Followers

Wednesday 19 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 4 ~


Tengahari itu, suasana menjadi kecoh dengan kehilangan tuan muda rumah argam itu, Tengku Aakif Nawfal. Habis semua saudara – mara dan kaum kerabat telah ditelefon oleh Puan Sri Tengku Sakinah. Namun, semuanya langsung tidak mengetahui khabar berita mengenai Tengku Aakif Nawfal.
            “ Macam mana ni bonda? Kita nak buat apa sekarang?” tanya Puan Nafeesah resah memandang Puan Sri Tengku Sakinah yang masih mundar – mandir dengan telefon bimbitnya di tapak tangan.
            “ Kita buat police report terus lah kalau macam ni. Biar polis yang cari Aakif. Kalau tunggu dalam rumah macam ni pun tak guna jugak.” Tengku Muaz memberi cadangan secara tiba – tiba. Sepantas kilat Puan Sri Tengku Sakinah dan Puan Nafeesah menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju.
            Sampai sahaja di ibu pejabat polis Bukit Aman, Tengku Muaz dan Puan Sri Tengku Sakinah terus membuat laporan mengenai kehilangan Tengku Aakif Nawfal semenjak 24 jam yang lalu. Manakala Puan Nafeesah hanya menunggu suami dan ibu mertuanya di ruang menunggu.
            Beberapa minit kemudian, muncul pula kelibat Tengku Danial Hakimi bersama ibunya, Puan Diyana yang bergegas masuk ke ruang laporan jenayah dilakukan. Puan Diyana segera mendapatkan Puan Nafeesah manakala Tengku Danial Hakimi terus menuju ke arah bapa saudara dan nendanya.
            “ Macam mana boleh jadi macam ni nenda? Tak kan Aakif tak bagitau dia pergi ke mana sebelum dia hilang?” Tengku Danial Hakimi sengaja berpura – pura tanya kepada Puan Sri Tengku Sakinah.
            Puan Sri Tengku Sakinah terus memeluk cucu sulungnya itu sambil menangis. “ Entah lah Kimi. Aakif hilang macam tu je tanpa khabar berita.” Suara Puan Sri Tengku Sakinah serak dalam tangisan bila mengenangkan cucu kesayangannya itu hilang entah ke mana.
            Tengku Danial Hakimi menepuk perlahan bahu nendanya. “ Sabar lah nenda. InsyaAllah Aakif tak apa – apa. Dia mesti selamat. Nenda jangan risau ye.” Pujuk Kimi kononnya untuk menenangkan hati nendanya. Padahal, dalam hatinya sudah menguntumkan senyuman mekar. Baru padan muka orang tua ni. Lepas ni aku nak tengok, siapa pulak kau nak harapkan bila Aakif tak ada. Hahaha.
***
Perlahan – lahan Wafa melangkah masuk ke dalam wad pesakit dengan kasut tingginya. Wafa yang mengenakan baju kurung berwarna merah jambu dan bertudung putih pada pagi itu tercari – cari kelibat pesakit yang dimasukkan ke dalam wad kecemasan semalam. Tiba – tiba bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang.
            “ Hoi mak kau kahwin lapan!” terperanjat besar Wafa sehingga terkeluar sifat latahnya yang telah disimpan rapi sejak sekian lama.
            Kelihatan doktor yang menepuk bahu Wafa itu ketawa besar apabila mendengar gadis itu melatah. “ Mak saya kahwin satu je lah.” balas doktor muda itu yang masih berbaki lagi sisa tawanya.
            “ Huish doktor ni, lemah semangat saya tau. Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung.” Wafa mengurut – ngurut dadanya yang terkejut besar tadi. Alamak, apasal aku melatah pulak tadi? Habis hancur segala control cun aku depan doktor kacak ni. Haishh..
            Doktor muda itu ketawa kecil. “ Cik Wafa cari katil sepupu cik yang semalam tu ke?”
