Followers

Thursday 20 December 2012

~ Pemegang Watak Cinta 5 ~


Doktor muda itu memulas tombol pintu biliknya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi empuk di dalam ofis. Wafa pula mengambil tempat di hadapan doktor yang sedang menulis sesuatu di atas kertas. Suasana menjadi sunyi seketika sehingga doktor di hadapannya itu menayangkan skrin yang terpapar beberapa contoh rajah X – ray otak manusia. Wafa menayangkan wajah pelik disamping otaknya cuba mentafsir rajah X – ray di depan matanya.
            “ Sebenarnya tujuan saya panggil Cik Wafa ke sini sebab nak bagitau keadaan sepupu Cik Wafa tu. Selepas pemeriksaan terperinci yang saya buat, sepupu Cik Wafa tu mengalami Amnesia. Ni disebabkan hentakan yang kuat di belakang kepalanya.” Terang doktor sebiji – biji sambil laser di tangannya diacukan ke arah rajah X – ray di hadapan.
            Terbeliak biji mata Wafa memandang rajah yang ditunjukkan oleh doktor. Terkejut beruk jugak lah dibuatnya. Hah?! Amnesia? Maksudnya hilang ingatan ke? Biar betul apa yang aku dengar ni? Aku bukan bermimpi kan? Bertubi – tubi soalan yang keluar di benak Wafa Amani.
            Doktor itu tersenyum kecil memandang gadis cantik yang telah berubah wajah itu. “ Jadi, buat masa ni sepupu Cik Wafa tu kemungkinan besar tak kan ingat apa – apa yang berlaku tentang dirinya langsung. Saya yakin belakang kepala sepupu cik ni telah dipukul dengan objek keras oleh seseorang. Kalau ini melibatkan kes jenayah, lebih baik cik buat laporan polis secepat mungkin ye.” Sambung doktor itu lagi.
            Wafa hanya mendiamkan diri seketika. Matanya masih lagi tidak berkedip memandang rajah X – ray di hadapannya. Tolong lah sesiapa bagitau aku yang semua ini hanya mimpi semata – mata. Aku lebih rela ikut cakap Mak Long suruh kahwin dengan Khairul dari buat hamba Allah hilang ingatan. Eh, kejap! Bukan doktor tu cakap laki tu hilang ingatan ke? Maksudnya, dia mestilah tak ingat langsung aku yang langgar dia semalam kan? Hah! Aku ada idea baik punya. Hahaha. Wafa ketawa besar dalam hati.
            Usai membayar semua perbelanjaan rawatan, Wafa kembali mendapatkan lelaki asing itu di dalam wad pesakit. Dari jauh lagi, lelaki itu memandang kelibat Wafa yang sedang menghampirinya. Wafa yang terlihat lelaki asing itu turut memandangnya hanya mengeluh kecil. Kakinya tetap jua melangkah.
            Sampai di katil pesakit, Wafa memandang sekeliling katil yang sudah dikemas rapi. “ Eh, cepat betul nurse kemas katil awak!” Wafa menayang muka pelik.
            Lelaki itu hanya menjongketkan kedua – dua belah bahunya. Matanya masih lagi tepat memandang wajah perempuan muda yang tidak pernah dikenalinya itu. “ Betul ke awak ni sepupu saya?” soal lelaki itu secara tiba – tiba.
            Terperanjat kecil Wafa dibuatnya lalu kepalanya hanya dianggukkan perlahan. “ Awak dengar kan doktor cakap yang awak ni sepupu saya? Bermakna betul lah tu.” Balas Wafa selamba.
            Lelaki itu masih lagi memandang pelik ke arah Wafa. “ Tapi kenapa tadi awak cakap awak tak kenal saya?”
            Alamak, apa aku nak jawab ni? Haish banyak betul soalan mamat ni lah. “ Tu sebabnya saya saja nak test awak ingat ke tak saya ni sepupu awak. Sudah la tu. Jom kita balik rumah. Doktor dah bagi kebenaran awak keluar wad hari ni.” Balas Wafa menukar topik. Lalu dia terus melangkah keluar dari wad pesakit itu menuju ke arah keretanya. Lelaki asing itu hanya mengekori Wafa dari belakang.
