Followers

Tuesday 15 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 22 ~


Tepat pukul 6 petang, Irfan dan Hanna sampai di perkarangan banglo keluarga Datuk Iskandar. Hanna begitu terpegun melihat kecantikan dan keunikan setiap reka bentuk di sudut astana itu. Ni mesti mahal gila ni kalau nak value rumah ni. Ni baru luar rumah, belum lagi dalam rumah. Entah – entah perhiasan dalam rumah pun dibuat dari emas. Mau terkeluar bijik mata aku kalau betul – betul macam tu. Hanna memang teruja apabila melihat reka bentuk bangunan yang cantik dan unik. Maklum lah orang yang expert dalam bidang hartanah mesti lah hanya minat dengan property.
            “ Hoi makcik, yang kau tercegat kat situ lagi kenapa? Angkat lah barang – barang kau tu masuk dalam. Kau ingat ada kuli ke yang nak angkat barang – barang kau tu.” Bebel Irfan sambil mengangkat beg bajunya masuk ke dalam rumah. Baru tiga hari jadi bini aku dah nak berlagak jadi madam besar pulak.
            Hanna yang terkejut mendengar laungan Irfan kelam – kabut mengambil begnya dan menutup bonet kereta. Ish tak sabar – sabar lah orang tua ni. Aku baru nak layan perasaan kejap. “ Buaya ku Irfan, tunggu lah saya!” Panggil Hanna sambil menarik beg bajunya masuk ke dalam rumah.
            Irfan yang sedang menunggu Hanna sambil mencekak pinggang di muka pintu rumah menjegilkan matanya di depan Hanna. “ Kau panggil aku apa tadi?” tanya Irfan.
            “ Saya panggil Irfan lah, awak tak dengar ke? Tu lah lain kali korek telinga setiap saat tau. Baru dengar orang panggil dari jauh.” Hanna membalas lalu terus masuk ke dalam banglo itu.
            Irfan mengecilkan matanya melihat gelagat Hanna yang banyak mulut tu. Ish budak ni memang sengaja betul nak cari pasal dengan aku. Kuat melawan sungguh. Macam mama dengan papa la pulak. Mama banyak cakap tapi papa banyak senyap. Ah, tak boleh jadi ni. Aku kena banyak cakap lagi dari Hanna tu.
            “ Irfan, kenapa tak angkat beg Ana tu naik ke atas? Kesian menantu mama ni angkat beg berat – berat. Orang perempuan mana boleh buat kerja berat – berat Ana. Irfan, ni ambik beg Ana ni sekali bawak naik bilik.” Tegur Datin Haliza yang dari tadi tak sabar – sabar menunggu kepulangan anak menantunya itu.
            “ Eh tak apa lah, ma. Bukan berat pun beg ni. Ana boleh bawak sendiri.” Bantah Hanna.
            “ Meh beg awak tu saya bawak kan. Betul lah kata ma, perempuan tak elok buat kerja berat.” Kata Irfan sambil mengambil beg dari tangan Hanna.
            Hanna tersentak. Awak – saya? Sejak bila pulak mamat ni pandai ber ‘awak – saya’ dengan aku pulak ni. Berlakon baik lah tu. Hipokrit betul. By the way, tak sangka pulak kau rupanya yang jadi kuli yang angkat beg aku kan. Ngomel Hanna dalam hatinya sambil membontoti Irfan menaiki anak tangga ke bilik.
            “ Nanti turun makan malam tau. Mama masak sedap – sedap malam ni.” sempat lagi Datin Haliza memesan kepada anak dan menantunya itu.
            Usai sampai di bilik, Irfan meletakkan beg – beg yang dibawanya ke atas lantai. Lalu dia berbaring di atas katilnya. Hanna yang tak tahu nak buat apa hanya tercegat melihat gelagat Irfan. “ Ha aku dah angkat beg kau tadi, sekarang kau kemas pulak baju aku letak dalam almari. Baju kau, kau simpan je dalam beg kau tu. Aku tak nak kau campur baju kau dengan baju aku. Belum tentu dijamin kebersihan baju kau tu. Nanti kalau aku ingat, aku beli lah satu lagi almari untuk kau. Kalau tak ingat, pandai – pandai lah kau repair beg kau tu jadi almari baju.”
