Followers

Sunday 20 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 26 ~


Pagi Isnin yang indah itu, Irfan mengenakan kemeja kuning air dan dipadankan pula dengan tali leher berwarna hitam. Irfan nampak lebih santai dan bergaya untuk ke hotel pagi itu. Manakala Hanna mengenakan baju kurung putih berbunga – bunga kecil warna kuning air dan dipadankan dengan tudung bawal kuning. Terserlah keayuan Hanna bila dia mengenakan baju kurung.
            Usai bersiap, Irfan keluar dari bilik dengan menjinjing briefcasenya terus menuju ke kereta. Sempat juga dia menoleh ke arah Hanna yang sedang bersarapan di meja makan. Cantik pulak makcik ni hari ni. Saat itu, serta – merta dia teringat kembali hari pernikahannya. Hanna pada hari itu sungguh ayu dan cantik dengan baju kurungnya. Tapi selepas hari nikah itu, Irfan tidak dapat melihat lagi Hanna memakai baju kurung. Baru hari ni dia dapat melihat Hanna mengenakan baju kurung.
            “ Awak tak nak sarapan dulu ke?” panggil Hanna dari meja makan apabila melihat suaminya yang terus menuju ke kereta.
            Sarapan? Segera fikiran Irfan melayang kepada tom yam yang dimasak Hanna pada malam kelmarin. Ni kalau aku makan lagi masakan dia ni, mesti kena gastric kat ofis nanti.
            No, thanks. Aku makan kat ofis nanti je lah. Kau jangan terhegeh – hegeh pulak datang ofis. Remember, the hotel is not yours.” Sengaja Irfan mengulangi ayat kegemarannya itu kepada Hanna.
            Hanna hanya menjuihkan bibirnya bila mendengar ayat dari mulut Irfan itu. Buaya ni tak habis – habis dengan trademark dia tu. Macam lah aku nak sangat hotel dia tu. Ha lagi satu, yang aku ni tak habis – habis asyik pakai baju sama warna dengan dia kenapa? Hari tu warna merah ni kuning pulak. Aku tiru dia ke dia tiru aku eh? Bebel Hanna sendirian sambil menyuapkan roti bakar ke dalam mulutnya.
            Beberapa minit kemudian, Hanna mengemas meja makan lalu terus menuju ke keretanya. Usai mengunci pintu rumah, Hanna menghidupkan enjin keretanya lalu meluncur laju ke tempat kerja. Irfan sudah berlalu terlebih dahulu dengan keretanya. Mereka tidak menaiki kenderaan yang sama disebabkan Irfan tidak mahu stafnya mengesyaki apa – apa tentang hubungan mereka. Hanna pula hanya akur dengan arahan Irfan. Baginya lebih selesa sekiranya dia memandu sendiri daripada terpaksa mengekori Irfan.
            Sampai di ofis, Hanna dibawa Irfan untuk melawati persekitaran hotel. Irfan memberi penerangan kepada isterinya dengan begitu jelas. Hanna pula hanya mendengar dengan teliti setiap butir bicara yang keluar dari mulut Irfan. Sesekali dia akan mencatat apa isi – isi penting yang diberitahu oleh suaminya itu.
            Pekerja – pekerja yang lain dari tadi hanya memerhatikan pasangan itu dari jauh. Sama cantik, sama padan bila bos mereka berjalan beriringan dengan PM baru. Sedang Irfan sibuk menerangkan tentang water system untuk hotel itu, tiba – tiba datang seorang pekerja mendekati bosnya. Termengah – mengah pekerja itu apabila sampai di hadapan majikannya. Hanna dan Irfan sudah tercengang bila melihat gelagat staf itu.
            “ Encik Irfan, encik kena ikut saya sekarang. Ada kecemasan ni. Cepat!” tergesa – gesa pekerja itu berkata.
            “ Kenapa kamu ni? Apa yang dah berlaku?” tanya Irfan risau. Hanna pula tidak sabar – sabar menunggu jawapan dari pekerja itu.
            “ Ada customer mengamuk kat dalam bilik. Dia ugut nak bunuh staf kita dengan pisau. Dia jadikan staf tu sebagai tawanan. Encik Irfan kena ikut saya cepat!” kata pekerja itu lalu menuju ke bilik hotel yang dimaksudkannya tadi.