            Sementara itu di dalam kereta, masing – masing hanya menyepikan diri. Yang hanya kedengaran hanyalah suara radio yang dipasang perlahan. Wafa hanya menumpukan pemanduannya di hadapan kereta. Sesekali matanya melirik ke arah lelaki asing yang duduk bersebelahan dengannya. Haish mana lah aku nak bawak mamat ni pergi eh? Tak kan aku tinggal dia sorang – sorang tepi jalan pulak. Confirm tak sampai hati aku nanti. Nak hantar ke balai polis pun, sah – sah mamat ni tak ingat apa – apa yang berlaku kat dia. Buat polis syak aku cuba nak bunuh dia macam mana? Hah bakal berdepan dengan hukuman gantung lah jawabnya. Arghh tak sanggup aku kalau macam tu.
            Akhirnya suasana sepi dalam kereta Wafa tamat apabila mereka sampai di perkarangan rumah yang dihuni Wafa dan adik tunggalnya, Waiz. Wafa mematikan enjin keretanya lalu melangkah keluar dari keretanya. Lelaki asing itu turut melangkah keluar. Dia mengamati kediaman Wafa lama. Dalam otaknya cuba mengingatkan sesuatu tentang rumah itu. Namun, segalanya hambar begitu saja. Sikitpun dia langsung tak ingat apa – apa.
            “ Awak tengok apa lagi? Masuk lah cepat.” Wafa bersuara tiba – tiba apabila pelik melihat gelagat lelaki asing itu. Tahu lah rumah aku ni buruk tapi tak payah lah nak usya lama – lama sangat. Bebel Wafa dalam hati sambil kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Lelaki itu tersentak kecil dari lamunannya lalu turut melangkah masuk ke dalam rumah.
            “ Em awak duduk lah dulu kat ruang tamu tu. Jangan usik apa – apa barang pulak.” Wafa memberi amaran sebelum melangkah masuk ke bilik tidurnya.
            Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya perlahan lalu duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu itu. Dia memandang sekeliling hiasan dalam rumah itu. Tak mewah mana pun. Tapi apa yang dia begitu tertarik adalah lukisan – lukisan yang tergantung pada dinding rumah itu. Dia memandang ke arah lain pula. Setiap penjuru dinding di rumah itu mempunyai lukisan yang sudah dibingkaikan. Lelaki itu menghampiri lukisan yang rata – ratanya dilukis dengan gambar permandangan itu. Dia menyentuh perlahan lukisan – lukisan itu. Cantiknya. Tempat – tempat ni betul – betul wujud atau hanya khayalan?
            Beberapa minit kemudian, kedengaran suara Waiz berdehem kecil. Terperanjat kecil lelaki itu lantas dia menoleh ke belakang untuk mencari pemilik suara itu. Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 20 – an sedang memeluk tubuh sambil memerhatikan dirinya. Dia hanya menghadiahkan senyuman kecil.
            Waiz menghampiri lelaki itu lalu duduk di atas sofa. Lelaki asing itu juga mengambil tempatnya kembali seperti tadi. Suasana sepi seketika. Waiz hanya memerhatikan lelaki di hadapannya itu dari atas hingga bawah. Sekali – sekala dia menggaru dagunya dengan jari telunjuk. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Ni bukan ke lelaki yang Kak Wafa langgar semalam. Macam mana dia boleh sedar cepat sangat? Tengok gaya macam dia tak ingat apa – apa yang berlaku semalam je. Hah lagi satu, yang Kak Wafa bawak lelaki ni balik rumah ni kenapa pulak? Bertubi – tubi soalan yang muncul di benak Waiz. Matanya masih tepat memandang lelaki itu.
            Lelaki asing itu pula berasa tidak selesa dengan pandangan tajam dari Waiz. Budak ni siapa pulak dah? Apahal pulak ni dok pandang – pandang aku? Entah – entah...? Lelaki itu semakin tidak senang duduk.