            Hanna yang mendengar arahan dari suaminya itu hanya mendiamkan diri dan merenung ke arah Irfan. Kejamnya mamat ni! Sungguh aku benci kau. Kalau lah doreamon tu betul – betul wujud, memang aku pinjam dah alat dia nak putar balik ke masa lampau. Time tu jangan harap aku nak setuju kahwin ngan kau. Negeri Johor ni pun aku tak kan jejak tahu tak.
            “ Ok tak pe lah macam tu. Saya tahu baju – baju saya ni mana lah layak nak duduk dalam almari awak yang mahal tu. Nanti saya sendiri akan beli almari saya ye. Awak tak payah susah – susah nak belikan.”
            Irfan hanya tersenyum mendengar kata - kata dari bibir mungil Hanna. Eleh, touching la konon. Ingat aku nak kesian ke? “ Ha bagus lah kalau kau pun dah fikir macam tu. Maklum lah aku ni selalu busy kat ofis mana ada masa nak fikir pasal almari baju kau tu kan.” Irfan sengaja mengapikan lagi perasaan Hanna.
            “ Em saya mandi dulu lah. Nak solat lagi ni.” Hanna mengubah topik. Malas mencetuskan perbalahan yang lebih besar dengan Irfan. Lantas dia mengambil tuala dan baju yang hendak dipakai nanti terus menuju ke dalam bilik air.
            “ Hoi, nanti tunggu aku sekali nak solat. Kita jemaah sama – sama.” Irfan sempat berpesan kepada Hanna sebelum Hanna menutup pintu bilik airnya.
            Usai mensucikan diri, Hanna keluar dari bilik air dengan pakaian yang lengkap di badannya. Dia mencari kelibat Irfan yang tiada di tempat tidurnya. Seperti biasa dia akan menggunakan tuala kecilnya yang dikhaskan untuk mengeringkan rambutnya yang basah. Dia membuka beg pakaiannya untuk mencari tuala kecil. Hanna mendapati semua pakaiannya sudah tiada di dalam beg.
             Aik, mana pulak perginya semua baju aku ni. Tak kan ada pencuri masuk kot. Kalau ye pun, kebas lah barang – barang bilik ni. Yang rembat baju aku tu kenapa? Bukannya mahal pun. Hanna pening memikirkan di mana pakaiannya berada tambah – tambah pulak ada pakaian kecik nya. Perempuan mana tak risau kan bila pakaian mereka hilang. Tak kan aku nak cari dalam almari Irfan kot. Nanti dia cakap aku menceroboh pulak harta dia. Lepas tu terpaksa lah aku kena tahan telinga 7 hari 7 malam dengar ceramah dia. Tu lagi aku tak sanggup nak hadapi.
            Irfan yang siap berkain pelekat dan berbaju T masuk ke bilik untuk menunaikan solat jemaah maghrib bersama - sama Hanna. Terperanjat dia apabila melihat Hanna yang bersila di atas lantai sambil memeluk begnya yang kosong.
            “ Kau ni kenapa dah macam nak bertapa kat gunung je?” tanya Irfan.
            “ Awak, baju saya dah hilang lah. Kena curi.” Perlahan suara Hanna seperti hendak menangis.
            Dia mula dah drama air mata dia. Ni aku lemah ni. “ Kau ni sikit – sikit nak nangis. Jom lah solat dulu mintak doa kat Allah mudah – mudahan jumpa balik baju – baju kau tu.” Kata Irfan sambil membentangkan dua helai sejadah.
            Hanna hanya akur tanpa berkata apa – apa. Dia mencapai telekung yang telah disediakan dalam bilik itu lalu memakainya. Dia mengambil tempat di belakang Irfan dan Irfan memulakan iqamatnya.
