Followers

Sunday 20 January 2013

~ Cinta Utara Selatan 27 ~


Sampai sahaja di hotel, Irfan memberi arahan kepada stafnya untuk menyambung semula tugas yang tergendala tadi. Kemudian dia meminta Hanna duduk di tempat duduk pemandu. Hanna hanya akur dengan arahan suaminya.
            “ Kita balik rumah terus. Aku buat half day hari ni.” kata Irfan.
            “ Tapi kereta saya macam mana?” tanya Hanna.
            “ Ala tak ada orang nak curi pun Viva kau tu. Lagipun hotel ni ada security guard 24 hours. Nanti esok balik kerja, kau bawak lah balik kereta kau tu.”
            Hanna hanya mengangguk lalu menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan perkarangan hotel itu. Dalam perjalanan, Irfan dan Hanna hanya menyepikan diri. Hanna berdolak – dalik dalam hatinya untuk meminta maaf pasal peristiwa tadi.
            “ Kau ada cedera kat mana – mana tak?” tanya Irfan memecah kesunyian.
            Hanna tersentak dari lamunannya. “ Hah tak ada. Saya ok je. Tak cedera apa – apa pun tadi.” Balas Hanna sambil matanya masih lagi menumpukan pemanduannya.
            “ Em bagus lah. Orang gila tu macam mana pulak?” Irfan bertanya lagi.
            “ Dah kena tangkap dah tadi waktu polis sampai. Em awak, selalu ke jadi macam ni kat hotel awak tu?”
            “ Entah lah. Ni baru pertama kali jadi hal macam ni semenjak aku jadi pemangku GM. Biasa lah, dalam bisnes ni customer always right.” Balas Irfan bersahaja.
            Hanna hanya mengangguk dan meneruskan pemanduannya. Tidak ada lagi soalan yang hendak diutarakan kepada suaminya itu.
            10 minit kemudian, mereka selamat tiba di perkarangan rumah. Usai mematikan enjin kereta, Hanna cepat – cepat membuka pintu di bahagian belakang untuk Irfan keluar. Irfan hanya menggeleng – gelengkan kepalanya dan tersenyum melihat telatah Hanna yang seolah – olah sedang melayan orang yang sakit tenat.
            Irfan berbaring di atas sofa ruang tamunya lalu menekan remote control televisyen. Hanna pula terus berlalu ke dapur untuk mengambil segelas air untuk suaminya. Kemudian Hanna menghampiri Irfan dengan membawa segelas air kosong dan duduk bersimpuh di atas lantai sambil tangannya menghulurkan air tersebut. Irfan menyambut huluran Hanna lalu meneguk air itu perlahan – lahan.
            “ Awak nak makan? Saya masakkan bubur nak?” tanya Hanna.
            “ Bubur? Eh takpe – takpe. Kita makan mac’d je lah hari ni ye. Aku dah oder mac’d dah tadi. Kejap lagi sampai lah tu.” Fuh, nasib baik. Kalau tak memang aku kena telan jugak masakan dia hari ni.
            “ Oh, kalau macam tu tak apa lah. Saya masuk bilik dulu. Nanti apa – apa hal panggil saya ye.” Ujar Hanna lalu bangun dari duduknya.
            “ Eh, kau nak ke mana tu? Meh duduk sini, aku ada benda nak cakap.” Arah Irfan.
            Hanna terus mematikan langkahnya dan duduk berhadapan dengan Irfan. Matanya memandang Irfan yang sedang menonton televisyen itu.
            “ Awak nak cakap apa? Cakap lah.” tanya Hanna.
            “ Err..yang pasal aku tertidur kat atas paha kau dalam kereta tadi tu, sorry la eh?” kata Irfan sambil menoleh ke arah isterinya itu.
            Hanna tersentak lalu serta – merta perasaan malunya menerpa diri. “ Oh, pasal tu saya tak ingat dah pun. Lagipun awak tengah sakit kan melainkan lah awak memang nak ambik kesempatan.” Balas Hanna.
            “ Tak apa lah kalau macam tu. Em aku nak pesan sikit ni, pasal apa yang berlaku kat hotel hari ni, kau jangan bagi tahu mama dengan papa tau.”
            “ Tapi kenapa awak?” tanya Hanna pelik.
            “ Aku tak nak diorang risau. Nanti mama mula lah nak buat drama air mata dia. Dia kan geng kau.” Perli Irfan sambil tersengih.