***
Usai menyucikan diri, Wafa mengeringkan rambutnya yang lurus paras bahu itu. Dia menggosok – gosok kepalanya dengan tuala sambil matanya tepat memandang cermin. Kepalanya ligat memikirkan pasal lelaki asing yang dibawanya pulang tadi. Hmm apa aku nak buat dengan laki ni eh? Dah hilang ingatan macam ni mesti lah dia tak tahu rumah dia kat mana kalau aku nak hantar balik pun. Kerja apa pun sah – sah mamat tu tak tahu punya. Habis tu tak kan aku nak tanggung dia pulak sekarang ni? Haish runsing!
            Beberapa minit kemudian, Wafa memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik tidurnya. Dia hanya memakai baju T dan seluar track berwarna hitam. Rambutnya pula ditutupi dengan tuala yang digunakan tadi. Kedua – dua lelaki muda yang berada di ruang tamu itu terperanjat kecil dengan kemunculan Wafa. Wafa terus mengambil tempat di sebelah Waiz. Air mukanya sengaja berpura – pura tenang.
            “ Em ni adik saya, Waiz Aiman. Biasa orang panggil Waiz je.” Wafa memulakan bicaranya sambil matanya melirik ke arah Waiz yang duduk bersebelahan.
            Lelaki asing itu hanya mengangguk memandang Waiz. “ Maksudnya Waiz ni pun sepupu saya jugak lah kan?” tanya lelaki itu pula.
            Serta – merta kedua – dua adik – beradik itu tersentak kecil. Mereka saling berpandangan seketika. Waiz memberi isyarat mata tanda meminta penjelasan daripada Wafa. Wafa hanya pura – pura tersengih lalu dia menoleh semula ke arah lelaki di hadapan mereka itu.
            “ Ye, Waiz pun sepupu awak jugak lah kalau macam tu.” Balas Wafa sambil mengeluh perlahan. Berapa banyak lah aku nak bohong kau wahai Mr. Hilang Ingatan.
            “ Kalau macam tu, apa nama saya? Mana tempat tinggal saya?” tanya lelaki itu pula. Matanya masih memandang Wafa dan Waiz di hadapan.
            Hah nama? Tempat tinggal? Alamak, apa yang aku nak menipu lagi ni. Ya Allah, ampunkan lah dosa hamba Mu ini ye. Aku terpaksa Ya Allah. “ Nama awak sebenarnya...err..” tergagap Wafa dibuatnya. Kepala otaknya ligat memikirkan nama yang sesuai. Lelaki asing itu pula sudah tidak sabar menunggu nama yang hendak disebut oleh Wafa.
            “ Nama awak Ali.” Selamba Wafa menjawab.
            Terkejut beruk muka kedua – dua lelaki yang berada di ruang tamu bersama Wafa. Kedua – duanya tercengang melihat muka Wafa. Namun, Wafa hanya berpura – pura tenang. Namun, dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Control Wafa control. Ya Allah, macam mana aku boleh terfikir nama Ali pulak. Ah bedal lah.
            Waiz segera menyiku lengan kakaknya di sebelah. Haish apa Kak Wafa cakap ni? Suka hati dia je nak bagi nama orang bukan – bukan.
            Lelaki asing itu masih memandang muka Wafa seolah – olah tidak percaya.
            “ Kenapa awak tengok saya macam tu?Ada masalah ke dengan nama Ali tu?” tanya Wafa pelik.
            “ Err.. awak pasti ke nama saya Ali?” tanya lelaki itu lagi.
            “ Eh mesti lah. Awak kan sepupu kitorang. Sebenarnya, saya tak ingat lah apa nama penuh awak. Selama ni, kitorang panggil awak Ali je. And one more thing, awak memang tinggal kat sini dengan kitorang. So, tolong ingat tu ye.” Selamba je Wafa mencipta satu lagi pembohongan.