            Usai manghabiskan salam terakhir, Irfan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Hanna. Alamak, nak salam ke tak eh? Ish segan lah pulak aku nak salam tangan mamat ni. Ah, salam je lah buat tak tahu. Anggap je lah hari ni hari raya orang dok bersalaman. Hanna menyalami tangan suaminya lalu mencium tangan itu. Kemudian Irfan pula mencium dahi Hanna dengan penuh kasih sayang. Hanna terpana seketika dengan apa yang berlaku tadi. Perasaannya amat bahagia tika itu sehingga terlupakan perihal pakaiannya yang hilang.
            “ Hoi, kau berangan apa makcik? Ni ha baju – baju kau dalam almari.” Tegur Irfan apabila melihat Hanna yang masih berteleku di tikar sejadah.
            Hah baju? Alamak, apa aku fikir tadi ni? Perasan betul lah aku ni. Nasib baik Irfan tak tahu kalau tak, malu seumur hidup aku. Hanna terus membuka telekungnya dan mendapatkan bajunya yang di susun kemas di dalam almari Irfan itu. Saat itu, Hanna membelek – belek setiap helai pakaiannya untuk pastikan tidak ada yang hilang. Hanna kemudiannya menoleh ke arah Irfan.
            “ Awak ke yang simpan baju saya dalam almari ni?” tanya Hanna.
            “ Eh mana ada. Mungkin Mak Siti kot yang kemaskan tadi. Aku tengok dah dia simpan dalam almari tu tak kan aku nak punggah balik kan. Aku pun biarkan je lah. Kenapa kau tanya?”
            “ Oh tak ada apa – apa.” Fuh, nasib baik bukan dia! Kalau tak, malu seumur hidup aku dia pegang aku punya pakaian – pakaian kecik ni.
            “ Macam – macam lah kau ni Hanna. Jom lah cepat turun makan. Mama dah tunggu lama dah tu.” Kata Irfan sambil keluar dari bilik itu.
            Hanna terus mencapai tudung Arini dan sarungkan di kepalanya. Lantas dia membontoti Irfan dari belakang menuruni anak tangga.
            Sampai di meja makan kelihatan Datin Haliza dan Datuk Iskandar sedang duduk di meja makan sambil menunggu kedatangan Irfan dan Hanna. Mak Siti pula sibuk menghidangkan lauk yang telah dimasak untuk santapan keluarga majikannya itu. Irfan terus mengambil tempat berhadapan dengan ibunya manakala Hanna terus ke dapur untuk menolong apa – apa yang patut.
            Di dapur, Hanna menolong Mak Siti mencedok nasi putih dari dalam periuk untuk diletakkan di dalam mangkuk hidangan.
            “ Ish Puan Hanna buat apa ni? Biar lah Mak Siti yang buat. Puan duduk lah kat meja makan tu nanti Mak Siti bawakan nasi ni ye.” Mak Siti melarang Hanna dari menolongnya.
            “ Eh tak apa lah Mak Siti. Bukan susah pun nak buat ni. Lagipun tadi kan Mak Siti dah tolong Ana. Sekarang ni Ana tolong lah Mak Siti pulak ye.” Kata Hanna sambil tangannya masil lagi menyedok nasi.
            Mak Siti menayang muka pelik. “ Bila masa pulak Mak Siti tolong Puan Hanna? Apa yang Mak Siti buat puan?” soal Mak Siti.
            Hanna pulak yang berwajah pelik. “ Ala tadi kan Mak Siti tolong kemaskan baju – baju Ana dari dalam beg. Mak Siti ni buat – buat lupa pulak. Terima kasih tau Mak Siti.”
            “ Eh mana ada Mak Siti kemaskan baju – baju Puan Hanna. Beg Puan Hanna pun Mak Siti tak tahu yang mana.” Balas Mak Siti.
            Ha biar betul Mak Siti ni? Kalau bukan Mak Siti yang buat ni mesti kerja buaya tu. Haish sakitnya hati aku. Bila aku tanya tadi bukan main selamba je muka dia cakap Mak Siti yang buat. Memang boleh menang award lah lakonan mamat poyo ni.
            “ Tak apa lah Mak Siti, Hanna bawakkan nasi ni dulu ye. Mak Siti jangan lah panggil Puan Hanna. Panggil Ana je tau.” kata Hanna sambil membawa bekas yang berisi nasi putih ke meja makan.
