Followers

Thursday 17 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 24 ~


Yana memilih untuk membeli – belah di Danga City Mall bersama abang dan kakak iparnya. Usai memarkir kereta, mereka bertiga beriringan melangkah masuk ke dalam pusat beli – belah yang tersohor itu. Yana lebih banyak berbual mesra dengan Hanna berbanding Irfan. Maklumlah, hanya perempuan yang tahu apa citarasa seorang perempuan.
            Lepas satu, satu kedai yang disinggah oleh Yana dan Hanna. Irfan pula hanya menjadi tukang tengok, tukang pegang barang dan tukang keluar duit. Hmm aku tak paham betul lah dengan orang perempuan ni, rasanya macam kedai – kedai kat sini diorang yang punya kot. Aku memang tabik lah kalau ada orang perempuan yang bukan shopaholic macam dua orang minah ni. Bebel Irfan sendiri sambil melihat isteri dan adiknya yang sedang memilih kain pasang.
            “ Korang ni nak buat apa beli kain? Raya lambat lagi tau.” bebel Irfan sambil menunjukkan muka penatnya.
            “ Lambat apanya abang ni. Kan lagi dua bulan kita nak raya dah. Lepas ni Yana dah nak balik sana, mana sempat nak beli kain semua ni.” jawab Yana selamba.
            Hanna hanya tersenyum melihat wajah suaminya yang bosan menunggu mereka membeli – belah. Kesian la pulak aku tengok mamat ni kena buli dengan adik sendiri. Nasib baik dia offer nak ikut kalau tak memang aku lah yang kena bawak barang si Yana ni.
            “ Em kalau awak penat, awak pergi lah lepak kat mana – mana coffee house dulu. Nanti bila kami dah siap, kami datang kat awak ye.” Lembut Hanna berkata.
            “ Lain kali cakap lah awal – awal, tak payah susah – susah orang nak tunggu kat sini. Ni korang jangan lambat pulak. Kang ada yang balik naik teksi kang.” Jawab Irfan sambil berlalu pergi.
            Amboi, punya lembut aku cakap ngan kau, macam tu cara kau jawab balik dengan aku. Nyesal betul aku buat baik dengan buaya ni. Memang aku jugak yang akan dimakan balik nanti. Bebel Hanna geram bila mengenangkan perangai Irfan tu.
            Irfan memilih untuk menunggu isteri dan adiknya di kafe Secret Recipe yang terletak tidak jauh dari butik yang dikunjungi oleh Hanna dan Yana. Dia hanya memesan iced caffe mocha untuk menghilangkan dahaga ditekaknya. Dari jauh dia hanya memerhatikan telatah Hanna yang amat comel. Setiap gerak – geri Hanna diperhatikannya, apabila Hanna ketawa, senyum dan riang semuanya cukup sempurna di mata Irfan. Namun, hatinya belum terusik untuk menerima Hanna sepenuhnya. Apa kurangnya Hanna, dia sendiri tidak dapat jawapannya.
            Sedang ralit Irfan memerhatikan isterinya itu, tiba – tiba bahunya ditepuk seseorang. Terperanjat Irfan dibuatnya. Kelam – kabut pandangannya beralih kepada gerangan orang yang menepuk bahunya itu.
            “ Hoi, kau termenung apa tu ha? Rindu awek baru ye?” tegur Sazali sambil menarik kerusi di hadapan Irfan lalu duduk.
            “ Kau ni tak reti bagi salam ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu tak.” Kata Irfan sambil mengurut – ngurut dadanya.
            “ Ops sorry la bro. Assalamualaikum. Ha kau tengok apa tadi? Sampai aku lalu depan kau pun kau tak perasan tadi.”
            “ Waalaikumussalam, mana ada aku tengok apa – apa pun. Aku fikirkan sesuatu tadi sebab tu tak perasan kau. Kau buat apa datang sini?” bohong Irfan.
            “ Oh, aku saja je nak beli barang psp aku ni. Alang – alang nampak kau ni, aku singgah lah. Kau datang sorang je ke? Jom kita tengok wayang nak? Ada cerita baru bro. The Avengers tajuk dia. Jom lah nak?”
            “ Kau ni tak habis – habis dengan perangai budak – budak kau tu kan. Aku rasa tak boleh lah join kau. Aku datang dengan...” belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya, kedengaran Yana memanggil Irfan.
            “ Abang! Sorry lama ke abang tunggu?” tanya Yana kepada abangnya. Hanna pula hanya mendiamkan diri apabila Irfan memandang ke arahnya.
            “ Boleh tahan lah. Agak – agaknya kura – kura pun dah habis pusing dunia kalau nak tunggu korang shopping ni.” Perli Irfan sambil matanya memandang ke arah Hanna. Yana sudah menarik muka mendengar kata abangnya. Hanna pula menayangkan muka selamba.
