Followers

Saturday 12 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 18 ~


Tepat pukul 4 petang keesokkan harinya, Datuk Iskandar dan Datin Haliza sampai di banglo mereka yang tersergam indah itu. Kelihatan Irfan di laman rumah sedang membaca sebuah buku yang bertajuk Filsafat Islam yang baru di belinya dari kedai buku. Sengaja pemuda itu berpura – pura tidak mendengari bunyi enjin kereta papanya yang masuk ke dalam garaj.
            Datin Haliza yang keluar dari kereta terus menuju ke arah Irfan seolah – olah macam setahun tak jumpa Irfan. Datuk Iskandar pula terus masuk ke dalam rumah untuk mensucikan diri.
            Datin Haliza mengerling jam di tangannya lalu bertanya, “ Baru pukul 4 ni. Irfan tak masuk kerja ke hari ni?”
            “ Em Irfan masuk ofis setengah hari je tadi ma. Pening kepala banyak sangat kerja kat ofis tu. Lama mama bercuti kat Kedah ye? Mama pergi Langkawi terus ke dengan bakal menantu ma tu?” Perli Irfan kepada Datin Haliza.
            Datin Haliza memulas telinga Irfan yang putih itu sehingga kemerahan. “ Ha rasakan azabnya selepas memerli mama tadi.”
            “ Aduh ma, sakit lah. Mama ni lain kali nak attack bagi lah signal dulu. Pedih bangat dong.” Irfan berkata dalam loghat Indonesia sambil menggosok – gosok telinganya yang merah itu.
            “ Tak ada makna nya nak signal – signal dulu. Dah la malas mama layan kamu ni. Malam ni ingat tau turun makan. Mama ada benda penting nak cakap nanti.” Datin Haliza berkata sambil berlalu masuk menuju ke dalam rumahnya.
            Irfan hanya melihat kelibat mamanya yang berlalu pergi.  Macam biasa lah perintah mama mana boleh ingkar. Aku dah agak dah mesti ada berita hot punya malam ni. Sebab tu muka mama excited semacam je datang kat aku tadi. Muka papa tak dapat nak tengok lah pulak sebab dia awal – awal lagi dah masuk rumah dah. Tak kan marah kat aku pasal hari tu lagi kot. Ala aku bukannya sengaja nak biadap ngan orang tapi dah terpaksa. Hmm kau tunggu je lah Irfan nasib kau malam ni.

            Irfan meneruskan bacaannya kembali. Tika itu, otaknya memainkan semula wajah Hanna yang tersenyum, marah dan menyampah terhadapnya ketika mereka berada di dalam ofisnya tempoh hari. Paling tak boleh lupa, saat dia bertentang mata dengan Hanna ketika Hanna ingin melangkah keluar dari restoran di mana buat pertama kalinya Hanna perli Irfan berkenaan dengan ketepatan masa. Wow, mata dia memang superb habis lah! Menggoda siot! Irfan tersenyum bila mengenangkan semula mimik muka Hanna yang bercampur baur terhadapnya hanya dalam masa sehari.
            Ish apa kena dengan kau ni Irfan? Macam baru jatuh cinta pandang pertama lah pulak. Dok teringat kat minah sewel tu kenapa? Dah la lupakan dia. Buku yang kau baca ni lagi penting dari dia tau. Seperti biasa naluri jahatnya akan menegakkan semula ego sebagai seorang lelaki.
Hanna menolong Aida memasak di dapur. Menu mereka malam itu hanya nasi goreng dan ayam goreng. Hanna hanya memotong sayur dan menghiris bawang. Tumis – menumis adalah tugas Aida sebab Aida je yang tahu masak. Hanna dikira beruntunglah jugak sebab mempunyai sahabat – sahabat yang pandai masak. Kalau nak harapkan dia, potong sayur tu power lah.
            “ Em kau tak nak mintak kerja lain ke? Tak kan kau nak jadi penganggur terhormat pulak.” Aida memecah kesunyian sambil tangannya menumis rencah di dalam kuali untuk memasak nasi goreng.
            “ Aku memang ingat nak cari kerja lain pun tapi kena tunggu lagi dua minggu rasanya. Company kau tak ada nak guna orang ke?” balas Hanna smabil tangannya masih menghiris bawang.
            “ Kenapa nak tunggu lagi dua minggu pulak? Lambat gila. Rasa – rasanya company aku ada nak cari assistant valuer. Kalau kau nak aku boleh ‘kabel’ kan. Tapi jadi assistant je lah. Kau nak ke?”
            “ Betul ke? Ala aku tak kisah jawatan apa pun janji ada kerja. Tapi kalau tunggu lagi dua minggu boleh tak Aida? Aku nak kena balik kampung lah hujung minggu ni.”
