Followers

Tuesday 8 January 2013

~ Pemegang Watak Cinta 22 ~


Tengahari itu, Qistina menjamu selera bersama Tengku Danial Hakimi. Berang hatinya masih lagi berbekas apabila ditinggalkan begitu sahaja oleh tunangnya tempoh hari. Tengku Danial Hakimi sudah tersengih melihat Qistina dari tadi hanya menguis makanan di dalam pinggannya itu.
            I dengar Aakif dah putuskan tunang dengan you, betul ke?” Kimi memecah sunyi.
            Qistina tersentak. Matanya serta – merta memandang tepat ke arah pemuda tampan itu. “ Cepat betul kan gosip pasal I tersebar?” perli Qistina sinis.
            You lupa ke I ni sepupu tunang you tu. Mesti lah I tahu.” Wajah Kimi selamba.
            “ Tapi you ada dengar tak berita yang I akan nikah dengan Aakif hari Sabtu ni?”
            “ Yang tu ada jugak.” Balas Kimi perlahan.
            So, you patutnya tak payah tanya pasal I dah putus tunang tu sebab hari Sabtu ni I dah tentu akan jadi isteri Aakif, faham?”
            Tengku Danial Hakimi ketawa kecil. “ Ok ok sorry. So, macam mana dengan projek kita? I kalau boleh nak siapkan secepat mungkin.”
            “ Sekarang ni, I rasa masih dalam draft lagi. Kalau you nak cepat, I kena buat overtime lah sikit.”
            You nak I tolong ke?”
            You boleh tolong ke? You kan ketua projek ni, you tak banyak kerja ke nak tolong I pulak?”
            “ Sebab I ketua lah I tak banyak kerja. Yang lain – lain orang bawah I yang buatkan.”
            “ Untung kan jadi ketua ni? Kalau you dah offer, why not?” Qistina tersengih.
            So, bila kita boleh mula?”
            Anytime you free.
            “ Ok nanti I inform you later.” Tengku Danial Hakimi mengukir senyuman puas. Bagus! Umpan aku dah mengena!
***
Tengku Aakif Nawfal memecut keretanya laju di atas lebuhraya menuju yang ke Kuala Lumpur. Usai menghantar isterinya pulang ke rumah tadi, Aakif segera bergerak pulang ke rumah keluarganya. Masih terbayang wajah manis Wafa ketika memandang ke arahnya dari pintu pagar rumah. Aakif..Aakif..orang lain baru kahwin melekat dengan bini. Kau pulak tak sampai setengah hari nikah dah tinggal bini. Ni lah padahnya nikah main tangkap muat aje.
            Aakif membebel sendiri. Matanya masih memandang hadapan jalan. Terasa begitu sunyi dalam keretanya ketika itu. Lantas dia menekan punat on radio. Dia mencari – cari siaran yang enak didengar oleh gegendang telinganya tika itu. Sehingga tiba ke siaran Suria Fm yang sedang mendendangkan lagu C.I.N.T.A dari kumpulan XPDC, tangannya serta – merta berhenti dari menekan punat radio. Eh, lagu ni macam familiar aje! Ah, layan lah!
            Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang empat jam itu masih lagi diteruskan. Dalam kepala otak Aakif masih sarat memikirkan apa yang hendak dijawabnya apabila sampai di rumah nanti. Kalau dengan mama, aku masih boleh slow talk lagi. Tapi dengan nenda ni yang very dangerous. Salah start aje, tak pasal aku masuk ICU. Tapi pelik jugak, macam mana dulu aku boleh bertunang dengan Qis tu eh? And lagi satu, aku ada musuh ke sebelum ni? Kenapa ada orang nak bunuh aku? Aduh, kan bagus kepala otak aku ni boleh ingat semua tu cepat!