            Irfan dan Hanna bergegas ke tempat kejadian dengan mengekori pekerja itu. Dalam hati Irfan berdoa agar tidak ada benda yang buruk akan berlaku dalam hotelnya. Hanna hanya memandang wajah suaminya yang kelihatan amat risau apabila mendengar khabar dari stafnya itu. Timbul perasaan kasihan dalam hatinya apabila melihat Irfan yang dilanda keresahan itu.
            Sampai di bilik hotel tersebut, Irfan dan Hanna cepat – cepat masuk ke dalam bilik untuk melihat apa yang berlaku. Terperanjat muka mereka apabila melihat seorang staf sedang ketakutan kerana dipeluk seorang lelaki dari belakang dan diletakkan pisau di lehernya. Silap langkah boleh terhiris leher budak tu dibuatnya. Irfan cuba mendekati lelaki tersebut perlahan – lahan untuk memujuk lelaki itu melepaskan senjatanya.
            “ Selangkah lagi kau menapak, aku akan kelar leher budak ni!” ugut lelaki itu dengan nada keras kepada Irfan.
            Irfan serta – merta memberhentikan langkahnya. Dia memandang sekeliling dan mendapati bilik itu berselerak dengan gambar – gambar seorang perempuan yang cantik. Hanna mengambil gambar perempuan di kakinya itu. Dia meneliti gambar itu lalu menghulurkannya kepada Irfan.
            Ni mesti kes putus cinta ni. Bila tak boleh terima hakikat kekasih curang mula lah jadi tak siuman. Desis Hanna dalam hati. Hanna memberanikan diri untuk mendekati lelaki tersebut dengan niat untuk memujuk lelaki itu. Maklum lah ayat perempuan kan lebih power untuk cairkan hati lelaki.
            “ Hey, kau nak buat apa ha datang dekat – dekat aku ni? Aku bunuh budak ni kang.” Lelaki itu memberi amaran kepada Hanna.
            “ Encik cuba bawak bersabar. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Encik, budak tu tak bersalah dalam hal ni. Encik, lepaskan dia ye.” Hanna berkata sambil kakinya masih lagi melangkah ke arah lelaki itu. Irfan semakin risau apabila melihat tindakan berani Hanna. Belum sempat Irfan hendak menarik Hanna ke belakang, tiba – tiba lelaki itu terlebih dahulu menukarkan tawanannya dengan Hanna.
            “ Hanna!!” panggil Irfan apabila mendapati isterinya yang kini menjadi tawanan lelaki itu.
            “ Hahaha memang budak tu tak ada kena – mengena pun dalam hal ni. Tapi kau memang ada kena – mengena dalam hal aku ni. Kau nak tau sebab apa?” Lelaki itu ketawa besar dengan meletakkan pisau di leher Hanna. Irfan pula menjadi tidak keruan apabila melihat Hanna dalam keadaan bahaya.
            “ Sebab kau ni cantik. Perempuan cantik macam kau ni patut mati. Sebab perempuan macam kau lah, lelaki semua kena tipu.” Lelaki itu berkata sambil menghidu tubuh Hanna. Hanna semakin ketakutan apabila diperlakukan begitu.
            Irfan yang berang melihat isterinya diperlakukan begitu terus menghadiahkan sebiji penumbuk ke arah lelaki itu. Irfan tidak peduli lagi sama ada dia akan dibunuh lelaki itu. Hanna terlepas dari pegangan lelaki itu terus berlari keluar meminta pertolongan.
            Irfan masih lagi menumbuk lelaki itu sekuat hatinya. Berani kau sentuh bini aku! Ni hadiah untuk kau. Irfan memberi lagi sebuah tumbukan sehingga lelaki itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk berlawan. Irfan akhirnya bangun dan membiarkan lelaki itu terkulai di atas lantai.
            Tak semena – mena lelaki itu bangun dan menuju ke arah Irfan untuk menikamnya dari belakang. Nasib menyebelahi Irfan apabila dia sempat mengelak daripada ditikam lelaki itu. Disebabkan cermin yang berada di dalam bilik itu, Irfan dapat melihat lelaki tersebut kembali bangun untuk menikamnya. Walaubagaimanapun, lengannya sempat dikelar lelaki itu ketika dalam pergelutan tadi.