            Hanna menyedokkan nasi untuk setiap pinggan yang di hulurkan. Lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah Datin Haliza.
            “ Eh kenapa Ana tak duduk kat sebelah Irfan? Tempat isteri kan di sebelah suaminya.” Tegur Datin Haliza kepada Hanna.
            Hanna hanya mengangguk dan tersenyum malu dengan kelalaiannya lalu berpindah ke sebelah Irfan. Irfan hanya tersengih melihat gelagat isterinya itu. Begitu juga dengan Datin Haliza dan Datuk Iskandar.
            “ Yana tak turun makan ke ma?” tanya Irfan sambil mencari kelibat adiknya itu.
            “ Katanya nak diet. Tu yang tak nak turun makan tu. Kita makan dulu lah.” balas Datin Haliza.
            Irfan menadah tangan untuk mengetuai bacaan doa makan. Selesai membaca doa, mereka mula menjamu selera. Irfan dan Hanna hanya makan tanpa berkata apa – apa. Tanpa disedari telatah mereka diperhatikan oleh Datuk Iskandar dan Datin Haliza.
            Usai makan malam, mereka sekeluarga beristirahat di ruang tamu seperti biasa. Hanna pula yang menggantikan tugas Datin Haliza untuk membawa pencuci mulut ke ruang tamu.  Diletakkan pinggan berisi beberapa potong buah tembikai di atas meja, Hanna mengambil tempat di sebelah suaminya. Irfan pula terus mengambil sepotong buah kegemarannya itu lalu disuapkan ke dalam mulut.
            “ Ana tahu tak, Irfan ni hantu tembikai tau. Dulu waktu kecik – kecik, Irfan makan tembikai sampai demam dibuatnya. Maklum lah tembikai kan panas.” Datin Haliza memulakan perbualannya. Hanna hanya tersenyum mendengar kata ibu mertuanya itu.
            “ Apa mama ni? Tak kan pasal tu pun mama nak cerita kat orang.” Marah Irfan sambil tangannya masih menyumbat potongan buah tembikai ke dalam mulut.
            “ Ala biar lah. Bukan orang lain pun isteri Irfan jugak kan. Lagi satu, Ana ingat tak buah tembikai yang Ana bagi time melawat mama kat hospital hari tu? Irfan sorang je yang habiskan sebiji buah tembikai tu tau. Dia siap puji lagi orang yang bagi tembikai tu mesti baik hati orangnya sebab tembikai tu manis.”
            Hanna ketawa kecil mendengar cerita Datin Haliza. Tak sangka kau pernah puji aku kan. Aku ingatkan kau suka kutuk aku je. Aku boleh bayangkan macam mana rupa kau yang gelojoh makan tembikai yang aku bagi tu. Desis Hanna sendirian.
            Irfan pula sudah tersedak – sedak bila mendengar cerita mamanya itu. Lantas dia menoleh ke arah papanya yang sedang menonton berita utama di tv 3 itu. “ Papa tipu Irfan ye? Papa cakap papa yang beli tembikai tu.”
            “ Papa tak masuk campur ye pasal tembikai ke durian ke apa – apa yang dikategorikan buah lah.” sengaja Datuk Iskandar buat – buat lupa.
            Irfan hanya merengus geram bila mengingatkan dirinya dimainkan. Ditipu tu satu hal tapi mama siap cerita depan Hanna ni yang aku tak boleh terima tu.
            “ Sudah la tu Irfan tak kan dah besar – besar pun nak merajuk kot. Malu lah sikit bini kamu tu tengok perangai kamu tu.” Tegur Datin Haliza.
            Saat itu mata Irfan dan Hanna bertentangan. Cepat – cepat Hanna melarikan anak matanya dari bertembung dengan lelaki itu. Haha ceh, buaya ni anak manja rupanya. Hanna tersengih sendirian.
            “ Bernikah sudah, bersanding pun sudah. Kat mana Irfan ngan Ana nak pergi honeymoon pulak ni?” tanya Datin Haliza.