            “ Esok tak boleh start dah ke? Aku takut kalau diorang dah dapat orang baru nanti melepas kau. Lagi pun kau kan baru je datang Johor, tak kan tak sampai sebulan stay sini kau nak balik Kedah dah?”
            “ Aku nak balik ni sebab nak kahwin lah.” ringkas jawapan Hanna membuatkan Aida membeliakkan matanya. Terkejut dengan perkhabaran temannya itu membuatkan sudip yang dipegangnya terlepas ke lantai.
            “ Eh Aida, kau ni lebih – lebih pulak reaksinya. Aku yang nak kahwin ni pun tak terkejut beruk macam kau ni tau.” Hanna mengutip sudip yang terjatuh itu lalu membasuhnya di sinki.
            “ Mahu aku tak terkejut dengan berita kau ni? Tahu – tahu je nak kahwin. Kau nak kahwin dengan Aliff ke Hanna?” Aida menutup api dapur gasnya lantas duduk di hadapan Hanna yang sedang memotong sayur sawi.
            “ Wah, bila nak siap nasi goreng kau tu kalau kau dok tenung muka aku macam ni?” gurau Hanna tersengih memandang temannya itu.
            “ Ah nanti aku sambung lah goreng balik. Hey, cerita lah cepat aku tak sabar nak dengar ni.” Aida masih lagi menunggu jawapan dari mulut Hanna.
            “ Macam ni lah, kau jangan sebut lagi nama mamat tak guna tu ye. Aku bukan kahwin ngan dia pun. Aku kahwin ngan pilihan mak aku. Anak kawan dia. Nanti kau jangan tak datang pulak majlis aku tu.” Jawab Hanna bersahaja.
            “ Pilihan mak kau? Siapa Hanna? Hensem tak? Kerja apa dia?” ceria muka Aida menanyakan soalan itu.
            “ Kau ni banyak betul soalan lah. Aku sendiri pun tak tahu macam mana rupa dia, dia kerja apa and nama dia pun aku tak tau siapa wahai sahabatku Aida. Sekarang kau boleh sambung balik kerja menggoreng nasi ni ye.” Hanna mengangkat pinggan yang berisi sawi yang telah dipotong itu ke sinki untuk dibersihkan.
            “ Macam mana kau boleh tak tau Hanna? Kau tak tanya mak kau ke? Kalau aku jadi kau, aku selidik siap – siap siapa laki tu tau.”
            Selesai membersihkan sayur, Hanna menuju ke ruang tamu. Sikitpun dia tidak membalas pertanyaan Aida. Dia berbaring di atas sofa lalu mencapai remote control untuk mencari – cari siaran tv yang best.
            “ Oi Hanna, aku tanya kau ni. Jawab lah mak cik.” Aida melaung kepada Hanna dari arah dapur.
            “ Aku dah tak ada mood nak tau semua tu Aida. Kalau ada kebahagian buat aku lepas ni ada lah ye. Kalau dah tak ada jugak nak buat macam mana kan.” Hanna meninggikan sikit suaranya supaya didengari Aida.
            Aida di dapur yang sedang menggoreng ayam hanya menggelengkan kepala mendengar keluhan temannya itu. Kasihan Hanna. Macam – macam dugaan kau terima dalam masa yang singkat. Sabar lah Hanna. Moga ada sinar bahagia untuk diri kau nanti.
Usai menjamu selera, seperti biasa Irfan dan keluarganya akan beristirahat di ruang tamu rumah mereka. Malam ni Datin Haliza tidak banyak cakap seperti malam – malam yang biasa. Manakala Datuk Iskandar pula yang memulakan perbualan di antara mereka. Ni mesti taktik nak takutkan aku tu. Papa mula lah nak guna kuasa veto dia tu. Desis hati Irfan.
            “ Irfan, semalam papa ngan mama dah gi meminang Hanna.” Kata Datuk Iskandar pendek.
            “ Em jadi?” Irfan berdebar – debar menunggu kata – kata papanya itu.
            So, Irfan dengan Hanna akan nikah hari jumaat minggu depan, bersanding kat rumah Hanna hari sabtu berikutnya dan bersanding kat rumah kita hari Ahad minggu yang satu lagi. And lagi satu mama dan papa dah decide akan adakan makan malam beradap kat hotel kita khas untuk ahli keluarga terdekat dan staff kita sahaja. Or any other request Irfan? Terang Datuk Iskandar satu – persatu.
            “ Irfan dibenarkan buat request ke? Irfan ingat Irfan ni patung boneka yang hanya mengikut arahan tuannya. I don’t have any request. It’s all up to you pa, ma. Irfan naik dulu.” Irfan lantas menuju ke biliknya. Hatinya sakit bila mengingatkan lagi dua minggu dia akan menjadi suami Hanna.
            “ Irfan!” Datin Haliza memanggil anaknya yang berlalu pergi itu. “ Ish abang ni, tengok lah Irfan dah merajuk dah.” 