            Kali ini, kedua – dua lelaki itu ternganga pula mendengar penjelasan dari Wafa. Barangkali terlampau terkejut. Biar betul aku tinggal kat sini dengan diorang? Mana keluarga aku? Rumah family aku kat mana? Bertubi – tubi soalan yang keluar di benak lelaki itu. Dia mula mencengkam rambutnya yang lurus cuba mengingatkan sesuatu. Wafa dan Waiz menjadi pelik dengan gelagat lelaki itu secara tiba – tiba.
            “ Awak ok ke? Kenapa ni?” tanya Wafa sedikit risau.
            Lelaki itu melepaskan genggaman rambutnya. “ Saya nak ke bilik air sekejap.” Pinta lelaki itu lalu menuju ke bilik air yang terletak di kawasan dapur. Wafa hanya memerhatikan lelaki itu berlalu pergi.
            Sebaik sahaja kelibat lelaki itu hilang di muka dapur, Waiz terus menepuk perlahan paha kakaknya. “ Kak! Apa yang akak nak buat sebenarnya ni? Kenapa akak cakap dia memang duduk dengan kita pulak?” Betubi – tubi soalan yang keluar dari bibir Waiz.
            “ Sshh.. kau jangan lah cakap kuat – kuat Waiz. Nanti dia dengar macam mana? Akak membohong pun, sebab kau yang pandai – pandai mengaku dia sepupu kita depan doktor semalam kenapa? Akak dah tak ada pilihan la selain bawak dia balik rumah.” Balas Wafa separuh berbisik.
            “ Betul jugak kan. Sorry la kak. Waiz ingat nak menipu doktor semalam nak selamatkan akak dari pengetahuan polis je. Tak tahu pulak sampai jadi macam ni. Sekarang ni, apa plan akak?” tanya Waiz pula.
            Wafa melepaskan keluhan berat. Pandangannya dilemparkan ke tempat lain. Tiba – tiba gadis itu tersengih jahat kepada adiknya. Wajahnya jelas menunjukkan idea yang kurang baik telah tercipta dalam kepala otak. Tahu lah aku apa yang aku nak buat dengan si Ali tu nanti.
            Beberapa minit kemudian, kelibat lelaki tadi muncul dari arah dapur menuju ke arah mereka adik – beradik. Dia mengambil tempatnya kembali seperti tadi.
            “ Ok kita sambung balik. Disebabkan umur awak lebih muda daripada saya, so awak kena panggil saya kakak, paham?” Wafa tersengih memandang lelaki itu.
            “ Kakak? Biar betul? Umur saya berapa kalau macam tu?” tanya lelaki itu tidak puas hati.
            “ Umur saya 27 tahun. Umur awak pulak 25 tahun. Kan banyak bezanya tu. So, tolong hormat saya sebagai yang paling tua dalam rumah ni ye.” Wafa tersengih pula memandang Waiz bersebelahan. Waiz hanya menggelengkan kepala perlahan dengan pembohongan yang kakaknya cipta itu.
            Wajah lelaki itu jelas tidak puas hati dengan apa yang baru disampaikan oleh perempuan yang bergelar sepupunya itu. Nak panggil kakak? Tak logik langsung!
            “ Umur awak 27?” soal lelaki itu lagi.
            Wafa memandang lelaki itu sambil tersenyum bangga. “ Saya tahu lah muka saya ni awet muda tapi awak tak payah lah tanya banyak kali. Memang umur saya 27 pun. Kenapa?”
            “ Oh, sebab perempuan yang berumur 27 ni kebiasaannya dah kahwin tapi dari tadi saya tak nampak pun suami awak. Awak single lagi ke?” tanya lelaki itu sambil ketawa kecil.
            Soalan cepumas yang dilontarkan oleh lelaki asing itu benar – benar telah membuatkan asap keluar dari telinga Wafa Amani. Kalau boleh, sekarang jugak dia nak bertukar menjadi makhluk hijau iaitu The Hulk ataupun Shrek. Dia mengecilkan matanya memandang lelaki dihadapannya itu.