            Tersentak Hanna dengan soalan cepu emas dari ibu mertuanya itu. “ Err.. kalau tak honeymoon tak boleh ke ma? Ana bukan apa, Ana ingat lepas ni Ana nak cari kerja dulu nanti dah stabil semua baru boleh fikir pasal tu.” Hanna cuba menghalang niat Datin Haliza itu.
            “ Betul tu ma. Lagipun buat apa nak honeymoon jauh – jauh ni, membazir duit je. Kalau betul – betul pun nak honeymoon pun ma, tak payah jauh – jauh. Dalam bilik pun dah boleh dah. Betul tak sayang?” Irfan tersengih nakal kepada Hanna.
            Sayang? Merah muka Hanna menahan malu yang teramat sangat. Tak guna punya buaya. Sedap je kenakan aku depan mama. Bentak hati Hanna. Namun, dia hanya mampu tersenyum mendengar gurauan suaminya itu.
            “ Ish kamu ni Irfan, mama nak Irfan bawak Hanna ni jalan – jalan makan angin. Boleh lah kamu berdua kenal antara satu sama lain. Ha lagi satu pasal kerja Ana tu, mama kan dah suruh Irfan pujuk Ana jadi PM hotel kita balik. Irfan tak buat lagi ke apa yang mama cakap tu?”
            Tika itu, biji mata Irfan sudah melirik ke arah Hanna. Hanna pula menghadiahkan sebuah jelingan kepada Irfan. Apa tengok – tengok? Selagi kau tak pujuk aku, jangan harap aku akan kerja balik kat hotel tu. Haha sekarang aku pulak nak tengok siapa yan memerlukan siapa lepas ni. Hanna bersuka – ria di dalam hati.
            “ Irfan ingat kan ma, Irfan tak nak bagi Ana kerja lah. Sebabnya, boleh jugak dia duduk kat rumah teman mama. Boleh tolong mama masak and teman mama pergi kelas poco – poco tu betul tak ma? Lagipun bila kitorang dah ada anak nanti, Irfan tak nak lah anak Irfan tu tak cukup kasih sayang ibu sebab ibu dia sibuk bekerja je.” Pujuk Irfan. Haha kau ingat aku nak pujuk kau? Jangan harap lah makcik oi.
            Anak? Bila masa pulak aku nak beranak ni? Mamat ni memang dah melampau betul. Baru ingat nak tengok kau pujuk aku. Nampaknya aku lah yang terpaksa pujuk diri sendiri. Daripada aku tak dapat kerja langsung, lebih baik aku kerja kat hotel tu balik. “ Tak apa lah ma. Tak payah lah suruh abang Irfan pujuk Ana. Lagipun salah Ana jugak hari tu berhenti tanpa sebab. Nanti Ana masuk lah kerja balik ye. Awak izinkan saya kerja kan sayang?” sengaja Hanna menekan sikit perkataan ‘sayang’ yang disebutnya itu.
            Pandai sungguh makcik ni kenakan aku balik ye. “ Eh mesti lah saya izinkan. Apa awak nak pun semua saya akan tunaikan sayang.” Irfan senyum perli ke arah Hanna.
            Datin Haliza yang dari tadi hanya menyaksikan perbualan suami isteri itu tersenyum lebar melihat kemesraan dalam kepura – puraan itu. “ Happy mama tengok kamu berdua bahagia. Macam ni lah hubungan suami isteri, kena sentiasa tolak ansur tau.” Pesan Datin Haliza.
            “ Ye ma. Sayang, saya dah mengantuk lah. Jom kita naik tidur nak?” Irfan berpura – pura menguap lantas menarik lengan Hanna.
            Aduhai, menyampahnya aku tengok buaya ni! Selamba je pegang tangan aku. Nasib baik depan mama ngan papa kalau tak memang aku bukak silat gayung dah kat kau. Hanna hanya membontoti Irfan dari belakang sambil tangan Irfan masih lagi memegang erat lengan Hanna. Datin Haliza yang melihat kemesraan pengantin baru itu, hanya tersenyum bahagia.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?