            Aakif mengetuk – ngetuk sedikit kepalanya dengan tangan. Runsing juga dibuatnya bila memikirkan setiap perkara yang berlaku tiba – tiba secara serentak. Nasib baik hal kahwin aku dah settle kan. Cuma tinggal nak berterus – terang aje lah. Sekarang ni aku akan fokus dalam kerja dan kes orang – orang yang cuba bunuh aku ni.
***
Sekali – sekala kedengaran gelak tawa Wafa yang sedang menonton rancangan di Astro Warna itu. Geli hatinya sehingga dia terlupa seketika akan isu penukaran tempat mengajar yang dibincangkan tadi. Tiba – tiba kedengaran suara Mardiana dan Waiz memberi salam dari arah pintu. Wafa menoleh seketika ke arah mereka.
            “ Eh, awal korang balik. Waiz, kau kacau Kak Mar dating ya?” tegur Wafa mengusik.
            “ Mana ada. Waiz rasa Waiz ni dah macam adik kandung Kak Mar dah.” Waiz berpura – pura merajuk.
            “ Waiz, kau jangan risau. Bila – bila aje kau buat sibling dengan akak, akak accept terus dalam facebook tu. Hahaha. Kau kena faham Waiz. Almaklum lah pengantin baru.” Sampuk Mardiana pula dengan ketawa besarnya.
            “ Amboi, sedapnya perli aku! Korang dari mana ni? Dah makan dah?”
            Kedua – duanya menganggukkan kepala laju lantas menghenyakkan punggung di atas sofa. Fuh, lega! “ Eh, macam mana dengan perbincangan kau tadi Wafa?”
            “ Aakif suruh aku pindah KL.” Balas Wafa bersahaja.
            “ Cewah, dah panggil Aakif nampak?” Mardiana tersengih.
            “ Aku serius ni Mar.” Balas Wafa pendek. Mardiana pula sudah mengangkat tangannya tanda sorry.
            “ Bagus lah tu kak. Bila Waiz dah habis cuti sem ni tak ada lah akak duduk rumah sorang – sorang. Lagipun kalau akak duduk KL, dekat lah dengan UM betul tak?” sampuk Waiz tiba – tiba.
            “ Tapi bukannya senang nak tukar sekolah ni, dik. Setahu akak makan masa bertahun – tahun jugak tau. Permohonan akak yang dulu tu pun macam tak dilayan aje.”
            “ Habis tu, tak kan kau nak berhenti jadi cikgu pulak, Mar?” giliran Mardiana pula menyoal.
            “ Tu lah yang aku tengah fikirkan ni. Mustahil aku nak berhenti. Kau bukan tak tahu mengajar tu dah memang nadi aku tau.”
            “ Susah – susah sangat kau suruh aje Tengku tu duduk sini. Habis cerita.”
            “ Kalau dia nak duduk sini, dia tak kan suruh aku tukar sekolah Mardiana oi. Kalau aku suruh dia pun, aku dah boleh agak dah jawapan apa dia nak bagi.”
            “ Kalau macam tu kau tak ada pilihan lah selain berhenti mengajar kan? Tapi kan, aku dengar orang cakap kalau cikgu yang nak berhenti kerja kena bayar denda eh?”
            Wafa menganggukkan kepalanya perlahan. Lantas dia melepaskan keluhan berat. Dalam kepala otaknya mula serabut. Dah kahwin pun masalah, tak kahwin lagi lah masalah. Pandangannya dialihkan ke arah kaca televisyen semula. Mardiana pula sudah menggelengkan kepala perlahan. Kasihan kau Wafa!
***
Doktor Taufiq memberhentikan keretanya di hadapan pagar sekolah. Kelihatan Nadia melambaikan tangan ke arahnya lantas mendekati kereta abangnya itu. Dia segera memasuki perut kereta yang boleh dikatakan mewah itu. Taufiq memerhati sekeliling kawasan sekolah itu seketika. Nadia pula sudah menayang wajah pelik.
            “ Abang cari siapa? Cikgu Wafa tak datang lah hari ni. Jalan cepat!” Nadia memberi arahan manja.