            “ Fan, kau tak nak kenalkan ke kat aku siapa dorang ni?” tiba – tiba Sazali pula menyampuk.
            “ Em ni adik aku, Yana. Yang sebelah dia pulak Hanna.” Kata Irfan acuh tak acuh.
            “ Ni ke adik kau yang time kecik dulu aku tengok. Wah, dah cantik adik kau sekarang bila dah besar ni ye? By the way, nama korang lebih kurang sama kan. Hanna and Yana.” Sazali tersenyum melihat wajah Hanna. Yana pula tersipu malu bila mendengar pujian dari Sazali.
            “ Mesti lah sama nama. Kitorang ni dah macam best friend tau. Abang, lepas ni kita tak pergi mana – mana dah kan? Jom kita tengok wayang nak? Awal lagi nak balik ni.” ajak Yana.
            “ Ha apa lagi Fan, jom lah. Adik kau pun dah ajak tu. Bukan selalu dapat tengok wayang ramai – ramai macam ni kan bro.” Sampuk Sazali.
            Irfan menghirup air yang di ordernya tadi. Sebenarnya dia tak ada mood langsung nak tengok wayang. Tapi, bila melihat adiknya yang beria – ria dia mula rasa serba – salah. Sempat juga dia menoleh ke arah Hanna untuk mendapatkan jawapan sama ada Hanna setuju atau tak. Hanna pula sengaja buat – buat tak perasan Irfan sedang memandangnya.
            “ Em yela aku follow je.” Balas Irfan acuh tak acuh.
            Yana bersorak keriangan lalu menarik lengan Hanna menuju ke panggung wayang. Hanna pula hanya tersenyum melihat telatah adik iparnya sambil mengekori Yana. Sazali dan Irfan pula hanya mengekori gadis berdua itu dari belakang.
            “ Kawan adik kau tu kenapa senyap je dari tadi Fan?” tanya Sazali separuh berbisik.
            Kawan? Bila masa pulak aku cakap kat mamat ni, Hanna tu kawan Yana. Em tak apa lah yang penting dia tak syak Hanna tu isteri aku. “ Oh, Hanna memang macam tu. Dia memang jenis tak banyak mulut pun. Kenapa kau tanya?” Tak banyak mulut? Haha hanya aku je lah yang tahu berapa banyak mulut dia kalau cakap dengan aku.
            “ Aku pelik je dari tadi aku tengok dia senyap. Aku nak tegur pun tak berani. Dah la cun gila kawan adik kau tu. Berapa umur dia Fan?” tanya Sazali.
            “ Kau nak buat apa tahu umur dia? Kau jangan buat hal Jali. Kawan adik aku tu.” Actually, bini aku tu tau tak. Selamba je kau nak mengorat bini orang ye.
            “ Ala kau ni kedekut sangat lah. Aku nak tahu umur dia je lah. Mana tau dia sepadan ke dengan umur aku ni.” Sazali ketawa kecil.
            “ Tak sepadan pun Jali. Kau tu dah tua bangka. Dia tu muda lagi tau.” bantah Irfan keras.
            “ Eleh, dalam hal jodoh ni umur semua tak penting. Yang penting sekali, hati kita yang tulus ni.” ujar Sazali sambil meletakkan tapak tangannya di dada.
            “ Malas aku nak layan kau ni Jali. Ha dah sampai pun. Disebabkan kau yang ajak tengok wayang tadi, so kau yang kena belanja tiket ok?” kata Irfan.
            “ Eh tak aci lah macam tu. Apa kata kita o jus? Siapa kalah dia belanja, ok?” Sazali memberi idea.
            Irfan memandang pelik temannya itu sambil tersengih. “ Kau ni memang macam budak – budak betul lah. Ok lah o...jus... ha kau kalah eh. Dipersilakan beli tiket ye.” Irfan tersenyum bangga apabila melihat simbol air yang ditunjukkannya mengalahkan simbol batu yang ditunjukkan Sazali dengan tangannya.
“ Fan, aku rasa apa kata kau belanja adik kau, aku pulak belanja Hanna? Baru fair and square nak?” balas Sazali tersengih – sengih.
            “ Kau jangan nak gatal – gatal. Kalau macam tu kau beli je untuk diri kau sendiri. Biar aku je yang belanja diorang tu.” Kata Irfan sambil berlalu ke kaunter tiket.
            Ceh, aku nak ringankan beban dia tak nak pulak. Bukannya aku nak ngorat adik dia pun yang dia nak bantah sangat tu. Bebel Sazali sendirian lantas ke kaunter tiket.
            Selesai membeli tiket, bertih jagung dan air pepsi, mereka berempat beriringan masuk ke bilik tayangan. Yana masuk dulu memilih tempat duduknya, diikuti dengan Irfan, Hanna dan Sazali. Sewaktu Hanna hendak melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Sazali, cepat – cepat Irfan menarik lengan Hanna untuk menukar tempat dengannya. Hanna sudah tercengang melihat gelagat Irfan namun tetap mematuhi arahan suaminya itu.

2 comments:

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?