“ Ish abang pulak yang kena? Bukan awak ke yang bincang tadi suruh saya tunjuk muka serius depan budak tu?” Jawab Datuk Iskandar.
            “ Ye lah tapi jangan lah garang sangat nanti rosak pulak plan kita bang. Dah la saya nak pergi tengok Irfan kat atas kejap. Irfan!” Datin Haliza pergi mendapatkan anak terunanya di dalam bilik.
            Datin Haliza mengetuk pintu bilik Irfan dua kali lalu menguak sedikit pintu bilik itu. Matanya melilau mencari kelibat anaknya di dalam bilik yang tersergam indah itu. Saat iu, anak matanya tetancap ke arah bayang tubuh sasa anaknya di belakang tirai balkoni. Datin Haliza melangkah perlahan lalu duduk di hujung katil.
            “ Irfan, mama datang ni. Masuk lah kat dalam ni. Luar tu kan sejuk angin malam.” Datin Haliza memanggil anaknya.
            Irfan yang terkejut dengan kehadiran mamanya itu, lantas masuk dan duduk di atas sofa yang berhadapan dengan mamanya. “ Kenapa ma datang?”
            “ Irfan, jangan lah marah dengan mama ngan papa. Kami cuma nak yang terbaik dalam hidup Irfan. Kami ni dah tak lama dah dapat hidup dekat muka bumi Allah ni. Mama cuma mintak Irfan nikah je. Mama teringin sangat nak tengok Irfan naik pelamin sebelum terlambat nak.”
            “ Apa mama cakap ni? Mama tak kan pergi mana – mana lah. Mama kan kuat. Irfan bukan tak nak nikah ma cuma Irfan ada satu syarat.” Irfan memandang wajah ibunya yang saling tak tumpah dengan wajah Yana yang comel tu.
            “ Syarat apa Irfan?” Datin Haliza memandang Irfan kehairanan.
            “ Irfan tak nak adakan sebarang persandingan kat Johor. Kita buat kat Kedah je. Irfan tak nak kawan - kawan Irfan tahu pasal ni, boleh ma?” Irfan menduga mamanya.
            “ Em boleh tapi mama pun akan bagi syarat jugak.” Datin Haliza tersengih ke arah anaknya.
            “ Syarat?” Irfan tayang muka hairan.
            Yup. Kalau nak mama ikut syarat Irfan, Irfan mesti lah ikut syarat mama jugak. Syaratnya, dalam masa setahun Irfan mesti bagi cucu kat mama. Tak kisah lah Hanna tengah mengandung ke baru hamil ke time tu at least dah ada dah tanda – tanda mama nak dapat cucu. Boleh?
            Terbeliak biji mata Irfan apabila mendengar syarat mamanya. Mama aku ni biar betul. Dia ingat senang ke nak ikut syarat dia tu. Aku sendiri pun tak tau mana hala tuju aku lepas nikah nanti. Mama pulak dah boleh plan untuk keluarga aku nanti.
            “ Syarat apa tu ma? Anak kan rezeki Allah. Kita mana boleh nak tentukan suka hati. Kalau dah tak ada rezeki nak buat macam mana?” Bantah Irfan.
            “ Betul jugak kan. Tapi Irfan kena janji yang Irfan akan usaha tau.” kata Datin Haliza sambil membayangkan baby yang comel – comel.
            “ In shaa Allah ye ma.” jawab Irfan acuh tak acuh.
            “ Ha ni mama ada satu lagi benda nak cakap ni. Lepas kahwin nanti, mama nak Irfan pujuk balik Hanna kerja kat hotel tu, paham?”
            What? No way ma. Dia yang quit sendiri tak kan Irfan nak pujuk dia pulak.” Bantah Irfan.
            “ Nanti kan dia jadi isteri Irfan dah, nak malu apanya?”
            Ni bukan masalah malu ma. Ala mama tak kan paham perasaan Irfan ni. “ Em tengok lah macam mana nanti ye ma. Irfan dah ngantuk lah ma. Esok nak kerja lagi ni.” Irfan cuba memberi alasan.
            “ Pandai lah Irfan nak lepaskan diri ye. Solat Isyak dah ke belum nak tidur dah ni?” tanya Datin Haliza sebelum melangkah keluar dari bilik anaknya itu.
            “ Solat dah tadi.” Sempat Irfan menjawab sebelum dia menghempaskan badannya di atas katil. Ish aku rasa macam nak telefon je Hanna sekarang. Kenapa lah dia nak sangat kahwin ngan aku? Tak power lagi ke ayat aku maki dia hari tu? Penat je aku buat skrip. Haish dia mencapai telefon bimbitnya lalu mencari – cari nombor telefon seseorang. Ish aku tak save la pulak nombor minah ni. 

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?