            “ Waiz, kau pergi ambik pisau kejap. Akak nak toreh – toreh mulut mamat ni.” mata Wafa tepat memandang mata lelaki itu. Serta – merta lelaki itu senyap dan berhenti ketawa.
            Waiz yang dari tadi menyaksikan perbualan antara lelaki dan perempuan itu segera cuba meleraikan mereka. “ Eh, bawak bersabar kak! Anak orang tu kalau ye pun. Sudah la tu ya. Hari pun dah petang ni. Akak pergi lah masak eh. Waiz dah lapar ni. Abang Ali pun mesti lapar jugak kan.”
            Wafa bangun dari tempat duduknya dan berlalu menuju ke dapur. Sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut kepada Ali yang sedang terkulat – kulat memandangnya.
            Sebaik sahaja hilang kelibat Wafa di dapur, Waiz segera menghampiri Ali yang sudah menarik nafas lega. “ Abang Ali, peraturan penting yang abang kena ingat kalau nak duduk dalam rumah ni adalah Abang Ali tak boleh sekali pun sebut pasal kahwin dengan Kak Wafa tau. Dia sensitif sangat pasal bab ni.” pesan Waiz kepada lelaki yang baru menjadi abang sepupunya itu. Ali pula hanya menganggukkan kepalanya laju tanda memahami.
            “ Jom Waiz tunjukkan bilik Abang Ali.” Pelawa Waiz lantas melangkah pergi. Manakala Ali hanya akur lalu membontoti adik sepupunya itu menuju ke bilik tidur.
***
Usai menunaikan solat Isyak, seperti biasa Wafa akan mengambil kertas – kertas lukisan pelajarnya untuk dibawa ke ruang tamu. Dia mula menyemak sehelai demi sehelai kertas lukisan di hadapannya matanya itu. Sekali – sekala dia menghirup milo panas yang dibancuhnya tadi. Sedang asyik dia meneliti gambar di atas kertas lukisan di tangannya itu, tiba – tiba kedengaran bunyi siren kereta polis diluar rumahnya.
            Serta – merta pen merah di jarinya terlepas ke atas meja. Wafa tersentak. Jantungnya berombak kencang bagaikan hampir luruh. Ya Allah, selamatkanlah hamba Mu ini. Polis tahu ke pasal Ali tu? Apa aku nak buat ni? Dia segera menuju ke tingkap rumahnya lalu menyelak sedikit langsir untuk melihat apa yang berlaku di rumahnya.
            Kelihatan beberapa buah kereta polis diparkir di hadapan kawasan rumahnya. Tiba – tiba dia terlihat beberapa orang anggota polis sedang mengiringi dua orang lelaki yang digari tangannya keluar dari rumah yang berhadapan dengan rumahnya. Seketika kemudian, Wafa menarik nafas lega. Alhamdulillah, nasib baik! Agaknya kalau aku kena cekup dengan polis pun mesti jadi macam tu kan. Habis hancur karier aku selama ni. Maka gelap lah masa depan aku nanti. Wafa mengeluh sendirian sambil matanya masih ralit mengintai kejadian di luar rumahnya itu.
            Sedang asyik Wafa mengelamun di jendela rumahnya itu, tiba – tiba bahunya ditepuk seseorang. Terkejut beruk Wafa dibuatnya. Lantas dia segera berpaling mencari kelibat orang yang telah menganggu kosentrasinya itu.
            “ Kau Ali? Nasib baik lah akak ni bukan lemah semangat tau.” Wafa mengurut dadanya perlahan akibat terperanjat tadi. Lantas dia bingkas menuju ke sofa semula untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
            Ali pula hanya mengekori Wafa dari belakang lalu duduk berhadapan sepupunya yang sedang membuat kerja itu. Dia mengamati wajah Wafa lama. Segala tingkah laku Wafa turut dia perhatikan. Dalam kepala otaknya ligat memikirkan sesuatu. Kenapa perempuan ni langsung tak familiar dalam ingatan aku eh? Siapa dia sebenarnya?