            Hanna sempat menghadiahkan jelingan manja untuk suaminya. “ Em baiklah, bos. Lagi satu, saya nak mintak maaf kat awak pasal tadi. Kalau tak sebab saya yang pandai – pandai mendekati penyangak tu, mesti awak tak cedera kan?” Hanna menambah lagi. Saat itu, air matanya mula bertakung dan hanya tinggal masa untuk jatuh dari kolam matanya.
            Irfan mula simpati bila melihat isterinya mengalirkan air mata. Spontan dia menghampiri Hanna dan menyeka air mata di pipi itu dengan tangannya. Hanna yang terkejut dengan tindakan Irfan serta – merta air matanya berhenti mengalir.
            “ Sudah la tu. Aku tak salahkan kau pun. Cuma aku nak bagi nasihat lain kali kau jangan nak tunjuk berani lagi. Tu nasib baik aku ada tadi. Kalau aku tak ada macam mana? Memang kena potong lapan belas la badan kau nanti.” Gurau Irfan.
            Hanna mula tersenyum namun ngeri juga bila memikirkan badannya dipotong lapan belas. Ingat aku ni ayam ke sesuka hati je nak main potong – potong. Dalam hatinya menitipkan berjuta kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana tidak ada nyawa yang terkorban dalam peristiwa tadi.
            “ Em lepas Asar ni kau siap – siap lah. Kita keluar sekejap.” Kata Irfan apabila melihat Hanna kembali ceria. Betul lah orang tua – tua cakap, orang yang cepat menangis ni cepat jugak nak buat dia happy kan.
            “ Kita nak pergi mana?” tanya Hanna pelik.
            “ Aku nak beli barang sikit. Kau ikut aje lah. Kan kau kena jadi driver aku sementara nak tunggu tangan aku sembuh ni.” balas Irfan sambil tersengih ke arah Hanna.
            Buaya ni start dah perangai dia. Tak padan dengan sakit. Tak habis – habis nak kenakan aku. Aku tambah lagi luka kat tangan kau tu baru tau. Bebel Hanna dalam hati.
            “ Ye lah. Saya menurut perintah tuanku!” perli Hanna sambil berlalu masuk ke dalam biliknya. Irfan pula hanya tersengih melihat telatah isterinya itu.
            Tepat pukul 5 petang, seperti yang dijanjikan Hanna memandu kereta menuju ke tempat yang Irfan kehendaki. Irfan mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu.
            “ Awak nak saya pandu kereta sampai mana ni?” tanya Hanna memecah kesunyian.
            “ Kalau pandu sampai ke bulan boleh tak?” balas Irfan tersengih.
            “ Ish awak ni jangan main – main lah. Saya serius ni.” balas Hanna.
            “ Haha gurau sikit pun tak boleh ke? Tak luak pun Cik Hanna oi. Em kau bawak aku sampai mana – mana book store. Aku nak cari buku.” Kata Irfan sambil tangannya rancak mencari siaran radio di dalam keretanya itu.
            “ Ok. Awak nak cari buku apa?” tanya Hanna. Bagus jugak pergi kedai buku ni. Aku pun dah lama tak update novel – novel baru dalam koleksi aku tu.
            “ Nanti kau tengok je lah aku beli buku apa. Kalau aku bagi tau sekarang pun, kau bukannya paham buku – buku falsafah yang aku selalu baca tu.” Balas Irfan bersahaja.
            Eleh, ingat aku ni koman sangat ke tak tahu pasal buku – buku falsafah! Eh, aku pernah baca buku Donald Trump tau! Selamba je kutuk aku ye. Bebel Hanna dalam hati sambil menjuihkan bibirnya apabila menerima kutukan dari suaminya tadi.
            Beberapa minit kemudian, mereka sampai di Kedai Buku Popular. Usai memarkir kereta, Hanna dan Irfan berlalu masuk ke dalam kedai buku tersebut. Hanna terus meluru ke arah rak – rak novel remaja yang telah disediakan. Irfan pula menuju ke rak – rak buku yang diminatinya. Dari jauh dia melihat Hanna yang tekun membelek dan membaca sinopsis novel di belakang buku. Memang geng mama dengan Yana lah kalau macam ni. Desis hati kecilnya.
            Sedang dia membelek – belek buku di tangannya, tiba – tiba dia terpandang ke arah rak buku masakan yang berhampiran dengannya. Dia meletakkan buku yang sedang dipegangnya lalu mencapai beberapa buah buku masakan. Dia membuka beberapa helai muka surat dalam buku itu terus membuat keputusan untuk membelinya. Dia memilih buku masakan yang bertajuk 365 Hari Resepi dan beberapa buku yang masakan yang lain.