            Hanna sampai di bilik itu dengan beberapa orang anggota polis. Hanna terus mendapatkan suaminya yang cedera parah di lengan. Dia memapah Irfan untuk berjalan ke kereta. Sempat dia meminta salah seorang staf lelaki untuk menghantar mereka ke klinik berdekatan.
            Dalam perjalanan, Hanna mula mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Irfan yang lemah itu. Badannya pucat lesi dan tidak bermaya. Mungkin disebabkan dia kehilangan banyak darah dan lukanya yang agak dalam.
            Beberapa minit kemudian, Irfan melentokkan kepalanya di atas paha Hanna dan memejamkan matanya. Hanna terperanjat namun dibiarkan sahaja suaminya itu berehat seketika sebelum sampai di klinik. Dia membelai – belai perlahan rambut suaminya yang lurus. Dalam hatinya, timbul perasaan sayu apabila melihat Irfan yang seolah – olah tidak berdaya. Staf yang memandu di hadapan hanya menonton adegan suami isteri itu melalui cermin pandang belakang. Peliknya! Cik Hanna ni girlfriend bos ke?
            Sampai di klinik, Irfan terus dibawa ke bilik rawatan. Hanna dan staf hotel itu hanya menunggu di luar. Hanna kelihatan risau seolah – olah macam suaminya hendak menjalani operation. Ni semua salah aku. Kalau aku tak pandai – pandai pergi kat penyagak tu, mesti Irfan tak cedera. Tika itu, air mata jernihnya mula mengalir kembali. Staf yang berada disebelahnya berasa pelik namun dia cuba untuk menenangkan PM nya itu. Dia menepuk perlahan belakang bahu Hanna supaya Hanna banyak bersabar.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik rawatan dibuka dan muncul tubuh Irfan dengan tangannya telah berbalut. Dia melihat Hanna yang tertunduk menangis di luar bilik rawatan dengan ditemani oleh stafnya. Perasaannya kurang senang apabila melihat stafnya itu cuba menenangkan Hanna.
            “ Hanna!” panggil Irfan tiba - tiba.
            Serta – merta Hanna dan stafnya berpaling kepada Irfan yang sedang berdiri di luar pintu bilik rawatan itu. Hanna terus mendapatkan suaminya.
            “ Awak ok ke? Doktor cakap apa tadi? Luka awak tu dalam tak? Doktor jahit ke luka tu?” soal Hanna bertalu – talu sambil membelek – belek tangan Irfan yang sudah dibalut itu.
            “ Banyak nya soalan kau. Aku ok je. Jom pergi ambik ubat lepas tu kita balik hotel.” Ujar Irfan sambil berlalu menuju ke kaunter ubat. Hanna dan stafnya hanya mengekori Irfan dari belakang.
            Dalam perjalanan pulang ke hotel, masing – masing hanya senyap tanpa ada sebarang perbualan tercetus antara Irfan dan Hanna. Sekali – sekala Hanna mengerling Irfan yang berada di sisinya. Ala nak mintak maaf sekarang ke? Nanti staf ni dengar pulak. Ah, tunggu kat rumah nanti lah.
            Irfan sedar dirinya dari tadi diperhatikan Hanna namun sengaja dia pura – pura buat tak tahu. Dia tahu Hanna seperti ingin berkata sesuatu dengannya. Ni mesti nak tanya kenapa aku letak kepala atas paha dia tadi ni. Haish, malu betul lah! Macam mana aku boleh terlena atas paha dia pulak ni?

2 comments:

  1. wahhh...irfan dh jadi hero hanna la...
    so sweet...
    nk jugak lelaki caring cam irfan...
    nk lagi!!!nk lagi!!!
    tgh excited nih...

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe irfan caring tp ego dia yg lebeh sgt tu..
      sabar ye dear..
      sy pon jd xcited nk update cpt ni..hihi
      tq so much laling!

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?