            Wafa yang sedari tadi perasan dirinya diperhatikan akhirnya meletakkan pen merah dijarinya di atas meja. Lantas dia memandang tepat wajah lelaki yang dari tadi memerhatikan dirinya. “ Kalau nak tanya apa – apa, tanya je lah. Tak payah lah dok tengok – tengok akak macam tu. Tak selesa tau.” Wafa akhirnya bersuara dan dia menyambung semula kerjanya.
            So, awak ni cikgu sekolah lah ye? Sekolah menengah ke rendah?” tanya Ali tiba – tiba.
            Wafa hanya menganggukkan kepalanya lalu menjawab, “ Sekolah menengah.” Balas Wafa ringkas. Matanya masih lagi memandang lukisan yang disemaknya di atas meja.
            “ Saya pulak kerja apa?” tanya Ali lagi.
            Wafa tersentak kecil. Dia terus memandang lelaki tampan di depan matanya itu. Alamak, apa aku nak jawab ni? Lelaki macam dia ni sesuai kerja apa eh? Hmm tengok dari bentuk badan dia yang sasa tu nampak macam ahli sukan je. Tapi tak kan aku nak cakap dia ni ahli sukan pulak. Buat dia tak tahu main apa – apa sukan kang kan naya je aku. Ah, bedal je lah janji aku selamat.
            “ Sebenarnya, kau baru je habis belajar. Tak sempat nak cari kerja lagi.” Balas Wafa selamba. Bertambah lagi satu pembohongan.
            Ali hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda memahami. Sudah tidak ada soalan yang hendak diutarakannya lagi. Wafa pula sudah menarik nafas lega. Fuh, selamat..selamat...
            “ Sekarang turn akak pulak tanya kau.” Wafa memandang tepat wajah Ali yang sudah menayang muka pelik itu.
            “ Kau memang betul – betul tak ingat apa – apa langsung pasal diri kau ke?” duga Wafa.
            Ali memandang lama wajah Wafa yang tidak sabar – sabar menanti jawapan dari mulutnya. Seketika kemudian, dia menggelengkan kepalanya perlahan. “ Saya tak ingat apa – apa langsung.” Balas Ali perlahan.
            Wafa mengeluh perlahan bila mengenangkan nasib hamba Allah di hadapannya itu. Aku pun tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak Ali. Kasihan pulak akak tengok kau dah macam orang hilang arah tuju hidup je. Patut ke akak berterus – terang je akak yang langgar kau hari tu? Atau akak patut bawak kau pergi balai polis je? Ah, peningnya!
            “ Awak, boleh tak awak jangan bahasakan diri awak tu kakak dengan saya?” pinta Ali tiba – tiba.
            Wafa tersentak kecil dari lamunannya. Lantas dia memandang pelik lelaki dihadapannya itu dengan penuh tanda tanya. “ Kenapa pulak?”
            “ Sebab saya tak biasa lah. Lagipun saya rasa macam tak sesuai je nak panggil kakak.” Balas Ali bersahaja.
            Eh, muka aku ni memang nampak muda sangat ke sampai mamat ni rasa tak sesuai nak panggil kakak? Wah, alangkah bahagianya hidup ku ini! “ Ok saya tak kisah pun kalau awak yang mintak macam tu.” Wafa tersenyum bahagia.
            “ Saya tak nak panggil kakak bukan sebab awak nampak muda tapi sebab saya rasa diri saya ni macam tak sesuai je nak dianggap muda walaupun umur lebih muda. Saya masuk tidur dulu ye. Assalamualaikum.” Balas Ali tersengih sambil melangkah menuju ke bilik tidurnya.

Wafa hanya mampu merengus geram apabila merasakan dirinya diperli. Mamat ni memang tak ada insuran mulut kot. Jangan sampai aku bungkus kain baju kau kang. Eh kejap, dia mana ada kain baju. Ah kalau tak, ada jugak yang kena sumbat dengan kertas – kertas lukisan murid – murid aku ni dalam mulut kang. Tak berbudi bahasa betul!

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?