            Wafa menganggukkan kepalanya laju. “ Aah tadi saya tanya nurse, diorang cakap sepupu saya dipindahkan ke dalam wad ni. Tapi saya tak nampak pun dari tadi.”
            “ Oh, jom saya bawakan cik ke katil dia.” Pelawa doktor itu sambil melangkah ke katil pesakit. Wafa pula hanya membontoti dari belakang.
            Tiba – tiba doktor muda itu berhenti di katil yang kosong. Doktor itu memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat pesakit di katil itu. Riak wajahnya menjadi pelik.
            “ Kenapa doktor?” Wafa Amani juga memandang pelik dengan gelagat doktor muda di hadapannya itu.
            “ Sebentar ye cik. Nurse, ada nampak tak mana pesakit di katil ni pergi?” Doktor muda itu bertanya kepada jururawat yang sedang membersihkan pesakit di katil sebelah.
            “ Rasanya pesakit katil ni ke tandas tadi, doktor. Kejap lagi dia datang lah tu.” Balas jururawat muda itu sambil memberi senyuman.
            Doktor muda itu hanya menganggukkan kepalanya. Serta – merta berubah air muka Wafa apabila mendengar apa yang dikatakan oleh jururawat tadi. Ini bermakna laki tu dah sedar! Alamak, mati lah aku!
            “ Cik Wafa tunggu sini sekejap ye. Kejap lagi, sepupu cik datang lah tu.” Kata doktor itu sebelum melangkah pergi. Namun, baru setapak doktor itu melangkah Wafa terus memanggil doktor itu semula.
            “ Doktor!! Tunggu sekejap.” Wafa segera menghampiri doktor muda itu. “ Doktor, sepupu saya dah sedarkan diri ke?” tanya Wafa dengan nada yang seriusnya memandang wajah doktor di hadapannya itu.
            Doktor muda itu tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. “ Ye, sepupu cik dah sedarkan diri dalam lingkungan pukul 4 pagi tadi. Mungkin disebabkan darah cik yang memberikan keajaiban buat sepupu cik tu.” Gurau doktor itu tersenyum sambil berlalu pergi.
            Tercengang wajah Wafa tanpa berkata apa – apa sambil melihat kelibat doktor itu berlalu pergi. Wafa terus terduduk di atas katil pesakit yang tidak bertuan pada waktu itu. Ya Allah, laki tu memang betul – betul dah sedar lah. Apa aku nak buat sekarang ni? Entah – entah dia cam aku yang langgar dia semalam. Tak boleh jadi ni. Aku mesti larikan diri sekarang jugak. Mintak maaflah encik. Saya mesti lari dari encik. Saya tak boleh masuk penjara. Saya masih ada adik yang sedang belajar lagi. Lagipun, murid – murid saya kat sekolah sangat perlukan saya. Sempat lagi Wafa membebel sendirian.
            Namun belum sempat Wafa bangun dari katil itu, muncul kelibat seorang lelaki yang bertubuh sasa berdiri betul – betul di hadapan Wafa Amani. Wafa perlahan – lahan mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah pemilik tubuh itu. Terkejut beruk dibuatnya apabila melihat lelaki yang dilanggarnya semalam kini tegak berdiri betul – betul di hadapannya.
            Lelaki asing itu meneliti setiap inci wajah perempuan di hadapannya itu. Pelik! Aku tak pernah tengok wajah perempuan ni seumur hidup aku. Dia kenal aku ke? Lelaki itu bermonolog sendirian. Wafa pula masih lagi memandang wajah lelaki di hadapannya itu tanpa berkedip. Dalam hatinya tidak putus – putus berdoa demi keselamatan dirinya.
            “ Cik ni siapa?” Lelaki itu memulakan bicaranya apabila melihat Wafa masih lagi mendiamkan diri.
            Eh, dia tanya aku siapa? Dia tak ingat langsung ke aku yang langgar dia semalam? Ataupun dia buat – buat tak ingat ni. Nak test aku la konon.
            “ Err awak tak ingat ke apa yang berlaku semalam?” soal Wafa pula. Wajahnya jelas untuk mendapatkan kepastian.