            Selesai membuat pembayaran, Irfan dan Hanna menuju ke arah kereta yang diparkir diseberang jalan. Tidak semena – mena Irfan memegang lengan Hanna ketika hendak melintas jalan. Sekali lagi, Hanna terperanjat dengan adegan spontan Irfan itu namun, dibiarkan sahaja.
            Sampai di pintu kereta, Irfan melepaskan lengan Hanna. “ Sini banyak sangat orang bawak kenderaan tak berhemah. Sebab tu aku pegang tangan kau tadi.” Kata Irfan sambil memasuki perut kereta.
            Kenapa mamat ni? Aku tak tanya pun. Susah payah je nak terangkan balik. “ Tak apa lah. Lagipun saya memang jenis tak hati – hati waktu melintas. Dulu kat Putrajaya pun, saya hampir kena langgar ngan kereta BMW macam kereta awak ni lah.” Balas Hanna.
            Hampir kena langgar? Haish, bahaya betul lah minah ni kalau keluar sorang – sorang. Tak tahu nak berhati – hati langsung. Yang hamba Allah tu pun satu hal, bawak kereta tak reti ke nak tengok kiri kanan. Nasib baik hampir – hampir langgar je. Kalau dah langgar betul – betul, memang aku cari sampai lubang cacing orang tu.
            “ Lepas ni kita nak pergi mana pulak?” tanya Hanna membuatkan Irfan tersentak dari lamunannya.
            “ Oh, kau jalan je dulu. Nanti kita pergi makan seafood untuk dinner malam ni.” balas Irfan.
            Hanna hanya mengangguk dan akur dengan arahan suaminya itu. Dia memandu kereta dengan penuh berhemah.
            “ Kau beli apa tadi kat kedai buku tu?” tanya Irfan.
            “ Beli novel je. Kenapa?” jawab Hanna acuh tak acuh.
            Irfan mengambil buku masakan yang dibelinya tadi lalu menunjukkan kepada Hanna. Hanna hanya dapat melihat buku  yang berada di tangan Irfan disebabkan tangannya sedang memegang stereng kereta.
            “ Daripada kau baca novel, apa kata kau baca buku ni?” kata Irfan sambil tersengih ke arah Hanna.
            “ Awak perli saya eh?” tanya Hanna sambil mengecilkan matanya kepada Irfan. Ni mesti dia dah makan tom yam aku hari tu. Aduh, malunya mana aku nak letak muka ni!
            “ Aku bukan perli tapi aku cuma nak kau perbaiki skill masak kau tu. Nah, aku hadiahkan buku – buku ni kat kau ye.” Irfan masih lagi tersengih ke arah Hanna.
            “ Baik awak berterus – terang ngan saya. Awak dah makan saya punya masakan malam tu kan?” tanya Hanna tidak puas hati.
            “ Ala aku cuma rasa sikit je. Bila rasa macam nak termuntah je, aku stop lah.” bohong Irfan.
            “ Tapi hari tu bila saya tanya mana pergi lauk yang saya masak tu, awak cakap awak dah buang semuanya. Kononnya takut basi lah. Sebenarnya awak dah makan habis kan? Baik awak mengaku cepat.” Ugut Hanna sambil menggenggam lengan baju Irfan menggunakan tangan kirinya.
            “ Eh relax la kau ni. Kang kita accident kang. Bawak kereta elok – elok lah. Ye memang aku yang makan habis pun. Itupun sebab terlampau lapar. Nasib baik lah perut aku tak meragam malam tu. Kalau tak, memang aku saman kau.” Irfan masih lagi mengusik Hanna.
            Hanna hanya tersenyum sendiri apabila mendengar jawapan dari bibir Irfan itu. Tak sangka kau sanggup makan masakan aku sampai habis kan. Sweet jugak buaya ni rupanya.
            

2 comments:

  1. ye...satu2nya buaya yg sweet..
    hehe..
    nurrul,pendek la n3 ni..cam xpuas jer...;((
    baru nk ambik feel,dh habis..terus lari lintang pukang semua feel tuh..sedey tau...sob3..
    nk lagi...nk lagi....

    -noorwieyl a.k.a noor-

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo, jgnla sedeh noor..nnti sy pon nak sedeh jgak..hihi
      maaf ye n3 bab ni pendek sikit..
      sy akan update lg secepat mgkin ye dear! =)

      Delete

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?