterimanya dari Waiz. Nasib baik dia sempat menyimpan nombor telefon Waiz sebelum pulang ke rumahnya tempoh hari. Kalau tak, susah lah dia hendak berhubung dengan keluarga itu.
    -  Abang, lusa dah hari Ahad. Abang tak kasihan ke dekat Kak Wafa?
Aakif segera melihat ke arah kalendar di atas mejanya. Ahad? Lantas dia menaip sesuatu di atas skrin sentuh Samsung Galaxy S3 nya.
    -  Tak apa Waiz. Doktor Taufiq boleh tolong Kak Wafa nanti.
    -  Abang tahu tak, sejak abang tak ada Kak Wafa tu macam tak ceria aje. Pagi tadi waktu breakfast, boleh pulak dia terjerit – jerit nama abang dari dapur suruh bangun tidur.
Aakif tersenyum apabila membaca teks yang baru diterimanya itu. Tak sangka kau ingat jugak dekat aku kan Wafa. Tapi betul ke Waiz ni? Entah – entah nak pancing aku kot? Tak  apa lah sekurang – kurangnya tenang sikit hati aku ni mendengarnya. Tengku Aakif Nawfal mula mengukir senyuman.

1 comment:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?