            Lelaki itu mengerutkan dahinya memandang Wafa. Lagaknya seperti ingin mengingati sesuatu. “ Apa yang berlaku semalam sebenarnya?” sesi soal – menyoal masih lagi diteruskan tanpa sebarang jawapan.
            Wafa mengecilkan matanya memandang lelaki asing di hadapannya itu. Hish, dia ni macam betul – betul tak ingat je. Entah – entah hilang ingatan kot mamat ni. Yes! Ni lah peluang aku nak larikan diri. Mintak maaf lah ye Mr. Hilang Ingatan. Sampai di sini sahaja lah pertemuan kita.
            “ Eh, sorry ye encik. Sebenarnya saya tersilap duduk atas katil encik ni. Saya nak cari pak cik saya yang dimasukkan dalam wad ni jugak. Saya tak kenal encik pun. Saya pergi dulu ye.” Bohong Wafa sambil tersengih. Dia segera bangun dari katil pesakit itu dan melangkah pergi meninggalkan lelaki asing itu.
            Lelaki itu terpinga – pinga jelas menunjukkan dia langsung tidak memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Dia hanya mampu melihat kelibat Wafa yang melangkah pergi meninggalkan dirinya. Hatinya entah kenapa tiba – tiba meruntun sedih.
            Belum sempat Wafa melangkah jauh, tiba – tiba kedengaran satu suara lelaki yang memanggil namanya dari belakang. “ Cik Wafa!!!” Laungan namanya itu membuatkan Wafa memberhentikan langkahnya serta – merta. Perlahan – lahan dia menoleh ke belakang mencari pemilik suara yang memanggilnya tadi.
            Kelihatan doktor muda itu tersenyum ke arah Wafa sambil berdiri di sisi lelaki asing yang ditinggalnya tadi. Alamak, mampus aku kali ni! Macam mana pulak doktor kacak ni boleh muncul tiba – tiba pulak? Haish aku ni memang tak boleh nak buat jahat langsung lah dengan orang. Wafa membalas senyuman doktor itu secara terpaksa. Dia melepaskan keluhan kecil lalu perlahan – lahan menghampiri doktor dan lelaki asing itu.
            Wafa memandang wajah lelaki asing itu terlebih dahulu sebelum menoleh ke arah doktor muda di hadapannya itu. “ Ye, doktor. Ada apa?”
            “ Sebenarnya saya nak bagitau yang cik Wafa dah boleh bawak sepupu cik ni keluar hospital petang ni.” Balas doktor muda itu bersahaja.
            Terperanjat besar muka lelaki asing itu dan Wafa apabila mendengar berita yang baru disampaikan oleh doktor. “ Sepupu?!” “ Petang ni?!!” Kedua – duanya berpandangan sesama sendiri sambil berkata serentak.
            “ Ye encik. Sebenarnya saya diberitahu yang encik ni sepupu kepada cik Wafa ni.” Balas doktor tersebut sambil tersenyum. Lelaki itu masih lagi tercengang seakan – akan tidak percaya. Dia memandang perempuan di hadapannya dari atas hingga bawah. Biar betul perempuan ni sepupu aku. Muka dia tak ada langsung ciri – ciri darah daging aku pun.
            “ Petang ni cik dah boleh bawak sepupu encik ni pulang ke rumah tapi sebelum tu boleh cik ikut saya ke ofis tak? Saya ada hal nak dibincangkan sedikit.” Pelawa doktor muda itu sambil melangkah pergi.
            Wafa pula tidak membalas. Dia melepaskan keluhan berat. Dengan langkah perlahan, dia  terus membontoti doktor itu menuju ke ofisnya. Dalam hatinya tidak henti – henti merintih atas nasib yang bakal menimpanya kali ni. Haish, tak pasal – pasal kes ni jadi lagi rumit. Padahal kes kemalangan je pun semalam. Semuanya gara – gara aku takut sangat masuk penjara lah ni.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?