            “ Eh, siapa cakap abang cari Cikgu Wafa?” Taufiq cepat – cepat menekan pedal minyak keretanya meninggalkan kawasan itu.
            “ Eleh, tengok muka pun dah tahu abang suka Cikgu Wafa kan?” usik Nadia tersengih.
            “ Ish tak padan dengan budak sekolah. Bila masa pulak abang suka dekat Cikgu Wafa tu? Dekat muka abang ada tulis ke abang suka dia?”
            “ Memang lah tak tulis tapi naluri Nadia lah yang bagitahu.” Balas Nadia ketawa besar.
            “ Naluri budak kecil tak boleh dipercayai, faham? Em kenapa Cikgu Wafa tak datang sekolah hari ni?” soal Taufiq tiba – tiba.
            “ Entah. Cuti kahwin kot.” Balas Nadia ringkas.
            Doktor Taufiq terperanjat. Segera dia menoleh ke arah adik perempuannya itu. “ Kahwin?!!”
            Nadia sudah meledakkan tawanya. “ See, naluri budak – budak tak boleh dipercayai konon. Dah terang – terang abang suka Cikgu Wafa kan? Mengaku aje lah senang. Nadia bergurau aje lah. Mana lah Nadia tahu kenapa Cikgu Wafa cuti hari ni.” balas Nadia dengan ketawa yang masih berbaki.
            Doktor Taufiq merengus geram. Ish, budak ni boleh pulak dia kenakan aku! Nasib baik lah main – main aje. Taufiq segera memandang hadapan jalan semula. Dalam diam, dia sudah menghela nafas lega.
            “ Abang, bila kita nak pindah KL?” soal Nadia tiba – tiba.
            “ Minggu depan rasanya. Kenapa?” soal Taufiq pula.
            “ Cepatnya.” Nadia membalas sepatah. Nada suaranya berbaur sedih.
            “ Kenapa ni? Mama dengan papa rindukan Nadia tau. Diorang tak sabar nak jumpa Nadia.”
            “ Tapi Nadia suka duduk sini. Nadia tak suka duduk dengan untie dan papa.”
            “ Ish tak baik Nadia cakap macam tu dekat diorang. Anak derhaka je yang tak suka duduk dengan ibu ayah diorang tau.”
            “ Kenapa pulak? Tu bukan mama Nadia pun. Kalau papa tak kahwin lain, mesti mama hidup lagi sekarang ni. Semuanya sebab papa.” Nadia mula menitiskan air matanya. Dia terlalu rindukan mamanya.
            “ Sudah – sudah tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah SWT. Lagipun, abang kan ada. Bukannya Nadia pindah sana sorang – sorang. Mana abang pergi pun abang tetap akan bawak Nadia jugak ya?” Taufiq memujuk adiknya itu. Dia memahami perasaan Nadia yang begitu merindukan ibu kandung mereka. Sewaktu mereka baru kehilangan ibu dahulu, dia juga berasa tertekan sehinggakan terganggu pelajarannya. Namun, Alhamdulillah berkat doa dan kesabarannya dia berjaya juga menjadi seorang doktor.
            Nadia menyeka air mata yang mengalir di pipi lembutnya. “ Sebab tu Nadia sokong sangat abang kahwin dengan Cikgu Wafa. Cikgu Wafa baik. Dia tak macam perempuan – perempuan yang lain.” Nadia mula tersengih.
            Taufiq hanya mengukir senyuman dengan gelagat adiknya itu. Boleh pulak dia sambung lagi. “ Abang ingatkan topik Cikgu Wafa tu dah habis tadi. Rupanya masih ada episod sambungan lagi ya?” Taufiq tersengih memerli adiknya.
Nadia sudah menarik muka masam. Abang ni orang cakap elok – elok, dia perli pulak. Malas lah nak cakap dah. Bentak hati kecil gadis comel itu. Lantas dia menghalakan pandangan matanya ke hadapan jalan semula.

No comments:

Post a Comment

sepatah komen anda ibarat setitik peluh petani..eh?